Hari yang dinanti telah tiba.
Tawa Dalam Tangisan menjadi tajuk post hari ini.
Mempunyai kesinambungan dengan post sebelum ini iaitu Patah Tumbuh Hilang Tidak Berganti
Adat resam manusia biasa, Pertemuan dan Perpisahan menjadi rempah dalam resipi kehidupan yang perlu ditempuhi oleh setiap yang bergelar manusia.
Usah ditahan usah dihalang, Walau berat tidak mampu untuk dikendong, lepaskanlah, biarkan ianya pergi kerana pasti ianya terbaik untuk dirinya sendiri.
Bukan tugas kita untuk bermuram durja, Sudah menjadi siulan kata - kata Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama. Namun situasi ini berbeza dari yang mati. Tetapi meninggalkan anak-anak buah yang baru celik mentari.
Terkadang kita bersedih, Terkadang kita terkenang. Namun semuanya telah tertulis. Kita tidak mampu untuk mengubahnya tetapi kita perlu mampu untuk menerimanya.
Puan Puspawati Binti Mohamed. Nama indah sinonim diri di sini. Walau kemana pergi, tetap di kenali di serata bumi di bawah bayu ini. 19 tahun menabur budi di sini, namun kini dia melangkah pergi untuk dekat dengan famili. Jangan kita pisahkan kasih sayang ibu bapa kepada anak yang sudah lama merantau.
Seorang yang dedikasi berpekerti mulia diri.
Tahun 5 Julai 2010 titik pertemua aku dan Puan Puspawati. Khabar-khabarnya 7 Julai melapor diri di destinasi hati. Sedar tidak sedar sudah 4 tahun aku di sini. Terima kasih daun keladi. Kepada si empunya diri
Suasana ceria bercampur gembira seperti diada-adakan. Ianya sangat plastik, Manakan tidak semua bola mata berkaca dan merah. Masing-masing menahan diri dari mengalir.
Ucapan kalimah yang diberi tidak seperti biasa. Kali ini lebih berbentuk peribadi. Cerita masing-masing mengikut pengalaman diri. Bila ucapan yang dinanti-nanti. Mula lah mata seperti adanya hirisan bawang ditepi.
Aku dan H seperti biasa, cuba untuk tidak membawa diri ke arah kesedihan. Kami punya cerita kami sendiri. Terlalu berjasa untuk dinilai diri. Syukur Alhamdulillah punya ketua memberi warna dalam hidup ini.
Setiap cerita ada bab-babnya, setiap bab ada adegannya, setiap adegan ada plot-plotnya dan setiap plot ada memorinya.
Jasamu dikenang
Terima kasih segalanya.
2 comments:
happy 4 thn anniversary as PSP abg nan. hehehehe.
Happy 4th Anniversary as PSP juga alaa hihiii..=)
Post a Comment