Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Visit Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Visit Indonesia. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Supir di Bali, Indonesia

Persediaan masa hadapan. Sr Aliifah telah me'whatsapp' (teruk juga tatabahasa aku ni) untuk perkhidmatan supir di Bali, Indonesia

Bila eh nak g Bali hihiii.

Ok, masuk dalam wishlist la hihiii

Friday, May 30, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 15 - Kartika Sari

Hari hari terakhir di Bandung diisi dengan jalan - jalan di Jalan Cihampelas, Ciwalks. Bergambar dengan patung-patung superhero hihi.

Dapat juga la aku baju Transformers sehelai kat sini hahhaa

Lepas jalan-jalan kat sini, tahan teksi kami pergi ke Kartika Sari, Jalan Dago. Perghhhh besar betul tempat dia ni. Banyak juga yang kami beli. Pisang bolen dan yang kat bawah ni nama apa pon aku dah lupa muhahaha


Lepas beli ole-ole kat sini, kami balik ke hotel, kemas-kemas barang. Call teksi. Gerak g Bandung Airport. Dalam perjalanan ini baru aku perasan yang Pasteur ni dekat ja ngan airport hihihii.

Yes...Alhamdulillah jalan-jalan kami ni ada manis ada pahit. Asam garam dalam kehidupan. Ke Bandung ini adalah hadiah honeymoon aku kepada H. Harap-harap dia enjoy dengan trip ini.

Thursday, May 29, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 14 - Day 7

Pasar Baru lagiiiiii....



Beli barangan baby kami.

==========================================================

Jalan Riau


Smart betul tas tangan ni. Nasib mahal ja. Kalau tak, aku dah sambar dah hahaha. Banyak Factory Outlet di kawasan ini, Sediakan ongkosnya saja ya bapak-bapak ibu-ibu hihi


==========================================================

Saung Angklung Udjo






Tempat yang wajib dilawati. 5 Bintang yaaa. Persembahan daripada pelajar dari peringkat kanak-kanak kecil sehingga dewasa.

Macam-macam lagu yang dibawa menggunakan angklung

Dan para penonton juga diajar untuk memainkan lagu menggunakan angklung dengan dibantu oleh anak-anak pak udjo.

Diakhir persembahan budak-budak comel akan mengajak penonton untuk menari bersama di lantai persembahan. Ok..!!!! H kena ajak ngan sorang budak tu hihiihihi....

Maklumat lanjut boleh ke laman web mereka seperti di bawah










Tuesday, May 27, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 13 - Day 6

Kawah Putih




======================================================

Papitto Cafe & Bistro, Bandung



Air Jus Sirsak (durian belanda). sedap oooo


======================================================

Rumah Kain




Seronok haaaa...jalan kat rumah kain. Kain melambak. Macam-macam jenis. Pilih sahaja. Sempat juga la aku menyambar kain pelekat sehelai hihi. H usah ditanya hahhaha...

======================================================

Ke arah Jalan Cibaduyut



======================================================

Makanan Masakan Padang


Banyak betul makanan yang dihidangkan versi masakan padang. Bayar lauk yang disentuh dan makan sahaja. Sejuk dan tak kena dengan selera aku dan H. Sampai ke hotel H bising makanan tak best. Supir kami pon hanya makan telur rebus masak sambal 2 biji. hihiihihi....









Monday, May 26, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 12 - Day 5

Tangkuban Parahu

Hati kena kuat bila datang sini. Turun ja dari kereta dah kena serbu dengan penjual-penjual barangan cenderamata. Rimas aku. Siap ikut sepanjang sessi sightseeing hahaha..melampau juga english aku kannnn

Kena ikut, pastu balik-balik offer tolong ambil gambar kami berdua.

Siap tunjuk pakai kad yang menunjukkan dieorg ni pekerja di situ untuk memberi input.

Again, aku rimas hahhaa...




==========================================================

Sari Ater Hot Spring

Kolam air panas yang best hihi...agak jauh sedikit daripada Tangkuban Parahu.

Kat sini lain pula ceritanya, diikut oleh penjual aiskrim berlesen hahhaa...

Siap cakap, kalau kat Tangkuban Parahu penjualnya memaksa dan kami tidak. Sori derrr..balik-balik ditanya mahu aiskrim ka enggak. again, aku rimas hahhaa

Tempat ni buka sampai malam

Ada kemudahan surau di sini. Bersih dan terurus.


