Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kundasang. Show all posts
Showing posts with label Kundasang. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

2H1M/ 2D1N di Kundasang, Ranau di Hari Kemerdekaan Malaysia

Alhamdulillah.

Kali kedua aku ke Kundasang bersama H dan kali pertama bersama KA. Tapi KA dah 2nd time pergi aritu dengan H masa kawan kak la datang.

Macam biasa tidak mengejar masa. Keluar rumah menuju ke Indah Permai pergi sarapan dulu di area Giant Indah Permai, Restoren Dayang. Entahla, aku kalau p sana mesti kena makan sini dulu hahahha.

Shopping dulu kat Giant, beli barang makanan + Coolant kereta. 

Operasi memanjat dimulakan dengan lancar, Macam biasa, bawa pelan - pelan asal sampai. Kereta kau tu bukan kuat sangat pon nak lenjan.


Ramai orang berhenti ambil gambar kat sini. Aku pon join sekali tapi terdetik sedih dalam hati aku. Orang tengok cantik tapi aku pernah tengok lagi cantik daripada ini. Air terjun yang cantik. Kesan dari gempa bumi, laluan air terjun macam jadi besar dan lebar.

Kali ini kami semua direct terus ke Poring Air Panas dekat area Kg Lohan. Punya ramai umat manusia kat sini. Siap ada kelab kelab bermotor hahahah

Seronok aku tengok KA main air kolam.


Kat sini ada pool ala ala theme park berbayar, ada pool terjun ramai-ramai, ada kolam muat sorang dua tapi ada air panas dan air bukit

Tapi aku ngan KA ngan H dok kat kolam open untuk budak-budak hihihi

Comel je KA kocak kocak air kolam.

Kali ni bagus. dia dah tak minum air kolam. Kalau tak asyik nak minum je...ingat air kolam tu cawan beso ke apa hihihi.

Siap mandi mandi, sambil sambil makan durian beli kat tepi jalan sebelum sampai pekan Ranau. Kami terus ke Kundasang pergi cari Rocky Mountain Lodge.

Siap - siap bayar bilik, apa lagi angkat barang masuk dalam bilik hihii.

Terus aku perasan bila masuk bilik takdak aircond. Sekali H cakap tengok malam karang macam mana hahahaha..... baru aku perasan dok kat bawah kaki Gunung Kinabalu kot hihihi.

Masuk bilik buka pintu beranda. Berlari KA ke luar. Kusss semangat aku. Ye la, takut terjerlos pulak kat lubang lubang tu. Tapi KA pandai. pegang elok elok besi tu. Tapi seriau tetap ada hihiihi.


KA sedang menikmati keindahan alam




Dari bilik boleh nampak perkampungan dan tempat tanaman sayur sayuran penduduk kundasang.


Aku pilih bilik 2 Single RM110/malam. Kalau katil queen RM100/malam dan kalau 1 katil queen + 1 katil single RM120/malam. Worth it. Aku puas hati la stay di sini.




Kenapa aku pilih Rocky Mountain Lodge ?? 

Aku teringin nak dok kat Kiram Village tapi tak pernah pernah kosong tak pernah aku dapat nak booking hahha.

Tapi bila aku check in kat RML ni aku rasa aturan Allah tu hebat. Buka buka pintu direct terus nampak Gunung Kinabalu.


Cantik sungguh keindahan ciptaan Allah...=)

Siap - siap simpan barang rehat rehat sekajap, kami keluar sekajap jalan - jalan ke arah Kiram Village, Knabalu View Chalet sebab nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu dari dekat.

Balik dari jalan jalan kat area Kiram Village kami oergi cafe kat RML sebab cafe Kiram Village tak buka lagi.

Kami makan malam nasi goreng daging. Ok la nak alas perut. Sempat beli maggi kat koop dieorg hihihihi..koop la sangat

Naik bilik, terus masuk selimut, Sejuk,,,, terus tidur.

H cakap malam tu hujan, patutla sejuk sampai ke tulang hahaha...tapi aku tidur selamber dua tiga kalki terjaga kesejukan.

bangun pagi, terus repeat pergi Kiram Village. Layan view gunung.


Anakanda tersayang berlatar belakang Gunung Kinabalu


Alhamdulillah aku pernah berasa di puncak...=)



Lepas check out kami ke Ranau semula. lunch di  Anjung Selera. singgah sekejap beli Durian Udang Merah sekilo RM18 terus balik Kota Kinabalu.

Hajat nak pergi Desa Dairy Farm tapi KA tidur pulakkan. Tu yang direct je tak singgah. Walhal RML dah dekat sangat dengan Desa Dairy Farm tu.

Alhamdulillah, hajat nak bawa keluarga aku bermalam di Kundasang tercapai =)



Thursday, June 9, 2016

Homestay di Kundasang, Sabah

Sesiapa nak bercuti di kundasang:

1. SINURAMBI HOMESTAY : 013-8832994, 013-8661615, 019-8615764, 1 bilik king dan single Rm200, 1 bilik king dan queen Rm250, 2 rumah (2 bilik) : Rm300 satu rumah.
Lokasi berdekatan jalan raya bertar kawasan landai naik bukit selepas D'IZZ HOMESTAY.

2. D'IZZ HOMESTAY : 012-8669626.

3. KUNDASANG INN : 088-888097, 014-5526406, 014-6524020,
013-8689264, Bilik Rm100.

4. ZURAINI HOMESTAY : 013-8938356, 019-8952178, bilik harga dalam Rm120-190, Lokasinya naik sikit selepas D'IZZ HOMESTAY berdekatan jambatan.

5. AMULA HOMESTAY : 013-8706692, 012-8148898, 013-8935947, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN.

6. SURYATI HOMESTAY : 014-8557598, 014-8665551, 014-8573155, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN,

7. WALAI TOKOU HOMESTAY : 013-5539459, 019-8328680, lokasinya bersebelahan dengan KINABALU PINE RESORT dan tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, harga boleh tawar, (macam2 jenis bilik), bilik 3 katil sederhana Rm180, bilik 2 katil sederhana Rm90, bilik 1 katil besar dan tambahan bilik kecil untuk 1 katil bertingkat Rm90.

8. D'OLUNDUS VIEW : 014-2010070, 088-888824, lokasinya berhadapan gerai sayur di tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, 1 bilik Rm170, 1 rumah (2 bilik) RM340.

9. WALAI TOKOU HOMESTAY Julianah@Julia : 019-8718071, 010-7888071, lokasinya bersebelahan KINABALU PINE RESORT.

10. KINABALU PINE RESORT : 088-3867751, 088-389957.

11. U-MERLIN RESORT : 088-889366, 1 bilik Rm100, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

12. FAIRY RESORT : 088-889688, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang,

13. SONNY VILLAGE : 088-888161, 088-889277, bilik single/double bed Rm120-180, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

14. WAYN ZEN ROSE CABIN HOTEL : 088-889233, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

15. MOUNTAIN REST HOUSE (budget hotel) : 016-8374060, no 011-24258739, Dorm (2 katil bertingkat utk 4 orang) Rm20, harga bilik ada Rm60, 70, 80,.... lokasi berdekatan dengan National Park tepi jalan utam

16.JB Hidayah Inn
Pekan kundasang...bersebelahan dengan restoran hidayah...restoran intan..Dan restoran selera kundasang...terletak d pekan kundasang...
10  buah bilik..
0143538865

17. nizar's homestay kundasang
Berdekatan dgn sk kundasang dan kebun kulat
1 buah ruma (3 bilik)
0109542457(rahimah)/0138650766(saba noor)

Monday, February 23, 2015

Kesejukan Kundasang dan Kepanasan Hati di Cafe Nabalu Lodge Kundasang 20 Februari 2015

Cuti Tahun Baru Cina kali ini tidak dirancang sebaiknya.

Disebabkan kebosanan aku ngan H decide untuk naik ke Kundasang dan bermalam di sana.

Setelah buat carian internet semua hotel fully booked

Bertolak ke Kundasang seawal jam 8 pagi



Kalau nak ambil gambar pemandangan Gunung Kinabalu silalah singgah ke Pekan Nabalu, Kota Belud. FOC tiada caj masuk. Kalau masuk Kinabalu park kena bayar. Tapi tiket tu boleh guna untuk masuk ke Poring Air Panas Ranau dengan percuma =)

Pertama kali aku ngan H bersama-sama berdua ke Kundasang =)

Kemudiannya aku ngan H menuju ke Desa Dairy Farm. Sekali jem betul nak masuk situ. Kami decide untuk patah balik belakang sebab lagipon masing-masing pernah pergi.

Semasa turun kami singgah ke Nursery sebab aku ada niat nak beli Orked =)

Aku suka Orked tapi belum ada lagi pe;uang untuk menanam dan membajai Orked aku tuh hahahaha =)



Feeling CNY sket =)



Cantik pula gambar dari smartphone baru aku ini hahahaha =)

Selepas pergi Nursery kami singgah untuk makan tengahari di Cafe Nabalu Lodge Kundasang. 



Nampak tempting kan Nasi Lemak Kundasang.

Tapi kat sini berangin satu badan aku. Aku minta tambah sambal 5 kali. Diulang lagi sekali 5 kali ya. Sampai ke sudah tak dapat.

Pastu masa nak buat payment masuk bil pula sambal tambahan aku tu. Lagi tambah angin aku. H makan Kueteow Goreng.

Lepas tu panggil-panggil waiter and waitress tak pandai-pandai dengar atau lebih tepat lagi buat-buat tidak dengar. Sakitnya hati

Maka dengan itu ini akan menjadi 
PERTAMA DAN TERAKHIR KALI AKU MAKAN DI NABALU LODGE KUNDASANG ...!!!

kEPADA DI LUAR SANA AKU TAK RECOMMEND CAFE INI. SEKIAN TERIMA KASIH.