Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

Selesai Khidmat Buat Kali Ini

26 Ogos 2016


Selesai khidmat diberi kepada penduduk Kota Belud. Semoga apa yang telah aku berikan bermanfaat dan memberikan impak yang baik kepada masyarakat.

Berat kaki, sedih hati melangkah pergi, aku ada misi yang perlu aku selesaikan.

InsyaAllah kalau ada umur panjang kita akan bertemu kembali...=)

Ingat aku dalam doa kalian. Bila aku sudah tiada nanti usah dibanding aku dengan pengganti aku, kerna aku tahu masih banyak perlu aku perbaiki.

Aku masih belajar.

Doakan aku cemerlang dalam mengejar ilmu buat kali ini.

Thursday, July 3, 2014

Tawa Dalam Tangisan - Puan Puspawati binti Mohamed

Hari yang dinanti telah tiba.

Tawa Dalam Tangisan menjadi tajuk post hari ini.

Mempunyai kesinambungan dengan post sebelum ini iaitu Patah Tumbuh Hilang Tidak Berganti

Adat resam manusia biasa, Pertemuan dan Perpisahan menjadi rempah dalam resipi kehidupan yang perlu ditempuhi oleh setiap yang bergelar manusia.

Usah ditahan usah dihalang, Walau berat tidak mampu untuk dikendong, lepaskanlah, biarkan ianya pergi kerana pasti ianya terbaik untuk dirinya sendiri.

Bukan tugas kita untuk bermuram durja, Sudah menjadi siulan kata - kata Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama. Namun situasi ini berbeza dari yang mati. Tetapi meninggalkan anak-anak buah yang baru celik mentari.

Terkadang kita bersedih, Terkadang kita terkenang. Namun semuanya telah tertulis. Kita tidak mampu untuk mengubahnya tetapi kita perlu mampu untuk menerimanya.

Puan Puspawati Binti Mohamed. Nama indah sinonim diri di sini. Walau kemana pergi, tetap di kenali di serata bumi di bawah bayu ini. 19 tahun menabur budi di sini, namun kini dia melangkah pergi untuk dekat dengan famili. Jangan kita pisahkan kasih sayang ibu bapa kepada anak yang sudah lama merantau.

Seorang yang dedikasi berpekerti mulia diri.

Tahun 5 Julai 2010 titik pertemua aku dan Puan Puspawati. Khabar-khabarnya 7 Julai melapor diri di destinasi hati. Sedar tidak sedar sudah 4 tahun aku di sini. Terima kasih daun keladi. Kepada si empunya diri





Suasana ceria bercampur gembira seperti diada-adakan. Ianya sangat plastik, Manakan tidak semua bola mata berkaca dan merah. Masing-masing menahan diri dari mengalir.

Ucapan kalimah yang diberi tidak seperti biasa. Kali ini lebih berbentuk peribadi. Cerita masing-masing mengikut pengalaman diri. Bila ucapan yang dinanti-nanti. Mula lah mata seperti adanya hirisan bawang ditepi.

Aku dan H seperti biasa, cuba untuk tidak membawa diri ke arah kesedihan. Kami punya cerita kami sendiri. Terlalu berjasa untuk dinilai diri. Syukur Alhamdulillah punya ketua memberi warna dalam hidup ini.

Setiap cerita ada bab-babnya, setiap bab ada adegannya, setiap adegan ada plot-plotnya dan setiap plot ada memorinya.

Jasamu dikenang

Terima kasih segalanya.



Friday, June 6, 2014

Miri - Kami Kembali yawww !!!


5 Jun 2014

Selamat Datang ke Miri

Welcome to Miri

Hari ini aku dan H pergi ke Miri untuk kedua kalinya untuk tahun 2014 haha. 

Kali ini kami pergi dengan rakan sekerja sebab ada urusan kerja di sini. 



Couple of the year you all haha. So suwiiiitttt. Seiring dan sejalan. Seindah bunga di taman ececehhhhh. 


Siap-siap check in beg, aku dan Rizuan Ajik Amboragang makan breakfast di O Briens kat area sebalah kedai The Body Shop di Kota Kinabalu International Airport. Thanks bro kerana sudi susah payah hantar aku dan wife serta rakan-rakan ke airport.


Rezeki rizuan jumpa anak saudara dia kat airport. Anak saudara dia wakil sabah main Hoki di MSSM Kuantan 2014. 


Mocha & cheese cake. 


Triple decker sandwich


Audrey dengan hoodie comel dan yuyun dengan ermmm ermmmm apa eh..?? haha



Saat - saat meninggalkan KKIA Terminal 1. Seat aku adalah di bawah sayap di atas tayar !!! hahhaha. Berderau juga la jantung bila nak touch down haha.


Wings of Love. Comel pula gambar ni kan. hihi.


Macam tak perasan pula wallpaper ni masa pertama kali datang hari tu tau. Apalagi, jadi PhotoG jap untuk wanita-wanita ajaib ni dan wajah kesayangan hamba hihi.


Nani ngan yuyun tak tahu lagi tau. Peta ni ada merata-rata disetiap tempat lokasi untuk dilawat haha. Nanti mesti dieorg stress sebab sanggup menahan lapar sebab nak bergambar dahulu hihi.

Lepas bergambar kami berempat pergi memasuki Kopitiam Malaya selepas mencari tempat makan di airport ini. Macam ada 3 restoren makan sahaja kalau tak silap. Marrybrown, Starbucks dan Kopitiam Malaya. 



Kindly want to inform you that the price is so expensive. Mahal sangat makan kat sini tau. Memang pertama dan terakhir la aku masuk kopitiam ni. baik layan Starbucks ngan Marrybrown. Owh ya, aku order Mocha sahaja hihi. Makan laksa nani ngan mee wantan H. Nani ngan yuyun kongsi air tin hihi. Mahal oooo. RM2.50 setin katanya. 


Wantan Noodle Soup 


Asam Laksa ala Penang. Not bad. Boleh tahan la sedapnya.

Selesai makan kami menuju ke Eastwood Valley Golf & Country Club dengan menaiki teksi biru.

Wednesday, February 12, 2014

Hari Semua Benda Nak Tinggal


Ini semua ketentuanNYA. 

Ayat penyedap hati. 

Pagiku dihiasi plot drama indah apabila tertinggal iphone dan beg duit aku. 

Aku tersedar tertinggal iphone bila aku rasa diri ini kosong tanpa iphone hahaha. Ok fine, tak pa la tertinggal. Bukan ada orang nak call pon kan detik hati aku. Tetiba bila nak dekat trafic light penampang sembulan. 

Ya Allahhh. Beg duit tertinggal. Terus aku buat pusingan U (skemanya ayat). Balik rumah. 

Sampai rumah ambil handphone ambil beg duit. Patutla aku tak jumpa beg duit. Terselit kat bawah bantal sofa (again...ayat penyedap hati)

Maka gerakla aku ke tempat kerja. 

Berkerjalah akuuuuu

Balikkkk...!!!!!! So aku pon kemas-kemas barang terus punch kad terus ke kereta lantas balik. 

Againnnnnn

Aku tertinggal beg duit atas meja. Grrrrrr...!!!!!!!!

Lantak kau la. Aku nak balik terus hahaa. Cabarannya. Semasa dalam perjalanan aku merasakan diri tersangat lapar dan aku tidak punya wang. Adeyhhhh. Dugaannnn. 

Apa lagi. Sampai rumah terus aku cari makanan hahahaa. Lucu tapi SILA JANGAN BUAT LAGI. Kena tahan polis ke apa ka (palis-palis) kan susah aku hahaha. 

My dear H, mohon bantu sediakan barang keperluan untuk ke pejabat ya hahaha. 

Dinner kami semalam. Sikitkan nasi aku hahaha. Phuiii. Menambah jugak..!!!! Laparkan.