Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 22, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 8 - Mangga Dua, Ancol dan Tanah Abang


Dari hotel aku ke Mangga Dua berjalan kaki bersama-sama isteri tercinta hihi. 

Sampai di Mangga Dua aku kompius sekejap. Banyak gila bangunan yg guna 'Mangga Dua'. Setelah bertanya dengan orang, semua orang cakap ITC paling best. Maka kami pon pergila sana. 

Sampai kat ITC Mangga Dua, aku ngan H pergi satu kedai ni dan H berminat kat baju ni 


Bila tanya harga, orang kedai cakap enam lima. H pon berminat ngan baju ni. Setelah proses menawar dapat la IDR55k. Elok nak bayar orang kedai cakap 11 keping 50k. Ok aku dah rasa fishy. Sekali dia cakap IDR550k. Ok aku rasa aku ditipu sebab baju bodoh macam tu boleh harga  RM165. 

Terus aku kata x nak beli..!!! Orang kefai cakap, mana boleh macam tu. Dah minta kurang...iskkkk. Ko yang cakap x jelas kan. Aku ingat harga dia RM16.50. Logik sebab baju tu sangat tidak berkualiti. 

Lepas kejadian tu, aku ngan H lebih berhati-hati kalau nak beli barang. Memang kami sebut betul-betul nilainya.

ITC ni berada di sebelah kanan dan Mangga Dua Mall sebelah kiri. Pasar Pagi Mangga Dua berada di sebelah ITC Mangga Dua. Bersambung. 

Saiz orang sini sangat kecil ya. Aku yg saiz XL ni kena beli baju saiz 5XL baru muat ya. Yaiiii...!!!!!!

Aku bawa baju 2 helai ja sebab malas nak bawa barang berat-berat dari Malaysia. Beli sahaja baju baru. Bagi aku ok sangat sebab harga baju pon murah. Tapi...!!! Sangat susah cari saiz aku. Hahahaha. 

Keesokkan harinya, aku ke Ancol. Sangat dekat dengan kawasan Mangga Dua. Ancol ini ada DuFan yakni Dunia Fantasi. Ala-ala Universal Studio Singapore hihiii. 

Masuk ancol ni kena bayar ya. Aku bayar sebanyak IDR40k. Kat sini ada pantai juga. 

Aku ke sini naik teksi bluebird. Selepas ke Ancol, kami ke Tanah Abang. Amek hang. Kena bayar teksi IDR 180k

Ada 3 blok. Blok A,B dan F dari pemerhatian aku. 

Sempat aku ngan H makan di tingakat 6 blok B x silap aku. 

Makan gurame. Yummihhhhh. 


Kami tidak membeli sangat sebab majoriti penjual jual secara borong di Blok A. Pergi blok B pon macam biasa-biasa saja. G blok F aku lemas haahaha. 

Selesai jalan-jalan, ambil teksi bluebird IDR34k gerak ke stasiun gambir dan balik semula ke bandung dengan agro parahyangan. Kali ni tiket ada murah sikit. Dapat harga IDR90k/pax

Next time kalau diizinkan Allah. Aku nak pergi sekali lagi ke jakarta untuk ke Dufan, Taman Mini Indonesia dan Taman Safari Bogor. 

No comments: