Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Monumen. Show all posts
Showing posts with label Monumen. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 5 - Monas, Masjid Istiqlal dan Gereja


Tiba sahaja di Stasiun Gambir jakarta, berpusu-pusu porter angkat barang masuk dalam KA (kereta api). 

Sesak sekejap haha

Aku ngan H turun dari KA dan menuju ke pintu keluar dan terus ke 7Eleven. Tujuan untuk beli sim kad. Dia offer simkad simPATI berharga IDR3500 ikut yang di punch kat mesin kasyir tu. Terdiam sekejap. Kat airport, orang supir tu nak tolak 35 000. Kalau betul la kan. Memang rugila aku beli kat airport. Aku x jadi beli sebab dia suruh aku potong sim kad sendiri jadi nano haha. Malas aku..!!!

Aku keluar pintu selatan. Agak jauh untuk ke MONAS. Jadi, next time, pasti ikut pintu utara untuk keluar. Sekat sikit. 

Aku ngan H jalan kaki untuk ke Monas. Dekat sahaja Monas ngan Stasiun Gambir tapi pintu pagar Monas tu jauh gila hahaa. 

Aku ngan H jalan menuju pintu masuk parking kereta yang ada palang automatik tu. Pintu masuk ke Monas ada di situ. So dari situ bileh jalan kaki sahaja sampai ke Monas. 

Mem'foto' sekejap dan kami ke Masjid Istiqlal dan Gereja. Dari Monas, kami menuju pintu yang dekat dengan Bangunan Pertamina. Keluar sahaja pintu tu nampak banyak kedai makan.

Tetiba nampak OJEK. Pengangkutan awam roda 3 menggunakan motosikal. Nak merasakan. Kami pon naiklah. Bila tanya harga, dia bilang 25. So aku ngan H pon naik. Dekat je pon Masjid tu. Sampai sahaja di masjid aku pon keluarkan duit IDR2500. Sekali dia cakap IDR25 000. Dekat je pon kan. Tu yang aku ingat dia bilang IDR2500 tu, aku ok je. Ok, aku telah di tipu. Kenapa..??

Selesai ambil foto di Masjid Istiqlal (katanya terbesar di asia tenggara) dan Gereja (berhadapan dengan masjid) aku ngan H pergi ke Plaza Hotel Mangga Dua menaiki Taksi Bluebird dengan tambangnya IDR28 000. Dahla jauh, jam lagi ada aircond. Boleh sembang-sembang ngan taxi driver --> puas hati. Ojek..?? Kalu niat ko nak tipu aku, kurang berkat ko cari rezeki...!!!! Ok, H kata anggap sedekah je la huhuuu

Kat Masjid ni ada barisan jualan makanan, baju kopiah, buku dan lain-lain. H beli ala-ala ABC durian. Sedap katanya. Aku rasa macam pelik sebab makan durian ngan ais hahaha. Sejuk. 

Banyak budak minta sedekah kat sini. Mula-mula datang seorang. Sekali datang ramai-ramai. Ok, aku rimas huhu. 

Saturday, March 8, 2014

Kembara Labuan - Taman Damai


Taman Damai

Kat sini ada beberapa monumen bersejarah dan ada tempat untuk berehat sambil makan dan minum



Dalam kawasan Taman Damai ini ada gerai makan jual air kelapa, sayap ayam, sate, nasi dan lain-lain lagi. Tapi macam para penjual ni ada masalah sikit hahhaa. mungkin sebab persaingan perniagaan. Kalau order yang penjual tak jual. Jangan mimpila makanan tu nak sampai haha. Padahal boleh je pesan-pesan kan. Untung sama-sama. Rezeki datang dari Allah kot. Aku order ABC dengan sate je pon. Datang ABC ja. Sate kena tunggu pakcik jual sate ambil order. Masalahnya yakin gila makcik tu ambil order sate aku kan. Siap tanya berulang kali ni minta kepastian berapa cucuk nak order. Aduhhh sandiiiii. ABC: RM3.00, Sate: RM6.00 (60sen secucuk). H order air kelapa segar dari bijinya: RM4.00


Aku datang lagi sekali ke tempat ini untuk melawat apa yang ada kat Taman Damai, Pantai Layang-Layangan ini. Haritu tak sempat, rushing nak balik ke arah pekan sebab nak g airport. Sekali member g hotel naik teksi daaaa..... Kali ke-2 aku pergi ni, H tak ikut.


Monumen yang dibina oleh Kerajaan Jepun bagi memperingati perajurit mereka semasa perang dunia ke-2.


PEACE IS THE BEST



Seronok betul budak berdua ni bergambo hihi.. =)



TUGU PERINGATAN PERDAMAIAN


Cuma aku ada beberapa isu yang dibangkitkan semasa berada di tempat ini dan dibincangkan bersama-sama dengan kawan-kawan sebab masa aku ke sini H tak ikut aku.

Pihak Jepun telah menakluk Pulau Labuan dan diusir oleh pihak Australia. Surrender Point Memorial sebelah dengan Taman Damai. Monumen Taman Damai sangat besar dan kawasan yang luas. Bingung sekejap fikir sebab kalau ikut sejarah Jepun ni banyak melakukan kerosakan sepertimana yang tertulis pada Surrender Point Memorial. Mungkin sebab itu nama tempat ini Taman Damai. Maksudnya sentiasa aman damai makmur dalam kehidupan seharian. Walaupon Jepun banyak buat kerosakan di tanah melayu dan borneo, kena guna pakai peribahasa melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. Sepertimana pada plak di Surrender Point Memorial - Lets We Forget.

Tidak semudah itu bagi para perajurit-perajurit yang mempertahankan kedaulatan kemanan negara kita. (aku rasa laaaaa)

Jasamu dikenang wahai pahlawan yang mempertahankan pertiwi

Wednesday, March 5, 2014

Kembara Labuan - Chimney dan Muzium Chimney



Selepas melawat Muzium Labuan, kami semua bergerak ke Muzium Chimney.

Tempat ini unik. Dinyatakan di dalam muzium ini bahawa terdapat beberapa lorong bawah tanah di beberapa tempat sekitar labuan untuk mengambil arang batu. Salah satunya ada berhampiran muzium ini. Kami pergi tengok separuh jalan sebab tidak boleh masuk menaiki kereta. Malas nak menapak. Nanti hitam hahaha. Panas betul kat pulau ni. Bahang.



Inilah CHIMNEY


Fakta-fakta menarik tentang CHIMNEY ini.


Dilarang memanjat. Strictly no climbing hihi.

Update: Aku and the gang (tanpa H pula tu haishhh) datang lagi ke sini pada 5 Mac 2014 hihi
Baru perasan muzium ini ada 2 tingkat rupanya
Bahagian atas banyak menceritakan berkenaan Chimney tersebut



Muzium ini buka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji