Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya sampai juga aku di Gua Niah. Sebelum ini tahu dan nampak di buku teks Geografi je kan haha
Awal juga aku bangun sebab janji dengan kawan H (kawan di universiti dulu), pukul 6.30 pagi dah nak gerak ke Gua Niah naik kereta dia. Sebab tu aku sewa kereta sehari ja hihi
Agak jauh perjalanan ke gua niah. H siap tidur-tidur lagi kan
Ada blogger cakap 90km dari bandaraya Miri
Sampai di sini kena mendaftar dan bayar tiket masuk taman negara RM 10.00 seorang
Design tiket dia sama ja dengan tiket nak masuk Taman Negara Lambir Hill
Lepas mendaftar kita perlu menuju ke kaunter pemeriksaan tiket, tiket tadi akan kena cop.
Sesiapa yang terlupa bawa lampu suluh boleh sewa di sini ya. RM 5.00 seketul
Jadi, dari jeti di kaunter tadi kita perlu untuk menyeberangi sungai tersebut. Dekat je pon. Tambang bot sorang RM 1.00 sehala.
Masa kami sampai hujan turun. Licin betul masa nak turun dari jeti ke pelantar nak naik bot. Terbrek-brek kaki aku kan
Naik bot ni pon tak sempat nak feeling-feeling Jack dengan Rose hahaa
Signboard ini adalah kelakar haha. I love u is prohibited ya haha
Camni trek perjalanan menuju gua niah. Ingatkan kena ikut trek mencabar, sekali ada jalan cantek daaa
Gua Dagang:
Gua dagang ni tempat tinggal orang yang pergi mengambil sarang burung dalam gua niah. Peraih akan tunggu di sini. Tempat ini juga dijadikan tempat tinggal sementara bagi penuai sarang burung
Lobang Kuala:
Tempat arkeologi yang menjadi bukti wujudnya satu hubungan manusia dan alam semula jadi
Ini rumah tempat tinggal pengkaji artifak di gua niah:
Bermula perjalanan gelap masuk ke dalam gua niah. Tinggi ooooo
Kat sini kita boleh nampak buluh yang dijadikan tiang untuk mengambil sarang burung dan kelawar. Stalaktit dan stalagmit yang cantik. Indah sungguh ciptaanNYA
Painted Cave:
Ada lukisan bewarna oren yang dilukis lada dinding gua
Kembali ke pangkal jalan hahaa. Hampir 1 jam lebih aku rasa nak masuk dari sini ke painted cave dan kembali semula ke sini
Fauna yang aku jumpa:
Sampai kembali ke jeti, kami pergi ke muzium gua niah. Sekali terputus bekalan elektrik daaa
Rehat-rehat sekejap dan kami pergi ke jeti bot dan balik ke seberang
Jangan lupa bayar tambang bot ya hihi
Ini horror lagi menakutkan ya. Nasib tak nampak bujang senang masa seberang sungai tu kan hahaha
Perjalanan kali ini memberi satu pengalaman yang baru dan tidak dapat dilupakan
Masa hendak memulakan perjalanan H jatuh tergelincir. Senak susah bernafas dia. Sampai ke hari ini tak hilang-hilang. Kesian H huhuuu
Aku pon sama..!!!!!!
Aku tergelincir masa hendak turun tangga semasa perjalanan dari west mouth ke trade's cave. Nasib masa aku jatuh tangga tu aku tak pegang tangan H kuat-kuat. Kalau tidak, dengan H sekali jatuh tangga. Nasib juga masa aku jatuh tangga tu aku tak slide orang depan aku juga. Sakit bontot aku..!!!! Tapi imej dan kejantanan kena jaga. Maintain: 'ok ok, aku ok, tak sakit' hahahaha.
Walaupon kasut aku ni untuk outdoor tapi tetap licin huhu.
Dah habis grip dia mungkin. Ye la, Gunung Kinabalu, Bukit Tun Fuad Stephen, Seoul, Korea, Lambir dan Gua Niah aku tibai kasut ni. Belum lagi buat kasut jogging kan haha
Keperluan hiking:
1) baju dan seluar yang sesuai
2) kasut yang grip (ada ja aku tengok orang pakai selipar...mesti pakai asadi kan hihi)
3) lampu suluh. (Dalam gua sangat gelap)
Next Trip: GUA MULU yawwwww
Hahahahha......
Alhamdulillahhhh. Sampai juga aku dan H ke sini. H banyak kali dah ajak g sini. Tertunai juga akhirnya hajat dia =)
No comments:
Post a Comment