Tiba sahaja di Stasiun Gambir jakarta, berpusu-pusu porter angkat barang masuk dalam KA (kereta api).
Sesak sekejap haha
Aku ngan H turun dari KA dan menuju ke pintu keluar dan terus ke 7Eleven. Tujuan untuk beli sim kad. Dia offer simkad simPATI berharga IDR3500 ikut yang di punch kat mesin kasyir tu. Terdiam sekejap. Kat airport, orang supir tu nak tolak 35 000. Kalau betul la kan. Memang rugila aku beli kat airport. Aku x jadi beli sebab dia suruh aku potong sim kad sendiri jadi nano haha. Malas aku..!!!
Aku keluar pintu selatan. Agak jauh untuk ke MONAS. Jadi, next time, pasti ikut pintu utara untuk keluar. Sekat sikit.
Aku ngan H jalan kaki untuk ke Monas. Dekat sahaja Monas ngan Stasiun Gambir tapi pintu pagar Monas tu jauh gila hahaa.
Aku ngan H jalan menuju pintu masuk parking kereta yang ada palang automatik tu. Pintu masuk ke Monas ada di situ. So dari situ bileh jalan kaki sahaja sampai ke Monas.
Mem'foto' sekejap dan kami ke Masjid Istiqlal dan Gereja. Dari Monas, kami menuju pintu yang dekat dengan Bangunan Pertamina. Keluar sahaja pintu tu nampak banyak kedai makan.
Tetiba nampak OJEK. Pengangkutan awam roda 3 menggunakan motosikal. Nak merasakan. Kami pon naiklah. Bila tanya harga, dia bilang 25. So aku ngan H pon naik. Dekat je pon Masjid tu. Sampai sahaja di masjid aku pon keluarkan duit IDR2500. Sekali dia cakap IDR25 000. Dekat je pon kan. Tu yang aku ingat dia bilang IDR2500 tu, aku ok je. Ok, aku telah di tipu. Kenapa..??
Selesai ambil foto di Masjid Istiqlal (katanya terbesar di asia tenggara) dan Gereja (berhadapan dengan masjid) aku ngan H pergi ke Plaza Hotel Mangga Dua menaiki Taksi Bluebird dengan tambangnya IDR28 000. Dahla jauh, jam lagi ada aircond. Boleh sembang-sembang ngan taxi driver --> puas hati. Ojek..?? Kalu niat ko nak tipu aku, kurang berkat ko cari rezeki...!!!! Ok, H kata anggap sedekah je la huhuuu
Kat Masjid ni ada barisan jualan makanan, baju kopiah, buku dan lain-lain. H beli ala-ala ABC durian. Sedap katanya. Aku rasa macam pelik sebab makan durian ngan ais hahaha. Sejuk.
Banyak budak minta sedekah kat sini. Mula-mula datang seorang. Sekali datang ramai-ramai. Ok, aku rimas huhu.
No comments:
Post a Comment