Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 16, 2014

Kembara Miri, Sarawak - Day 1/ Part 5 - Canada Hill dan Miri City Fan

Lepas check in hotel, aku ngan H terus simpan beg terus keluar balik sebab teringin nak pergi tengok pemandangan malam Bandaraya Miri dari Canada Hill. 

Kalau dari hotel ni keluar ambil susur kiri di traffic light yang kat depan hotel ni. Pandu terus sampai simpang tiga yang ada traffic light, belok kanan dan rapat ke kiri jalan sebab nak masuk susur kiri tidak berapa jauh dari traffic light tadi, pandu dan naik terus bukit tersebut, jumpa simpang 3 lagi belok kanan dan terus sahaja sampai jumpa The Grand Old lady & Petroleum Sciene Museum di Canada Hill. Pandu sampai hujung jalan, belok kanan dan pergi terus ke belakang bangunan muzium tu. Ya, ada signboard no entry. Tapi, masuk je lah. Aku dah check, x tahu ikut jalan mana yang halal haha. 

Cantik pandangan Bandaraya Miri di waktu malam. 

Aku memang dah rancang nak pergi 2 kali, siang dan malam. Baru puas hati tengok pemandangan haha... =)


Cantikkan...kalau pakai kamera mahal lagi cantik rasanya hihi. 

SubhanAllah...indahnya alam milikmu yang kau lukiskan di mata aku dan H

Lepas ambil gambar kami terus pandu kereta menuju Miri City Fan.

Dari jalan masuk Canada Hill wajb belok kiri sebab jalan sehala kan. Pandu terus masuk bulatan ambil jalan untuk patah balik ke jalan traffic light yang ada Parkson sebelah kiri. Pandu terus sehingga nampak Jalan Bintang yang ada traffic light yang mana bila kita susur kiri sahaja, ada Stesen petronas sebelah kiri. Pandu terus ikut jalan besar sampai jumpa Miri City Fan. 


Aku ngan H tangkap ambil gambar. Pergi jenguk sekejap Pustaka Miri. Pergi ke kereta dan jalan terus pulang ke Hotel. 

Kemas-kemas diri dan rehat. Esok nak jalan jauh sikit haha. 

No comments: