Kembara aku ngan H diteruskan dengan izin Allah dan berpandukan itinerary rehah wa rehlah ke Miri untuk mencari Kedai Kek Lapis Siti Payung yang terkenal di serata blogger tu la kan.
Dengan bantuan co-pilot yang terbaik sambil peta bandar miri di tangannya kami pon pergi mencari kedai kek lapis tersebit. Dari Taman Awam Miri pergi ke bulatan ada kuda laut ambil pukul 3 or 3rd exit dan terus sahaja sampai jumpa trafic light, ambil kanan dan terus menerus menekan pedal minyak dan sesekali brek dan wajib tekan pedal klac semasa menukar gear.
Dalam perjalanan akan jumpa Taman Selera Tanjung Lobang sebelah kiri.
Dalam perjalanan tersebut akan jumpa rumah agama bagi sikh sebelah kanan.
Bila dah sampai temple tadi aku memperlahankan kekancil yang aku pandu bila berjumpa trafic light yang mana ada maybank sebelah kiri. Lepas trafic light ini aku masuk jalan yang ada signboard The Wharf Waterfront. Bagi signal ke kiri masuk ke jalan tersebut pergi ke hujung ada deretan restoren seafood dan akan terus nampak signboard Kedai Kek Lapis & Produk Siti Payung.
Inilah kedainya. Kalau nak masuk kena pusing bangunan ini ikut jalan belakang kedai sebab jalan dia sehala.
Miri pakai konsep Parkir Berkupon. So di sini dia punya warna kod adalah biru. Tetapi ianya hanya digunakan waktu kerja Isnin - Jumaat dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sabtu aku tak ingat. Setengah hari mungkin.
Terbaik janji kedai kek lapis Siti Payung ni kan. Quality Assurance dia hebat untuk memastikan produk yang dihasilkan bermutu tinggi.
Sepert biasa, kek lapis untuk dicuba yang juga dikenali sebagai kek lapis tester hahahaha.
Banyak betul jenis kek lapis yang dijual. Dari pemerhatian aku semua kek dijual bermula RM 20.00. Terkejut juga aku sebab biasa beli kat Kuching kat Dayang Salhah dan Mira bermula RM 10.00 seketul.
Roll Strawberry Almond & Roll Cadbury
Katalog Kek Lapis Sarawak yang di jual di sini
Iana Corporation Sdn Bhd
Lot 1314, Miri Waterfront Comercial Centre
98000 Miri Sarawak
Bersambunggg.....
No comments:
Post a Comment