==========================================================

Strawberry Farm



Kat sini kami layan air strawberry. Mula-mula ingat nak memetik sendiri tapi dari jauh tengok, buah strawberry pon macam suam-suam kuku. Ambil keputusan melepak je la sambil membasahkan tekak. Beli juga la strawberry beberapa biji sebab nak makan sikit ja kan. Masam...!!! tapi kat Tangkuban Parahu adalah manis. Kompius aku hahaha....=D salut ngan gula ka apa strawberry kat Tangkuban Parahu. Pengawetkan. Boleh tahan lama

==========================================================

Lembang Floating Market

Best tempat makan ni. Orang menjual atas perahu kecil. Buat rojak. masak mee jawa dan berjual pisang goreng semua dalam perahu. Unik.



Terung pipit tu...pertama kali tengok pertama kali makan hihiihih


==========================================================

Toko Tiga


Berbelanja sehelai baju t-shirt berkolar di sini. Jeans macam-macam brand ada. Katanya OriginaL. Betul ke tak, aku pon tak tahu hihi...











Sunday, May 25, 2014

Hayukka Bandoeng - Perkhidmatan Supir dan Sewa Kereta di Bandung

Hayukka Bandung, Hayukka Bandoeng. Isk mana-mana lah.

Servis terbaik yang diberikan oleh company ini sepanjang aku dan H melancong di Kota Bandung.

Kereta yang dibekalkan ialah Toyota Avanza dan Daihatsu yang mirip Avanza hihihihihi

Sehari dikenakan kadar bayaran IDR390 000 dan tambahan IDR50 jika ke Kawah Putih atau Sari Ater HotSpring.

Okla kan.

Bagus kita dah rancang kemana hendak dituju supaya tidakla terpinga-pinga. Yes, supir boleh bawa kita kemana-mana yang kita mahu.

Supir kami bernama Yayan

Orangnya simple, mudah berbicara, ada input kemana tempat yang dilawati dan yang paling penting tahu lorong tikus nak ngelak macet. hahahhaha... terbaikkk.... =)

Semua maklumat bolehla rujuk dengan laman web di bawah

http://www.hayukka.net/

https://www.facebook.com/hayuka.bandung

Harga berpatutan, perkhidmatan yang baik. Sangat direkomenkan kepada sesiapa yang melancong ke Bandung hihi.

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 11 - The Cherry Hotel and Residence,Bandung





Lokasi di Pasteur, Bandung

Dekat dengan airport

4 malam = RM239.20

Murahkan...lebih kurang RM60.00 semalam. Breakfast included. Bilik luas. Cumanya, cerek takda. Kena minta air panas dari receptionist counter dan ada karyawannya akan hantar ke bilik. 

Ada kedai ala2 7Eleven kat bawah. 


Nescafe Mochacino tu adalah best hihiii. 

Disebabkan kemurahannya, kalau aku pergi Bandung lagi, memang aku bermalam di sini hihii. 

Owh ya, nak keluar dari kawasan hotel ini perlu guna jasa taksi. Kena rancang perjalanan dengan baik. Bagi aku ngan H, sebab dah ambil perkhidmatan sewa kereta dengan supirnya sekali. Memang kami tiada masalah. 













Sunday, May 11, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 10 - Pasar Baru, Bandung



Usai sarapan pagi dan kemas-kemas barang sebab nak check out terus. Kami pon menitipkan beg galas di kaunter check in. 

Aku dan H gerak ke Pasar Baru dengan berjalan kaki sahaja. Dekat ja pon. Tapi kalau naik teksi jauh sikit sebab kena seberang jalan kereta api ikut jalan yang ditetapkan. Ahhh sudahhh. Apa yg aku tulis ni hahaha. 

Dari Venice Guesthouse pergi ke arah Kenangan Hotel, sampai jumpa simpang, belok kiri. Jalan kaki terus sampai jumpa jejantas untuk seberang jalan kereta api. Jalan terus sampai jumpa Pasar Baru, Bandung. Kami gerak awal. Banyak kedai yang dah buka


Jumpa kain terus rambang mata kannn. Hahaa. Aku dan H pusing-pusing dalam Pasar Baru, sampai jumpa satu kedai yang H berkenan. Nama macam india sikit. Chengai kot. Ada banyak kedai dia dalam Pasar baru ni. Jadi, xyahla kot nak pusing-pusing secara bersemangat sebab sama ja pon owner pemiliknya. 

Tips: berhati-hati memilih kain pasang sebab orang Indonesia kecil-kecil berbanding orang Malaysia. Jadi potongannya kecil. Kalau ada design kat tangan tu ada masalah sikit sebab takut-takut kain tak cukup untuk buat baju yang simetri designnya. Berhati-hati juga ukuran kain pasang sebab mereka menggunakan ukuran ela. 1 ela tak cukup 1 meter. Jadi kalau 4 ela, less than 4 meter. Mana cukup nak buat baju. Nak selamat. Beli kain yang ukur depan mata kita tu. Tapi harga agak mahal sedikit la. (Info dari seorang penjual di Pasar Baru di tingkat 5, kawasan parking)

H hebat berbelanja ya. Abes sejuta rupiah ya hahahaa. Aku penat. Aku duduk je di sofa sambil di jamu teh kotak, kopi dan kek lapis hahahaa. 


Aku pula berhajat nak buat suit di bandung. Alhamdulillah, angan-angan aku tercapai hihiii. Pusing-pusing punya pusing, ada satu kedai ni dapat bagi harga yang berpatutan dan kain yang best. Ada satu kedai minta IDR1,800 000. Minta2 kurang, dapatla kurang 200k. Tapi ada satu jenis kain sahaja. 

Kedai yang H beli baju offer IDR1,400 000. Kain lembut licin dan nampak murah. Haishhhh. 

Ok, mula-mula macam dah pasrah je nak buat sebab takut tak berduit pula aku nanti angkara Suit hahaha. 

At last, jumpa satu kedai ni. Ada 2 orang pakcik yang jaga. Dia offer satu kain ni. Agak best bagi aku. IDR 1,400 000. Aku minta kurang memang dia tak bagi. Aku pon macam dah tak jadi. Siap dia tunjuk-tunjuk lagi resit-resit dia jual kat orang. Aku pon pasrah. Hahahahah. Sekali dia cakap, dia nak offer aku IDR 1,200 000. Kain yang sama yang aku nak. Ok deal hihiiii. Dia janji esok siap, dan lusanya hantar ke hotel FOC. Ya, janji ditepati, jahitanya bagus. Aku pakai ok. Ukurannya pon bagus. Risau juga sebab banyak blog yang aku baca. Dieorg bising. Ketat dan tak ikut ukuran. Alhamdulillah. Suit aku sempurna. 

Tips: Jangan bayar full, kang apa-apa jadi sudah nanti. Pilih kedai yang senang korang nak cari dan ambil gambar dengan dieorg hahahaha. 



Lepas berbelanja, kami pon pergi ke aras food court. G kedai Saung Penyet. Orang kedai tersebut ramah dan berbahasa melayu malaysia. Lawak betul aku dengar. Relek der, ko cakap biasa-biasa pon aku faham. Sabah dan indonesia sikit ja bezanya. Hahaahaa. 

Aku makan set ikan talipia yang dibakar pedas bersama-sama sayur-sayuran yang banyak beserta jus alpukat dan sirsak hahahaa. 

Lepas tu kami sambung jalan-jalan dalam pasar baru. 

Dalam pasar baru ni ada masjid. Jangan lupa solat ya. 

Dalam pasar baru ni juga aku stress dengan budak-budak yang jual fridge magnet, beg barang, beg telekung, air dan barangan cenderamata bermotifkan bandung. Diorang jual 3 set fridge magnet = 100k. Aku taknak..!!!! Haaha. Aku cakap kalau 100k = 10 keping aku nak. So, sekeping tu jatuh 10k =RM3 untuk 6 ketul fridge magnet. Berbaloilakan. Semua taknak jual kann. So aku x beli laaa. Sampai la satu masa kat tempat aku buat suit tu, seorang budak ni yang berapa kali entah nak jual barang kat aku. Aku cakap. Ok, 50k = 5 keping (30 ketul fridge magnet). Mula-mula dia x nak jual. Lama-lama dia akur. Dia kata ok dengan deal aku tersebut sebab nak pecah telur katanya. Aku bayar IDR50k dan cakap semoga rezeki murah lepas ni. Hihiiiii

Kemudian, kami beli baju bandung 100k = 5 helai untuk saiz bawah XL dan baju untuk aku 100k = 3 helai. 

H juga beli baju jalan-jalan, telekung dan baju baby. 

Masa nak balik kami beli beg barang dan buah salak. Kami beli sekilo 20k. Sekali jalan depan sikit 2 kilo 15k. Kuang ajakkkk...!!!!!!! Dahla aku stress ramai betul orang approach minta beli beg dan barang-barang cenderamata masa nak beli buah salak tu. 

Akhirnya, seharian kami berada di Pasar Baru dari kedai baru buka dan kedai siap-siap nak tutup hahahaha. Kami jalan kaki balik guesthouse dan call taxi Bluebird untuk ke tempat penginapan kami selepas ini iaitu The Cherry Hotel & Residence di Pasteur. 




Wednesday, May 7, 2014

Itinerary Bandung dan Jakarta 2014


Itinerary ke bandung dan Jakarta, Indonesia.

ada banyak tempat yang aku tak sempat nak melawat.

InsyaAllah akan ke sana satu hari nanti.


menggunakan adf.ly (URL shortener). Jangan risau, tunggu 5 saat, tengok kotak bahagian kanan atas. Tekan Skip Ad, Masuk dalam Dropbox, tekan download.)

Wednesday, April 23, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 9 - Venice Guesthouse

Sebuah guesthouse yang dekat dengan keretapi stasiun bandung dan murah. 

Dengan RM54.42 aku ngan H stay di sini. Sebabnya ialah
1) dekat ngan stasiun bandung. Yela aku sampai malam kan. Jadi pilih yang dekat-dekat je
2) dekat ngan Pasar Baru..!!!! 

Memang tujuan duduk di guesthouse ini adalah disebabkan oleh sebab yang ke-2 hahahaa. 

Dari stasiun bandung cari pintu yang Roti O berada di luar dan bukan berada di kawasan landasan keretapi. Pintu utara maybe. Jalan kaki ke luar. Sampai ke pintu luar dekat booth tiket parkir kereta tu. Belok kanan. Straight sampai jumpa Kenangan Hotel. Guesthouse ini terletak di sebelah Kenangan Hotel yang terkenal dikalangan orang Malaysia ya. 


Kelako aku tengok aircond ni. Ada ka tembak ke tv ngan dinding...tembak ke katil baru betul hahaha


Ada sinki ya dalam bilik


Ok, aku dapat bilik yang tidak senonoh. Dapat bilik pintunya ditutup dengan kertas mahjong warna hitam tu. Tingkap ditutup dengan langsir. Hampa jangan cari pasai nak buat projek aaaaa. Bodo-bodo ja orang tengok bayang-bayang ampa nanti haahha. 

Bilik aku je yang macam ni. Bilik lain aku tengok sempurna ja pon. Maybe last minute booking la kot kan. Tapi takpala. Janji bilik ada private bathroom. 



Landmark adalah aston swiss belhotel dan Kenangan Hotel





Tuesday, April 22, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 8 - Mangga Dua, Ancol dan Tanah Abang


Dari hotel aku ke Mangga Dua berjalan kaki bersama-sama isteri tercinta hihi. 

Sampai di Mangga Dua aku kompius sekejap. Banyak gila bangunan yg guna 'Mangga Dua'. Setelah bertanya dengan orang, semua orang cakap ITC paling best. Maka kami pon pergila sana. 

Sampai kat ITC Mangga Dua, aku ngan H pergi satu kedai ni dan H berminat kat baju ni 


Bila tanya harga, orang kedai cakap enam lima. H pon berminat ngan baju ni. Setelah proses menawar dapat la IDR55k. Elok nak bayar orang kedai cakap 11 keping 50k. Ok aku dah rasa fishy. Sekali dia cakap IDR550k. Ok aku rasa aku ditipu sebab baju bodoh macam tu boleh harga  RM165. 

Terus aku kata x nak beli..!!! Orang kefai cakap, mana boleh macam tu. Dah minta kurang...iskkkk. Ko yang cakap x jelas kan. Aku ingat harga dia RM16.50. Logik sebab baju tu sangat tidak berkualiti. 

Lepas kejadian tu, aku ngan H lebih berhati-hati kalau nak beli barang. Memang kami sebut betul-betul nilainya.

ITC ni berada di sebelah kanan dan Mangga Dua Mall sebelah kiri. Pasar Pagi Mangga Dua berada di sebelah ITC Mangga Dua. Bersambung. 

Saiz orang sini sangat kecil ya. Aku yg saiz XL ni kena beli baju saiz 5XL baru muat ya. Yaiiii...!!!!!!

Aku bawa baju 2 helai ja sebab malas nak bawa barang berat-berat dari Malaysia. Beli sahaja baju baru. Bagi aku ok sangat sebab harga baju pon murah. Tapi...!!! Sangat susah cari saiz aku. Hahahaha. 

Keesokkan harinya, aku ke Ancol. Sangat dekat dengan kawasan Mangga Dua. Ancol ini ada DuFan yakni Dunia Fantasi. Ala-ala Universal Studio Singapore hihiii. 

Masuk ancol ni kena bayar ya. Aku bayar sebanyak IDR40k. Kat sini ada pantai juga. 

Aku ke sini naik teksi bluebird. Selepas ke Ancol, kami ke Tanah Abang. Amek hang. Kena bayar teksi IDR 180k

Ada 3 blok. Blok A,B dan F dari pemerhatian aku. 

Sempat aku ngan H makan di tingakat 6 blok B x silap aku. 

Makan gurame. Yummihhhhh. 


Kami tidak membeli sangat sebab majoriti penjual jual secara borong di Blok A. Pergi blok B pon macam biasa-biasa saja. G blok F aku lemas haahaha. 

Selesai jalan-jalan, ambil teksi bluebird IDR34k gerak ke stasiun gambir dan balik semula ke bandung dengan agro parahyangan. Kali ni tiket ada murah sikit. Dapat harga IDR90k/pax

Next time kalau diizinkan Allah. Aku nak pergi sekali lagi ke jakarta untuk ke Dufan, Taman Mini Indonesia dan Taman Safari Bogor. 

Thursday, April 17, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 7 - Pelan Prabayar Tri 3


Selesai uruaan check in plaza hotel mangga dua, aku ngan H pergi ke Kompleks Elektronik betul-betul depan plaza hotel. Landmark dia adalah Bangi Kopitiam. 

Setelah pelbagai penjelasan oleh penjual telefon tu. Aku memilih jasa (perkhidmatan) TRI @ 3. IDR83 000. 2 GB kuota internat + pulsa IDR10 00 + IDR3000 servis charge phuiiii..!!!!

Perkhidmatan semua ok. Di jakarta, bandung, kawah putih, tangkuban perahu adalah 3G. Air panas Seri Ater je E. 

Owh ya, semasa aku blk dari kawah putih aku ngan H singgah makan di papito resto. Cissssss...!!!! Dia jual kartu perdana tri IDR30 000 sahaja. KENA TIPU LAGIIIII..!!!!!! Adeiyhhhhhhh. Hahhahahaha....

Aku perhatikan penjual di sini menjual barangan tanpa meletakkan tanda harga. Lebih kepada harga mulut. Tengok gaya dan cakap orang luar.  Terus letak harga tinggi.

Next time kalau aku datang sini lagi, aku nak beli barang kat kedai yg ada tanda harga je la. At least kalau kena tipu puas hati jugak la. 

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 6 - Plaza Hotel Mangga Dua


Lokasi hotel yang strategik dan murah menjadi pilihan aku. 

Ianya berada di tengah-tengah antara WTC Mangga Dua dan Mangga Dua Square di sebalah kanan hotel manakala ITC Mangga Dua, Pasar Pagi dan Mangga Dua Mall terletak di sebelah kiri jika menghadap jalan utama di dalam kawasan  Kompleks Harco

Aku ngan H gerak ke ITC Mangga Dua jalan kaki ja. Boleh la sesiapa naik Ojek atau Taksi yang stesennya berdekatan dengan hotel juga. 




Boleh pergi Ancol juga. Dekat dengan menaiki taksi. Hihiii

Sehari hotel ni aku dapat RM64.43 with breakfast. Early check in juga dibenarkan.