Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Present. Show all posts
Showing posts with label Present. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Hadiah Darimu Untuk Diriku


Alhamdulillah, syukur pada mu tuhan, Allah yang maha esa maha pemurah lagi maha penyayang


Yeayyyy.... Clarks ke-2 aku hadiah hari jadi hihiii.... thanks H....=)

Owh ya, Clarks pertama aku juga hadiah hari jadi tapi beli sendiri kat 1Borneo hihiii...=)

Friday, January 23, 2015

Alhamdulillah...Murah Rezeki Baby Hari Ini

Alhamdulillah.

Walaupon baby belum keluar lagi dari perut ibu, dah ada yang bagi baby hadiah hari ini.

Thanks auntie afizah bagi baby belanja masuk tabung dan kawan ibu bagi baby napkin, baby bath towel ngan gunting. 
X tahu pula fungsi gunting kecil itu untuk apa dalam penjagaan baby hahahaha. 

Thanks both of u la auntie...=)

Menanti dirimu 5/5/15 syg =)

Monday, November 24, 2014

Sabtu Terakhir Bagi Mereka di Kota Kinabalu bagi Tahun 2014

22 Nov 2014

Aku dan H limpang-limpang saja di rumah waktu pagi akibat penangan main futsal court besar jumaat malam sabtu. Dah lama tak main buat badan aku sengal-sengal satu badan dan muncul pula tanda-tanda nak demam.Adeiyhhhhh.

Lepas solat zuhur aku dan H bergerak ke Chung Fatt Kee sebuah kedai jam di sebelah Maybank, Jalan Gaya. Aku dan H buat keputusan untuk beli jam sebab nak cari sesuatu yang kekal dan berharga. Jam akan kekal dan masa yang berharga.


Seperti rutin biasa misi mencari jam yang sesuai memang mengambil masa sebab mengambil kira bajet dan kesesuaian si pemakai. Perempuan yang layan kami ini dah siap kenal dah sebab dah masuk kali ke-3 kami masuk kedai ni beli jam tangan hahahha...=)

Acap:
Setelah deskripsi diberikan kepada si penjual kedai, maka dengan itu beliau mencadangkan agar memilih jam yang muka dailnya warna putih. Berdekah kiterog ketawa hahahhaa...=)

Azimah:
Si penjual mencadangkan disebabkan aku tak pernah tengok azimah pakai jam makan dengan itu untuk playsafe kami pilih jam yang macam bangle dan kecil.

Nathirah:
Si penjual mencadangkan untuk memilih yang blink-blink bagi mengurangkan kelakian  nat hahaha...=) kelakauuuuuu



Jam ini milik Acap. Tali dia style. 1st time tengok macam tu.


Kenangan milik Azimah. Feminim sangat hahahha...=) berkilauuuuu


Sa'ah milik Nathirah...kikikiiiii...keayuan jam ini terserlah. Apabila dengan si pemakai, aku pon tak tahu hahha...=)


Selesai membuat pembayaran aku ngan H maju ke 1 Borneo. Sekali belum lagi sampai Mini Putrajaya di kawasan Bulatan ke Kingfisher dah jem nenas dah...phuiiii....aku pon apalagi memberi cadangan yang genius dengan mengajak H makan di Kingfisher kat kawasan Hospital Likas. Perghhhhh salah pilih restoren. Tak sedap langsung...tapi makan juga la sebab itukan rezeki kami pada waktu tersebut.

Selepas makan kami ke 1Borneo dah terus aku ngan H masuk kedai H&M yang baru je buka. Mak aihhhhh....bajunya memang la cantik, sekali tengok saiz. terus aku banned dieorg selama setahun. Ada tag yang saiz sampai L sahaja tauuuuu

aaaahhhhhh.......mencikkkkkkkkkkk

Jumpa acap, wan ngan we dalam H&M sekali boleh pula dieorg keluar dengan hasil tangkapan masing-masing...sakitnya ati kite kat H&M tauuuuuu

hahahhahhahaha



Ermmm wan boleh pula sambar pakaian kat Calvin Klein kannn...kikikkiiii...=)


Disebabkan tiada perancangan tetiba je keluar idea g karaoke di KK Box Karamunsing.
Perghhhh...lama gila tak buat latihan suara semenjak kahwin ni kannnn.

Bolehla sebab kami 11 orang, ambil Pakej Group 10 Orang dan tambahan 1 orang yang berjumlah semua RM506.00 bahagi 11 dapat la sorang RM46.00

Buffet Dinner + Bilik 4 Jam




Penyampai hadiah kepada Acap Nat dan Azimah dilaksanakan dengan penuh teratur dengan nyanyian lagu Teman Pengganti habis maka upacara dimulakan dan diakhiri dengan lagu Sandarkan Pada Kenangan. Mungkin bagi mereka ianya hanya kebetulan tapi tidak kalau aku. H memahami aku sebab apa yang aku lakukan mesti ada sebab dan ada nilai-nilai kenangan sentimental hahahha..=)



Di susuli dengan ucapan kepada teman sekerja yang lain yang mana yuyun ditugaskan mengambil video dan post dalam group telegram.



Pukul 11.30 malam kami keluar dari KK Box dan mereka meneruskan agenda malam masih muda pergi menonton wayang Hunger Game: Mockingjay. Aku ngan H dah berpinau mata dah. Balik umah, mandi, solat, tidoq hahahhaa....=)

Selamat maju jaya kepada mereka ber-3. InsyaAllah kami akan menyusul kemudian.

naik 44 mungkin hahhaha...=)

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Wednesday, September 17, 2014

16 September 2014 - Selamat Hari Malaysia


Selamat Hari Malaysia yg ke-51 kepada semua rakyat Malaysia

Aku juga terkesan ke atas pembentukan Malaysia ini. 

Bagi aku sebagai seorang perantau di Negeri Sabah, Negeri di Bawah Bayu yang aman dan indah permai ini, ianya merupakan satu keunikan.

Sebagai seorang penjawat awam persekutuan di Sabah ini, aku perlu untuk mendapatkan Pas Kerja yang diluluskan di bawah sek 66(1)(d) akta imigresen 1959/63. Tanpa Pas Kerja ini, anda boleh dikira sebagai macam pembantu rumah tanpa izin dan salah dari segi akta imigresen. 

Setiap kali aku ingin pulang balik kampung halaman, aku perlu untuk mendapatkan cop keluar dan juga cop masuk di kaunter imigresen Malaysia. 

Dokumen Perjalanan Terhad merupakan satu dokumen yang sangat penting bagi aku untuk urusan keluar dan masuk negeri sabah dan sarawak ini.

Dokumen ini sah untuk 5 tahun dan tahun depan aku kena perbaharui DPT tersebut. 

Belum lagi aku terfikir untuk berpindah balik ke semenanjung. Tapi tiba waktunya nanti, pasti aku akan berpindah. 

Sesungguhnya, negeri sabah negeri indah penuh budaya, aman, makmur, penduduk yang baik dan juga rakan sekerja yang sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan niat yang satu untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Sabah. 

=============================

Hari ini juga aku membuat kejutan di subuh hari. Aku menghadiahkan seutas jam tangan dan sebuah buku untuk bacaan isteri tersayang. 

Harapan agar pemberian ini menjadi pendorong kepada H untuk meneruskan kecemerlangan beliau menjalankan tugas sebagai seorang isteri. 




Tuesday, August 12, 2014

Lucky Draw Otospa Car Care Center


Balik raya tu hari aku dapat call dari Otospa. Workshop yang selalu aku pergi untuk servis kereta aku. 

Tahniah, boss menang hadiah pemanggang ikan. 

Uiskkkk. Pemanggang ikan yang best la tu kannnnn. 


Sekali aku dapat periuk hahaha. Aku salah dengar kot. Tapi aku macam kompem je dia sebut Pemanggang Ikan. 

Apa2pon, terima kasih Otospa. U r always in my heart. 

Hasil kerja yang bagus dan puas hati. 


Boleh buat masak-masak open house nanti hihiii. 

Thursday, July 24, 2014

Sanrio Hello Kitty Town and The Little Big Club, Playtime, Nusajaya, Johor DT

Alhamdulillah ...

Masa MATTA FAIR yang lepas aku ada drop by kat satu Travel Agent, Excellence Eco-Tours Services Sdn Bhd.

Aku ada isi borang lucky draw kat booth tu

Tetiba, dalam seminggu lepas tu aku ada terima email menyatakan yang aku dapat hadiah tiket masuk Hello Kitty di Nusajaya, Johor.

Syukur alhamdulillah.

Tiket untuk seoarang.


Jadinya, aku pon pergi mencari office ni dengan menggunakan khidmat googlemaps hihi..thanks en google.





inilah tiketnya

2 Park Pass

Sanrio Hello Kitty Town + The Little Big Club

Open Ticket bernilai RM85.00 (kalau ikut dalam homepage playtime)

Kalau beli kat homepage kena tarikh dia fixed.



Terima kasih atas hadiah ni ...

Tuesday, June 17, 2014

Wedding Gift - Novelle'


Yeaaaa....walaupon dah 5 bulan 2 minggu 6 hari kahwin, masih dapat hadiah kahwin hahahaha. Thanks MCH Kota Belud.