Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

Homestay di Kundasang, Sabah

Sesiapa nak bercuti di kundasang:

1. SINURAMBI HOMESTAY : 013-8832994, 013-8661615, 019-8615764, 1 bilik king dan single Rm200, 1 bilik king dan queen Rm250, 2 rumah (2 bilik) : Rm300 satu rumah.
Lokasi berdekatan jalan raya bertar kawasan landai naik bukit selepas D'IZZ HOMESTAY.

2. D'IZZ HOMESTAY : 012-8669626.

3. KUNDASANG INN : 088-888097, 014-5526406, 014-6524020,
013-8689264, Bilik Rm100.

4. ZURAINI HOMESTAY : 013-8938356, 019-8952178, bilik harga dalam Rm120-190, Lokasinya naik sikit selepas D'IZZ HOMESTAY berdekatan jambatan.

5. AMULA HOMESTAY : 013-8706692, 012-8148898, 013-8935947, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN.

6. SURYATI HOMESTAY : 014-8557598, 014-8665551, 014-8573155, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN,

7. WALAI TOKOU HOMESTAY : 013-5539459, 019-8328680, lokasinya bersebelahan dengan KINABALU PINE RESORT dan tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, harga boleh tawar, (macam2 jenis bilik), bilik 3 katil sederhana Rm180, bilik 2 katil sederhana Rm90, bilik 1 katil besar dan tambahan bilik kecil untuk 1 katil bertingkat Rm90.

8. D'OLUNDUS VIEW : 014-2010070, 088-888824, lokasinya berhadapan gerai sayur di tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, 1 bilik Rm170, 1 rumah (2 bilik) RM340.

9. WALAI TOKOU HOMESTAY Julianah@Julia : 019-8718071, 010-7888071, lokasinya bersebelahan KINABALU PINE RESORT.

10. KINABALU PINE RESORT : 088-3867751, 088-389957.

11. U-MERLIN RESORT : 088-889366, 1 bilik Rm100, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

12. FAIRY RESORT : 088-889688, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang,

13. SONNY VILLAGE : 088-888161, 088-889277, bilik single/double bed Rm120-180, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

14. WAYN ZEN ROSE CABIN HOTEL : 088-889233, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

15. MOUNTAIN REST HOUSE (budget hotel) : 016-8374060, no 011-24258739, Dorm (2 katil bertingkat utk 4 orang) Rm20, harga bilik ada Rm60, 70, 80,.... lokasi berdekatan dengan National Park tepi jalan utam

16.JB Hidayah Inn
Pekan kundasang...bersebelahan dengan restoran hidayah...restoran intan..Dan restoran selera kundasang...terletak d pekan kundasang...
10  buah bilik..
0143538865

17. nizar's homestay kundasang
Berdekatan dgn sk kundasang dan kebun kulat
1 buah ruma (3 bilik)
0109542457(rahimah)/0138650766(saba noor)

Sunday, February 28, 2016

SEPETANG DI SIPITANG, SABAH

Alhamdulillah syukur pada Allah buat kali ke-4 berkunjung je Daerah Sipitang.

Kali ini, aku ke sini bersama-sama dengan 2 orang kawan aku. 

Tak lengkap kalau ke sini kalau tak makan Satay/ Sate Sipitang =)

Sebelum ini akau makan di gerai berhampiran dengan Shell (dekat bulatan Masjid Daerah).

Tapi kali ini aku makan di food court berlatar belakangkan Laut China Selatan di kala matahari ingin menamatkan khidmat buat hari itu.


Sampai di food court, pawi terus mencari kedai yang namanya Siga Siga. Dua dari hujung.

Order satay kambing, ayam dengan lembu. Khabar-khabarnya payau (rusa) pon ada. Tapi aku tak faham kenapa aku rasa macam sate nya macam sedap. Cuma kuah kacang kena improve sikit hihihi...=)

Aku perasan, satay dia ni kan, dalam secucuk ada 3 ketul, ada isi daging, daging dengan tendon, dan tendon...=) lepas tu agak juicy. tu yang buat sedap tu kikikikiiiii.


Nampak tak signboard Siga-Siga tu..?? haaa...gerai sate yang ada jual sayap bakar tu =)

Aku juga ambil kesempatan untuk ke jeti.

feeling macam naik jeti bagan datoh dulu-dulu hahha...=)

Macam-macam aktiviti ada. Memancing, sambut birthday dan merenung masa depan seluas lautan.






Aku perasan kat sini ada 2 jeti dan 1 esplanade.

Aku g tengok jeti yang oldskul ni...jeti yang satu lagi tu agak proper sikit rupanya.

Kunjungan kali ini bukan musim durian.

Sipitang juga terkenal dengan Durian. Kalau masa musim durian, penuh gerai depan petronas tu orang berjual. Tapi ikut rezeki juga ya. Aku ngan H beli durian kat sini aritu, muda lagi beb...rugi ooooo...bila aku cakap kat makcik tu, makcik tu buat nehi pulak..aku mengharapkan dia tukar tapi harammmmm....walhal aku makan kat situ kot hahahah....semoga rezeki makcik melimpah ruah lepas ni...=)


Sunday, April 5, 2015

Hard Rock Cafe and Shop, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia


Di kala keseorang di KK tatkala H sudah berada di kampung.

Aku pon buat pertama kalinya ke Oceanus Shopping Mall semalam. Mall baru buka di KK. Banyak lagi kedai2 kosong.

Tujuan aku ke sini adalah untuk ke Hard Rock Cafe. Nak beli merchandise, puted pesan.



Bergegar pula aku ambil gambar ni kan hihihi


Topi Slash, Guns N' Roses. Tetiba teringat baju dan payung Rihanna kat hard rock Cafe Istanbul.


Banyak juga pilihan pin nya ni.





Pilihan pertama puted



Pilihan kedua Puted

aku minat betul pin yang ni. Cantik ooooo

Setelah meracuni Puted maka dia bersetuju untuk rembat yang ini juga hahahaha






Baju Official HRC KK. Ori punya,


Selesai beli pin 3 ketul, g Pejabat Pos kat UTC, KK pos laju terus hahahha =)




Monday, March 9, 2015

2015 Running Event in Sabah, Malaysia


Senarai running event di Sabah untuk tahun 2015 =)



Sunday, June 1, 2014

Kotobian Tadau Tagazo do Kamaatan 2014

Hari Kaamatan Harvest Festival atau dikenali juga Pesta Menuai dan lebih mesra diungkapkan sebagai Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan di sambut setiap tahun di Negeri Sabah pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. 

Untuk pertama kalinya aku menyambut keamatan dibumi Sabah setelah hampir 4 tahun berkhidmat di sini. Dan status sebagai seorang suami hahaaaaa. 

Sambutan saban tahun ini diadakan di KDCA Penampang

Susah betul nak cari tempat parking kereta. Siring (tepi) jalan penuh. Tengah-tengah divider pembahagi jalan apatah lagi apabila raksasa kereta semua melangkah roda tayar bagi menyeberangi longkang hihi. Bila la nak pakai kereta besar-besar ni kan. Ok niat satu. Rumah besar dulu baru kereta besar hihiiii. 


Pintu masuk pon dah menarik perhatian kami berdua. 


Pakaian tradisi dari Kota Belud rasanya ni. 



Haaaa...H bersama adik-adik berpakaian serba cantik dan bertradisi dari Keningau. Yeayhhhh Keningau rocks..!!!!!!  


Dari atas rumah ni, dari jauh aku boleh agak dah ni. Ini rumah orang murut. Sebab pernah masuk yang di Pusat kebudayaan Murut di Melalap, Tenom. 


Banyak orang niaga di sini. Banyak juga yang jual minuman keras. Jangan risau. Minuman yang halal di sisi umat Islam pon ada. Masyarakat majmuk di Sabah telah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia. Saling hormat menghormati dan saling faham memahami antara satu sama lain. Yang Islam tu jangan p cuba dan rasa minuman dalam tempayan kecil tu yer (tajau). Itu minuman yang memabukkan tu. Air tapai orang sini bilang. Jangan risau, diaorang tidak paksa anda minum pon. Orang sini semua baik-baik. 



Pesta ini juga simbolik kepada semangat padi. Kiranya sambutan ini diadakan bagi memuja semangat padi dan bagi dieorg rezeki.


Best yang ni. Dari padi kecil, padi sederhana besar dan padi besar berbuah beras hahahaa. 


Selamat menyambut Hari Keamatan kepada semua penduduk dan warga Negeri Sabah. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.