1 syawal menjelang tiba,
Selesai mandi solat subuh bersama,
Memohon maaf kita bersama,
Rangkum semua agar kosong-kosong semula.
Janggal sungguh ke dapur terasa,
Berbaju baru hensem dan canthek terasa,
Makan juadah alas perut bersama ayahanda dan bonda,
Kemudian ke masjid solat sunat hari raya.
Usai solat taman perumahan dironda,
Tunjuk surau tunjuk semua,
Sampai rumah senyum gembira,
Pohon kemaafan pada ayahanda dan bonda.
=============================
Ewah2 berseloka di hari raya pula kannnn
Hihiiiii.
Hari ini hari bersejarah bagi aku dengan H menyambut hari lebaran bersama.
Selesai solat dan makan2 petangnya raya kami pulang ke kampung Parit Nibong, Rungkup jumpa opah dan sanak saudara sebelah abah.
Malamnya selepas maghrib aku ngan H balik ke sungai besar pulang beraya ke rumah H pula. Balik awal sebab kakak H nak balik johor esok hari. Rugi pula rasanya kalau balik awal pagi raya kedua. Bukan buat apa pon malam2 raya kan hihiii. TOLERANSI =)
Serius best berhari raya bersama insan yang bergelar isteri =) syukur alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment