Mula-mula rancang nak makan mee jawa di Kampung Pulau Melayu, sebab dah lambat aku ngan H tukar plan sarapan pagi di kedai mee rojak kat area Petronas Jalan Bintang. Sekali tak jumpa la pula. Pusing-pusing kat kawasan Jalan Bintang, tetiba nampak satu kedai makan ni. Ramai juga orang tengah makan. Kami buat keputusan untuk makan di sini iaitu di Awang Mahyan Cafe.
Ni ha menu kedai makan ni:
Aku order Mee Jawa Special dan teh tarik panas
H pula order Mee Kolok Special dan air 3 layer
Special di sini bererti ada satu penambahan iaitu seketul sayap goreng bagi setiap menu yang ada perkataan special hihi.
Disebabkan aku merasa pelik sebab ada poster pasukan bola sepak negeri Sarawak. Aku pon google la nama Awang Mahyan. Sekali rupa-rupanya dia bekas jurulatih/ coach team bola sepak Sarawak hihiii. Bertuah plak aku rasa dapat makan di sini. Ngap Sayot.
Berdua kami makan menyebabkan aku mengeluarkan wang perbelanjaan sebanyak RM16.30.
Sebelum datang sini ada orang cakap makan di Miri murah tapi lepas ni akan ku balas i don't think so. Hahahaa... =)
Lepas makan terusla aku ngan H pergi 7 Eleven dan kedai runcit berhampiran kedai makan ni. Buat bekalan ke sana.
Selesai semua, aku pon memandu menuju ke jalan Pujut - Bintulu ke arah Airport. Mudah sahaja jalan ke Taman Negara Lambir Hills. Ikut ja jalan tu, terus sahaja. Jangan risau sesat, banyak signboard. Hanya tengok signboard warna coklat tulis Taman Negara Lambir Hills. Abaikan yang lain. Mungkin yang lain akan bawa kita ke kawasan kampung di sekitar Lambir.
Tempat wajib bergambar kalau dah sampai sini haha.
Kat sini kita kena daftar diri dan bayar tiket masuk taman sebanyak RM 10.00 seorang. Briefing ringkas dari penjaga kaunter dan diberikan peta untuk mana-mana lokasi yang nak pergi. Tujuan kami ke sini sebab nak mandi air terjun. Jadi Latak Waterfall menjadi pilihan. Jarak perjalanan sejauh 1km perlu ditempuhi. Jadi, kasut hiking dan pakaian yang bersesuaian adalah diperlukan hihi
Dalam perjalanan kita akan jumpa 2 air terjun yang kecil. Tapi tak boleh mandi mungkin. Sebab takda tempat pon nak turun bawah.
Akhirnya sampai juga kami ke Latak Waterfall
Inilah Latak Waterfall. Hanya boleh mandi di kawasan yang dibenarkan sahaja. Memang dalam kawasan yang tidak dibenarkan itu. Gelap kot air dia. Ada seorang kat situ cakap dia cuba untuk masuk dalam air nak cecah dasar tetapi GAGAL hahaa.
Lepas rendam-rendam badan. Jumpa 2 kumpulan pelancong. Ada satu pakcik tu dari Sri Lanka cakap, di sana ada lagi tinggi daripada air terjun Latak ini.
Sekejap ja mandi di sini, H dah bosan wa boring haha.
Peler Kambing, Tara Manang hahahaaha =)
Haaaaa.... ini aku sentap sangat bila kat sini. Gemuk betul signage tu kan. Kuajaqqqqqq...!!!!!!!!
Kami siap-siap, bilas badan tukar baju. Berjalan kembali ke pengkalan. Sampai di kaunter pendaftaran, terus aku aisehmannnn lupa pula aku nak pergi tree tower Lambir Hills.
Lantas...Balik ke Bandaraya Miri.
Lagipon hari Jumaat kan. So aku pon memang dah niat nak solat jumaat di Masjid At-Taqwa Miri. Dalam 12.30 aku sampai Miri, hantar H balik hotel dan aku pergi solat di masjid.
Lokasi sangat strategik. Berhampiran mall yang baru dibuka, Wisma persekutuan dan Miri City Fan. Parking pon senang.
Ngap Sayot bro...!!!!!!
No comments:
Post a Comment