Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 24, 2014

Sabtu Terakhir Bagi Mereka di Kota Kinabalu bagi Tahun 2014

22 Nov 2014

Aku dan H limpang-limpang saja di rumah waktu pagi akibat penangan main futsal court besar jumaat malam sabtu. Dah lama tak main buat badan aku sengal-sengal satu badan dan muncul pula tanda-tanda nak demam.Adeiyhhhhh.

Lepas solat zuhur aku dan H bergerak ke Chung Fatt Kee sebuah kedai jam di sebelah Maybank, Jalan Gaya. Aku dan H buat keputusan untuk beli jam sebab nak cari sesuatu yang kekal dan berharga. Jam akan kekal dan masa yang berharga.


Seperti rutin biasa misi mencari jam yang sesuai memang mengambil masa sebab mengambil kira bajet dan kesesuaian si pemakai. Perempuan yang layan kami ini dah siap kenal dah sebab dah masuk kali ke-3 kami masuk kedai ni beli jam tangan hahahha...=)

Acap:
Setelah deskripsi diberikan kepada si penjual kedai, maka dengan itu beliau mencadangkan agar memilih jam yang muka dailnya warna putih. Berdekah kiterog ketawa hahahhaa...=)

Azimah:
Si penjual mencadangkan disebabkan aku tak pernah tengok azimah pakai jam makan dengan itu untuk playsafe kami pilih jam yang macam bangle dan kecil.

Nathirah:
Si penjual mencadangkan untuk memilih yang blink-blink bagi mengurangkan kelakian  nat hahaha...=) kelakauuuuuu



Jam ini milik Acap. Tali dia style. 1st time tengok macam tu.


Kenangan milik Azimah. Feminim sangat hahahha...=) berkilauuuuu


Sa'ah milik Nathirah...kikikiiiii...keayuan jam ini terserlah. Apabila dengan si pemakai, aku pon tak tahu hahha...=)


Selesai membuat pembayaran aku ngan H maju ke 1 Borneo. Sekali belum lagi sampai Mini Putrajaya di kawasan Bulatan ke Kingfisher dah jem nenas dah...phuiiii....aku pon apalagi memberi cadangan yang genius dengan mengajak H makan di Kingfisher kat kawasan Hospital Likas. Perghhhhh salah pilih restoren. Tak sedap langsung...tapi makan juga la sebab itukan rezeki kami pada waktu tersebut.

Selepas makan kami ke 1Borneo dah terus aku ngan H masuk kedai H&M yang baru je buka. Mak aihhhhh....bajunya memang la cantik, sekali tengok saiz. terus aku banned dieorg selama setahun. Ada tag yang saiz sampai L sahaja tauuuuu

aaaahhhhhh.......mencikkkkkkkkkkk

Jumpa acap, wan ngan we dalam H&M sekali boleh pula dieorg keluar dengan hasil tangkapan masing-masing...sakitnya ati kite kat H&M tauuuuuu

hahahhahhahaha



Ermmm wan boleh pula sambar pakaian kat Calvin Klein kannn...kikikkiiii...=)


Disebabkan tiada perancangan tetiba je keluar idea g karaoke di KK Box Karamunsing.
Perghhhh...lama gila tak buat latihan suara semenjak kahwin ni kannnn.

Bolehla sebab kami 11 orang, ambil Pakej Group 10 Orang dan tambahan 1 orang yang berjumlah semua RM506.00 bahagi 11 dapat la sorang RM46.00

Buffet Dinner + Bilik 4 Jam




Penyampai hadiah kepada Acap Nat dan Azimah dilaksanakan dengan penuh teratur dengan nyanyian lagu Teman Pengganti habis maka upacara dimulakan dan diakhiri dengan lagu Sandarkan Pada Kenangan. Mungkin bagi mereka ianya hanya kebetulan tapi tidak kalau aku. H memahami aku sebab apa yang aku lakukan mesti ada sebab dan ada nilai-nilai kenangan sentimental hahahha..=)



Di susuli dengan ucapan kepada teman sekerja yang lain yang mana yuyun ditugaskan mengambil video dan post dalam group telegram.



Pukul 11.30 malam kami keluar dari KK Box dan mereka meneruskan agenda malam masih muda pergi menonton wayang Hunger Game: Mockingjay. Aku ngan H dah berpinau mata dah. Balik umah, mandi, solat, tidoq hahahhaa....=)

Selamat maju jaya kepada mereka ber-3. InsyaAllah kami akan menyusul kemudian.

naik 44 mungkin hahhaha...=)

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


No comments: