Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 13, 2014

Ceramah Perdana Ustaz Haslin Baharin


Alhamdulillh, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam

Petang tadi tetiba dapat imessage dari H. Jom kita pergi Masjid Bandaraya malam ni. Ada ceramah Ustaz Bollywood. 

Tinggggg....aku mula kenal ustaz ni selepas aku berkahwin hahaha...sorry ustaz, takda tv sebelum nikah ustaz. La ni baru ada haha. 

First time tengok ustaz ni kat tv masa tu ada Angah Raja Lawak sekali. 

Ceramah ini diadakan bersempena Majlis Hari Ulang Tahun ke 14 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Tajuk ceramah: Kalau aku kaya, hari hari raya? Kaya macam Rasullullah SAW. 

Intipati padat dengan nasihat dan mudah difahami, tetapi jelas maksudnya. Cuma ustaz, bila ustaz cakap utagha, orang sini tak berapa cekap nak tangkap ustaz (merujuk orang di sebelah saya tadi la) haha. Tapi terima kasih ustaz. Lama betoi dah tak dengak orang cakap utagha hihi. 



Tu dia ehhhhh...bersampin macam nak g nikah satu lagi...eh2 hahaa. 



INTIPATI UTAMA: KAYA HARTA JUGA KAYA JIWA

Sebelum ni selalu dengaq sesapala bagi ceramah ayat dia lebih kurang begini, 'biar miskin tapi kaya jiwa'. Betoi juga cakap ustaz haslin...jadiiii dua-dua pon kaya...secara tak langsung boleh membantu syiar Islam. 

Semoga ilmu yang ku terima dapat dipraktikkan. 

Sekarang hujan turun tidak berenti, sikit - sikit tidak lebat. Kin risau ni. Banjir aritu macam ni juga hujannya. Slow and steady. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku

Barang dah packing...esok aku ngan H nak pergi jalan-jalan Miri. 

No comments: