Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Places of Interest. Show all posts
Showing posts with label Places of Interest. Show all posts

Friday, September 16, 2016

Sungai Limau Resort Training Centre, Sungai Besar, Selangor

Ini kali ke berapa entah aku ke sini bawa anak saudara mandi manda kolam.

Muhahahhaa.

Nak masuk mandi kolam berbayar ya.
Dewasa RM5 dan kanak kanak 12 tahun ke bawah RM3.

Ada kantin nak makan makan. Ada waffle, ada keropok lekor, laksa, minum minum.


Kolam ada 2

Yang bawah ni kolam budak budak. KA berdiri adala paras2 leher dia muhahaa. Suka betul dia main air.


Yang bawah ni pulak kolam dewasa dan kanak kanak. Tak la dalam mana. InsyaAllah selamat mandi


Dalam kawasan ini aku peratikan ada 3 jenis tempat bermalam.

Yang bawah ni macam rumah teres ni.


Rumah yang hitam tepi kolam tuada dapur, boleh masak masak.


Lepas tu ada satu lagi jenis penginapan. Macam pondok sulap. Kat tepi tepi dewan serbaguna.

Boleh la kalau nak buat family day office kat sini. Kena tunggu aku pindah sini...aku arrange hahahhaa.


Sunday, May 15, 2016

Tanjung Simpang Mengayau 2016

Alhamdulillah

Dapat juga aku ke sini buat pertama kali bersama H & KA. Tapi kali ini pergi sekali dengan pak ngah KA...=)

Bertolak dari rumah dalam kurang 3 jam sampai ke sini Tanjung Sampai Mengayau a.k.a The Tip Of Borneo.


Kalau tengok dalam peta sabah, kat sinila yang tanduk sebelah kiri

Diberitahu yang mana di sinila Laut China Selatan dan Laut Sulu bertemu.


Kali ini air agak pasang dan masih teringat aku masa aku ke sini, laut cetek aku turun sampai ke paling hujung hihiii..=)

Tempat yang baik untuk melihat keindahan alam. Terima kasih Allah.

Saturday, March 12, 2016

Dengan Handphone Ajlaa Mengembara di Kota Kinabalu


Tahniah Ajlaa a.k.a Si Puteri Mendaki....bukan daki kat kolar baju eh. Mendaki bukit or mendaki gunung kekekeke....=) berjaya mendaki menawan Low's Peak buat kali ke dua dan merasmikan laluan tangga yang baru dari Laban Rata ke Sayap-Sayap Hut yang mana lebih mudah berbanding dengan trail yang lama.

Syukur Alhamdulillah diberikan ruang dan masa untuk berjumpa dengan alaa buat kali ini. Ya, Misi Lokan belum lagi tertunai walau dah banyak kali datang KK. Mahu 3x dah kot.

Hiiihiiihiii

Call sign pon Putri Mendaki, aku jumpa alaa di Signal Hill, KK. Aku dengan kereta alaa dan rakan-rakan mendaki dari tangga belakang Green Hotel.

Lagi 15 minit nak sunset. Dan alaa & rakan-rakan nak tengok sunset kat Tanjung Aru. Okay...jangan buang masa. Start engine terus g sana hihiii.

Alhamdulillah sempatla dieorg menikmati keindahan alam ciptaan Allah ala ala aurora sabah kekekekke....=)


Lawa pulak gambar ni kannn

Shima - badrul - aishah - ajlaa

Aku bawa dieorg ke beach 1 yang ada foodcourt. Pub & bar dah kena roboh. Musykil aku..hhahaa...lama sangat kot tak datang sini.

Lepas tu aku bawa dieorg makan ABC buah yang jadi favourite aku ngan H. Tapi kedai yang biasa aku pergi tu tutup pula. Mujur ada kedai sebelahnya. Okla...tidak menghampakan

Ajlaa - Aishah - Shima

Siap-siap layan ABC aku ke Masjid Negeri. Proper sikit nak solat =)

Perjalanan diteruskan ke Pasar Malam, Kampung Air.

Dok discuss nak pergi ke tak nak pergi ke tak....silap dieorg la tanya aku....kalau aku, memang kena pergi semua hahaha...risau dieorg kalau2 lokan tutup. Kalau aku, yakin ja buka. Janji dapat pergi semua hahahhaa....=)

Banyak gak dieorg ni menyopping. At least ada la kan something nak bawa balik yang agak murah berbanding dengam harga di Pasar Filipin tu....

Settle semua baru kami ke Salut. Memcari lokan. Dengan menggunakan khidmat abam google, memcari nama kedai yang masuk JJCM. Namanya Bibi.

Dapat cari tapi ada lokan sahaja, makan minum takda sebab tukang masak dah balik huhuuu.... 

Maka ke seberang jalan lah kami kekekke....

Yes, lokan ada, makan ada, minum pon ada.

Lokan kedai ni macam sikit. Yang besar rm12 setompok, yang kecil rm10 selonggok. Order yang besar 2 tompok dapat extra lebih sikit bila akak tu tambah ambil sikit yang rm10 pastu ditambah lagi yang ada dalam bakul dia hihiiii...rezeki alaa & the gangs.

Aku macam biasa, menelan Jeli Kelapa dalam cawan hihiiii.

Bagi dieorg minum air kitchai or kicai hahahaha.....baru sabah style...=)

Tapi sayang, kelapa bakar takdak pula. Akak tanya kedai sebelah, kedai sebelah pon takdak stok. Ermmmmm


Ermmmmm, aku rasalakan, macam lagi sedap yang ni je dari lokan JJCM tuuu...hahhaha..=)

Siap2 makan, hantar balik dieorg balik hotel...=)

Utk ajlaa...Misi Lokan anda telah terlaksana hihiiii...=)


Monday, September 21, 2015

Dataran Bandaraya Johor Bahru, JDT (Steamboat & Yong Tau Foo)


Assalamualaikum Johor Bahru =)


Syukur alhamdulillah sampai juga aku kat Dataran Bandaraya Johor Bahru. 

Tujuan aku ke sini adalah untuk mengimbau kenangan pertama kali aku ke JB masa kenduri kahwin makcik aku di Pontian Kecil.

Dulu aku makan stimbot yong tau foo di kawasan tepi tambak johor. Pesisir dia la. Makan sambil tengok kota singa di seberang sana dengan harapan satu hari nanti akan ku ke sana hihiiiii. Yela, impian budak-budak kannnnn. Macam masa tu aku baru darjah 6.

Tapi hari ini lain ceritanya, bila aku tanya abg ipar aku, ada lagi ke orang jual-jual kat situ dia cakap dah pindah pergi ke dataran yang ada jam besar.

Ok. Aku mesti pergi cari hahahahahha =)

Dan syukur dapat juga jumpa jalan menuju jam besar a.k.a Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Pertama kali memandu masuk JB dengan bantuan GPS Prius C adalah tidak membantu ya. Aku terlepas exit pergi Hospital Sultanah Aminah. Terus masuk EDP or ELP or apa apa je lah. Yang penting dia tulis Woodlands. Hahaahaha =) aku cuak sekejap sebab dalam GPS, hiway tu tak wujud lagi. Yaiiiiiiiii....waze aku x berapa nak wazer sangat malam ni tau. Berenti kat R&R terus telefon shahir. Dia pon x dapat nak tolong tapi bagi pesan jangan sampai masuk Singapore hahahahaha...kalau masuk memang masak aku. Passport geran kereta semua xdak hahahahhaha.






Sampai je dataran aku terus cari port duduk dan peratikan lagak gerak manusia kat sini. Ramai budak budak. Ye la, cuti sekolah dah mulakan. Ada yang baru nak belajar main roller blade, yang terer pakai inline skate la kan, ada main belon buih. Unik, ada yg pakai 2 batang kayu boleh keluarkan buih belon yang besar gila. Ada yg kuarkan buih belon banyak bila di hayunkan 2 kayu tu tadi. Tapi kena celup kat besen ada sabun dulu la kan hahahha

Boring tengok orang, teringin pulak nak tengok makanan hhahaaahhaha

Aku pon menapak ke ruang niaga stimbot. Diorg ni pakai lori pick up tu.

Sebelum g sini, aku tanya dulu yazid mana gerai yang layan. Dia cakap Lori no. 8. Terus aku cari dannnnnn jumpa hahahha.


Lori no 8 ni tulis Lido Stimbot. Lepas pilih bebola + sotong + telur puyuh aku pon cari tempat duduk.


Stimbot dah sampai tapi air tak sampai sampai.

Tetiba sorang mamat ni cakap, air aku tak kan sampai sebab aku duduk kat meja yg owner stimbot orang lain dan aku order kar orang lain.

Teruk juga korang ni berniaga. Melayu dengan melayu kot.

Mamat tu suruh aku pindah meja. Erm, nasib baik ada meja baru siap makan. Aku pindah ke situ. 

Order air kat gerai No 2. Teh tarik satu.

Dapat, terus makan stimbot tu.

Nasibla aku x makan kat meja mula2 tadi. Kalau tercekik, mampus aku xda air nak minum hahhahahaha


Yong tau foo aku yg berharga rm11

Aku main belasah je pilih tapi cara kiranya ikut warna pada kayu lidi tu.

Kuah pencicah dia kuah kacang


Nila kedai no 2 jual air. Gerai Kak Su. Ada jual lempeng, nasi lemak, tauhu bakar, cakoi bakar dan air minuman


Tu haaa, tauhu dan cakoi di bakar


Aku tapau chakoi bakar 1 set. Sedap tapi masin sikit.

Total aku minum air teh tarik dan 1 set cakoi bakar rm6.50

Siap makan stimbot aku balik rumah. Esok jalan jauh nak balik kampung. Kena rehat yang cukup. (Padahal kuat je tido seharian hahahhaa)

Thursday, February 19, 2015

Lokan Bakar dan Puding Kelapa di Salut


Salah satu tarikan pelancongan bagi yang mempunyai prinsip berjalan yang ingin rasakan makanan di sesuatu tempat yang tidak seharusnya dilepaskan di sabah ini.

Lokasi: Salut, Sabah

Cara pergi, buka Waze search INTAN SABAH dan beberapa meter untuk sampai ke INTAN akan jumpa deretan kedai makan di siring jalan.

Keistimewaan tempat makan ini adalah hidangan masakan Lokan Bakar dan ada yang menjual Lokan Tumis hihihiii. 

Saiz kecil Rm8
Saiz sederhana rm10
Saiz besar rm 12

Selain lokan, di sini juga agak terkenal dengan kelapa bakar, puding kelapa dalam biji kelapa atau puding kelapa dalam cawan pasar malam tu. Kalau puding kelapa dalam cawan rm2.50

Jadinya disebabkan H nak makan lokan maka dengan itu buat kali ketiganya aku ke sini.

kat sini lokan ngan kelapa ja sedap. Nasi goreng mee goreng sangat menghampakan. Tapi aku telan je hahahaha.

Puding kelapa dalam cawan

Lokan bakar super yummy :)


Mungkin akan pergi lagi masa hipo datang sabah nanti insyaAllah.

Monday, January 19, 2015

Pembuka Kembara 2015 H2 ke Johor Darul Takzim

9 Jan 2015

9.10 malam aku ngan H berangkat dari Terminal 2 KKIA dan sampai ke Senai International Airport 11.30 malam. Aku ngan H duduk jauh-jauh la pulak. Almaklum la tiket promo hihi. Mata ground staff AirAsia sangat cekap. Minta H isi borang consent untuk ibu mengandung menaiki kapal terbang.

Sebelum terbang aku whatsapp abg suhaimi yang aku kenal masa pergi turki haritu. Dia pesan dah sampai airport pilih teksi airport jangan ambil yang bermeter. Takut kena cekik kikiki.

Jadinya, turun je kapal terbang terus menuju ke kaunter teksi dan beli kupon berharga RM45.00. Risau dah aku kalau harga dia mahal sebab dah malam, Kalau kat KK kalau dah malam harga dia lain macam sikit. Tengok jam pukul 11.45 malam. Memang risau hahha.




Teksi Airport berwarna putih dan teksi bermeter warna biru. Tapi aku nampak teksi warna putih je pon, Semua kereta waja. =)

Lama juga menunggu sebab teksi tiada. Mungkin agak lewat malam kan.

Pasang Waze kami pon menuju ke umah fae.

Siap-siap badan kemudian tidur. Budak bertiga ni dah lena ngantuk tunggu dede (panggilan untuk H) diaorg tak sampai-sampai kah kah kahhh =)

10 Jan 2015

Bangun subuh aku ngan H naik ke tingkat atas tengok Hana Hada ngan Hadan =)

Ni kali pertama aku pergi rumah fae kt johor ni.

Ajak budak-budak ni pergi Johor Premium Outlet. Semangat. Semua nak ikut hihiihi =) jadinya terpaksa la fae ikut nak jaga budak 3 orang ni. Kalau aku ngan H tak mampu kot hahaha.

10.00 pagi kami bertolak ke JPO. Nasib aku ada bawa kad Touch n Go aku. Rupa-rupanya kat Johor ni kad Touch n Go adalah wajib. Pergi top up dulu kat Petronas (kena caj 50 sen daa..) then dengan hebatnya kami ke JPO atas bantuan En Waze hahaha =)


Dah bersiap sempat lagi yang gegel minta dede make up kan hihi.

Sampai JPO dengan selamatnya.'

Ingatkan orang kurang sebab pergi awal, sekali semua anggapanku tidak benar belaka. Dah ramai manusia kat sini haha.

Parking JPO ni RM3.00 sekali masuk.





Dalam jam 2.00 petang kami semua balik rumah dan makan tengahari, 
Lepas tu kami keluar semula plan nak jumpa abg suhaimi di Nusajaya.

Sebelum keluar kakak cakap

Kalau datang sekejap sekejap baik tak payah datang

hahahhahha sentap H kikikiiiii

Pergi rumah abg suhaimi punyai misi makan yang agak penting iaitu makan Laksa Johor hihihi.


1st time aku makan. Mee dia spagheti, kuah dia berempah betul dan awas-awasnya macam asam laksa versi aku kikiki


OK, abg suhaimi makan laksa pakai tangan. Unik ni hihihi =)

Lepas ziarah abg suhaimi kami ke AEON Jusco Tebrau. Tempat zamir kerja dulu-dulu hihihi.

tengah J-Card Sale yer. Cissss, barang murah kaw-kaw punya tapi aku tidak punya kad hihihii

Plan nak g Dangan Bay tapi tak jadi sebab nak luangkan masa dengan budak-budak itu. Bila ingat balik kata-kata kakak, terus aku rasa nak tekan minyak dalam-dalam hahahhha.

Sampai rumah sempat juga aku main-main ngan dieorg ni. Ingat nak keluar balik awal pagi esok tapi rasa macam nak hantar budak-budak ni pergi sekolah dan tadika. Pastu baru ke JPO semula sebab tak dan pergi semua pon sebab budak-budak ni dah letih. Hadan jalan pon dah tak betul. Lenguh kaki dia berjalan kot hahahhaa.

11 Jan 2015

Hari ni hari pertama kakak (Hana) masuk sekolah agama dan sekolah rendah darjah 1.
Aku ngan H ambil peluang untuk hantar kakak pergi sekolah. Hada ngan Hadan pergi tadika.

Comel je kakak pakai baju kurung sekolah. Hada ngan Hadan pakai baju tadika masing-masing.


Hantar Hada ngan Hadan di tadika tiada masalah sebab dioerg berdua ni senior hihihi.

Cabaran untuk menghantar kakak yang baru masuk darjah 1.

Lepas hantar Hada ngan Hadan kami ke Sekolah Agama Taman Daya untuk menghantar kakak sekolah agama. Kakak sekolah darjah 1 sessi petang.

Ramai penjaga datang. kami mula-mula melepak di kantin then fae ajar kakak macam mana nak beli makanan di kantin, tunjuk mana tandas supaya senang kakak nanti.

Perhimpunan bermula, time tu aku dah senyum-senyum. 3x ustazah minta kerjasama ibubapa penjaga yang hantar untuk keluar sekolah hahahha.

Tapi macam tak kena layan hihihihi


Kakak steady je cuma aku malas nak layan dia sebab muka dia dah jebik-jebik dah macam tak nak sekolah hahahha

Lepas hantar kakak kami balik rumah dan aku ngan H siap-siap menuju ke JPO semula hahahhha

kali ini aku berlagak, Tak pakai Waze tapi sampai juga JPO hahahaha.


Crepe Signature ni layan gak. Siap ada set meal lagi. Satu apam balik + air smoothie = RM9.50 kalau tak silap hihihhi

2 hari pergi JPO cari kasut kerja namum tiada yang berkenan di hati.

Bagi aku murah barang-barang kat JPO ni. Perfume pon murah. Paco Rabbane 50ml = RM150 sahaja. Aku rasa macam harga biasa dia RM230.

Siapa yang suka Levis memang syokla masuk kedai Levis. 501 bukak harga RM199. Rest RM149 dah boleh dapat.

Ourdoor gears pon agak murah tapi macam dah tak minat dah kan.

Designer Brand masih belum mampu lagi aku untuk memilikinya walaupon dah 70% diskaun hahaha.

Aku cari juga spek mata hitam tapi tiada juga yang berkenan.

Selesai membeli membelah beg duit masing-masing aku ngan H balik rumah dan tunggu teksi datang.

Kali ini aku minta teksi ambil kami berdua di rumah.

Hada & Hadan hantar kami ke teksi tapi kakak masih sekolah.

Janji pukul 4.00 petang tapi abg teksi tu datang awal betul. 3.50 dah ada depan rumah. Memang terbaiklah servis dia.

En Zarin : 014-6131200

Aku sangat-sangat rekemenkan abg zarin ni. =)
Aku tak tahu mahal ke murah rate dia sebab ini pertama kali aku ambil teksi dari rumah fae ke Senai International Airport. Tapi bagi aku servis dia sangat bagus dan baik. =)

Sampai SIA aku ngan H minum-minum dulu di Oldtown White Cofee.

Banyak pula lalat kat sini tau.


Flight pukul 6.30 ptg sampai 8.45 malam

Alhamdulillah dapat juga kami ke Johor Bahru melawat budak-budak comel tu dan jalan-jalan di Johor. Macam kena pergi lagi sekali sebab objektif utama tak dapat dicapai iaitu pergi Universal Studio Singapore hihihihihihi

H ajak pergi lagi kalau ada tiket promo. Nak g JPO lettew muahhhhahaa =)

==============================================================

Kos jalan-jalan ke Johor Bahru ni agak 'menjimatkan' muhahaha:

BKI - JHB : RM160.00 (RM40.00 sehala/pax)
In flight meals : RM24.00 (RM12.00/pax)
Top-Up Touch n Go : RM20.00
Kasut Hush Puppies H : RM100
Kasut Running Nike: RM120.00 (Nike Factory Outlet, JPO)
Perfume H : RM195.00 (Beauty Scent, JPO)
Handbag : RM104.00
Petrol: RM50.00
Jusco : RM100.00


Monday, January 12, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 12: ISTANBUL

25 Dec 2014

Berlepas dari Istanbul pada Jam 0055 pagi
Tiba di Kuala Lumpur pada Jam 5.30 petang

Alhamdulillah selamat sampai di Kuala Lumpur. Abang Edi dah sampai lama dah nak ambil kami berdua tapi kami kena keluar paling lambat sebab H jadi orang yang pegang semua tagging beg so kena pastikan semua orang dapat beg baru kami dapat keluar.


Sunday, January 11, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 11: ISTANBUL

24 Dec 2014 (10th Night)

Seperti dalam itinerary yang diberi:

- Sarapan Pagi di Hotel dan daftar keluar hotel.
- Melawat di sekitar Bandar Istanbul @ F&E
- Makan Tengahari dan makan malam di Restauran Tempatan.
- Bertolak ke Airport Istanbul.

========================================================================

Malam-malam tidur aku cukup lena namun bangun agak awal dan tak boleh tidur semula haha..timing tidur lari beb, biasa x cukup tidur, kat turki terlebih tidur sebab tidur awal =)

Usai aku mandi, keluar dari bath tub aku merasakan yang aku kena pergi Hagia Sophia sebab kalau tak pergi, aku kne apergi lagi ke Turki sebab perjalanan aku tidak lengkap hahahah =)

Buka je pintu bathroom dengan hensemnya aku berkata kepada H. Saya nak pergi Hagia Sophia. Kalau awak taknak pergi pon takpa, saya boleh pergi sendiri. Awak rehat kemas beg'

H bising kenapa aku nak pergi juga sedangkan semalam cakap tak nak pergi.

Terus dia bangun dari katil dengan sepantas-pantas arnab berlari dia mengemas beg hahahha.

Beg siap kemas dan letak di luar pintu bilik hotel dan kami memulakan perjalanan menuju ke Hagia Sophia

Jengg jenggg jenggggg hihi =)

Disebabkan semalamnya tu dah tanya orang Tourist Information Centre tu dan dah tanya-tanya kat receptionist hotel. Kami berjalan kaki untuk menuju ke Tunel. Sekali kami silap jalan dan terus jumpa Galata Tower hahaha =) Bila dah jumpa Galata Tower maka dengan itu dah dekat sangat dengan Stesen Tram Karakoy. Okay lepas jumpa Galata Tower aku amek belok ke kanan aku ikut jalan tu sebab ramai orang ikut jalan tu, Pastu belok kanan. Sekali 'Saw-Sat...!!!' hahaha. Terus jumpa Hospital Beyoglu. Tanya staf macam mana nak pergi Tunel dieorg tak faham. Ahh sudah. nasib aku dapat idea tanya mana Karakoy Station. Dia pon tunjuk arah kepada aku. Nampak tak logik sebab jalan curam gila menurun ke bawah hahhaa. Sekali nampak ramai orang berpusu-pusu. Yes, jumpa Tunel dan jumpa Karakoy Station hahahaha =)


Bila nampak Karakoy Station gigih ni masuk underground tunnel untuk ke Stesen Karakoy. Naik je stesen tu nampak ramai orang selamber je masuk Karakoy Station lintas jalan masuk laluan tram hahaha =)

Beli tiket tram ni kat machine dia. Satu token = 4 Lira ke mana-mana destinasi. Kalau beli kad pass dapat diskaun 50% so satu perjalanan = 2 Lira tapi satu kad berharga 10 Lira. So kami decide beli token sahaja sebab nanti beli kad train macam rugi plak sebab kena beli 2.

AKU SILAP..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahhaahaha

Rupanya sistem kad untuk sistem train kat Turki ni tak macam sistem kad di Malaysia. Kad train di Turki ni boleh pakai untuk beberapa orang sebab dia akan tolak nilai semasa kita touch kat pintu masuk tu dan masa nak keluar tak perlu touch keluar tidak seperti di Malaysia. Ini kerana mana-mana stop flat rate 2 Lira. Cisssss....satu kerugian besar bagi aku. Study tak habis. Yela, mula-mula malas nak pergi, tetiba ubah fikiran hahahhaa =)

Perjalanan pergi dan balik (Karakoy - Sultanahmad)
Token = 2 (4 Lira + 4 Lira) = 16 Lira (RM29.60)
Kad Train: 2 (2 Lira + 2 Lira) = 8 Lira (RM14.80)

Cis, ini satu kerugian hahhahhaa =)

Kalau beli 1 kad ada baki 2 Lira tau hahahaha =D

Daripada Karakoy akan melalui Galata Brige dan akan berhenti di Eminomu. Ok, kat sini sesiapa nak pergi shopping kat Spice Bazaar mohon keluar dari train hihi.

Tram terus ke Sultanahmad.  Keluar dari tram terus aku dan H menuju ke Hagia Sophia.

Seperti dijangkakan kami berdua tolang pak guard Hagia Sophia bukakan pagar hahahha

Silap beb. Ingatkan waktu buka Hagia Sophia pukul 8.30am. Sekali pukul 9.00 daa.

Penatnya menunggu huhuhu (Hagia Sophia tutup hari Isnin)


hoyeah...Pukul 9. aku jadi orang pertama beli tiket masuk Hagia Sophia. 30 Lira seorang =)



Hagia Sophia atau Ayasophia dulunya sebuah gereja ditukarkan kepada masjid dan kemudiannya jadi Muzium.

Jadi boleh nampak hiasan masjid dan juga hiasan masjid.


Hagia Sophia ni dua tingkat so lepas melawat bawah kita boleh naik atas. Sebelium naik ada satu tempat tu (gambar di atas sebelah kiri) orang memasukkan ibu jari dan pusing-pusingkan ibu jari tu sambil mulut kumat kamit. Aku kompius hahhaa =D



Akhirnya lengkap perjalanan aku melawat ke negara Turki ini. Jadi mungkin next time datang sekali lagi mungkin mempunyai tema MAKAN MAKAN di BUMI TURKI =D


Next time kalau nak stay sini duduk depan Tram dan sekitar Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi Palace dan Hippodrome boleh duduk di STAR HOLIDAY HOTEL.

Kami naik semula tram di Station Sultanahmad dan pergi semula ke Karakoy.
Sampai Karakoy kami masuk ke dalam bangunan Tunel ni sebab dari Karakoy Station ini dah boleh nampak bangunan ni. Tak jauh mana pon.

Kat sini kami beli tiket untuk 2 orang dapat diskaun 1 Lira jadi dapat Kad Tiket berharga 7 Lira. So H masuk aku touch then dengan menggunakan kad yang sama aku touch lagi sekali untuk aku masuk hiihih. Kalau pakai Kad Train 4 Lira je Cissssssss

Againnnnn...Grrrrrrrrrrrrrrrrrr...!!!
hahahhahahah

Tunel ni merupakan keretapi bawah tanah katanya dari Karakoy ke Beyoglu. Ada satu station je pon kikikiiii


Info dari Wikipedia berkenaan Tunel dari Karakoy - Beyoglu yang kami naik KLIK SIINi =)

The Tünel (English: Tunnel ) is a short underground railway line inIstanbul, Turkey. It is an underground funicular with two stations, connecting the quarters of Karaköy and BeyoÄŸlu. Located at the northern shore of the Golden Horn, the underground railway tunnel goes uphill from close to sea level and is about 573 metres long.[1]Inaugurated on January 17, 1875,[1] the Tünel is the second-oldestsubterranean urban rail line in the world, after the London Underground(1863), and the first subterranean urban rail line in continental Europe; however, the first full subway line with multiple underground stations in continental Europe was Line 1 of the Budapest Metro (1896).

The Tünel was originally conceived by the French engineer Eugène-Henri Gavand in 1867.[1] Its purpose was to provide an easy ride between the neighbourhoods of Pera (BeyoÄŸlu) and Galata (Karaköy), both of which were in the relatively newer part of Istanbul, on the northern shore of the Golden Horn. Many people worked in Galata close to sea level, living uphill in Pera, about 60 metres (197 feet) higher. The only direct street connecting the two, Yüksek Kaldırım, is steep and narrow; at the time of the construction of the Tünel, crowded with 40,000 pedestrians a day. Gavand conceived of the Tünel as "a kind of elevator ascending and descending" that would greatly ease the journey.[2]
Two years later, on June 10, 1869, Gavand received permission from the Ottomansultan Abdülaziz to start the project with a forty-two year concession to operate it.[1]After finding foreign funding, Gavand established a company called the Metropolitan Railway of Constantinople to carry out the project. Construction began on July 30, 1871 but was delayed significantly by conflicts between landowners and the company.[2] The tunnel was not completed until December 1874 [1] and was finally opened for service on January 17, 1875.[1]
The Metropolitan Railway company gained a fresh 75-year concession in 1904 but the Tünel was nationalised in 1923 when the Turkish Republic was proclaimed.[2] In 1939 it was absorbed into the new IETT (İstanbul Elektrik Tramvay ve Tünel) transportation organization.[1] It was modernised and electrified in 1971.[3] Today, the short line is no longer as vital for Istanbul's inner city traffic as it used to be back in the 19th century, but it is still a part of the municipal transport network and integrated tickets are valid.
Source : Wikipedia


Sampai hotel lebih kurang jam 11 so sempat la kami kemas-kemas diri semula sebab jam 12 dah nak kena berangkat untuk makan tengahari dan check out dari Grand Halic Hotel ni.

Kami makan di VEFA Restaurant & Cafe


Lepas siap makan kami berangkat ke Thaksim Square untuk solat zuhur dan jalan-jalan di sekitar Thaksim Square.

Masuk MANGO boleh pula aku beli stokin 10 helai kawwwww hahahahha

Kat sini kami beli Simit Nutella. Sedap wooo. Beli kat Simit Sarayi.


Boleh pula masa kami tunggu-tunggu jemaah lain di Thaksim Square ada peminta sedekah minta sedekah dekat H. Siap pegang-pegang lagi. Pastu aku ngan H tak bagi tapi pakcik azlan bagi dia sedekah. Pastu peminta sedekah peluk tangan orang turki lain then orang turki tu marah-marah. Tapi dia tak peduli. dia peluk juga ikut orang tu jalan. Perghhh bahaya sungguh hahahahaha Peminta sedekah tu adalah seorang nenek

Kumpul-kumpul semua kami berangkat bergerak ke Spice Market.

Kat sini bagi aku lagi best nak shopping dari bazaar-bazaar yang lain.


Aku ngan H beli spice ikut auntie asmah punya suggestion hahaha, kacang pistachio, table cloth, sejadah, lokum, pashmina dan barangan wajib kalau aku travel NECK TIE hihihihih =)

Aku seorang yang suka neck tie muhahhhaa =)

Siap-siap shoping kami semua ke Balai Perlepasan Attartuk Havalimani hihii.

Masuk sahaja dalam bangunan ni kena scan dah, kemudian pergi repacking semula barang aku ngan H. Kemudian pergi ke kaunter untuk urusan Check-in. Selesai semua kami bergambar ramai-ramai dan kemudian aku ngan H pergi tukar duit Lira ke USD.

H haus, OK..!!! beli air tin 5 Lira yer. lebih kurang RM10. Pasni aku dah tak heran dah nak beli air tin RM10 (phuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...!!!!!! haahhahaha)


Masuk Scan lagi sekali di kaunter imigresen, setel cop-cop kemudian aku ngan H pergi solat dulu di surau. Surau pack sebab ramai orang pakai ihram nak pergi umrah la tu kan. Lepas tu kami ke pintu pelepasan. Naik bas menuju ke kapal terbang. Canggih lagi KLIA kot naik train muhahahha.

Masuk kapal terbang, bukak kasut, betul-betulkan badan then tidur setidur tidurnya hahahhhaha