Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 11, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 10 - Pasar Baru, Bandung



Usai sarapan pagi dan kemas-kemas barang sebab nak check out terus. Kami pon menitipkan beg galas di kaunter check in. 

Aku dan H gerak ke Pasar Baru dengan berjalan kaki sahaja. Dekat ja pon. Tapi kalau naik teksi jauh sikit sebab kena seberang jalan kereta api ikut jalan yang ditetapkan. Ahhh sudahhh. Apa yg aku tulis ni hahaha. 

Dari Venice Guesthouse pergi ke arah Kenangan Hotel, sampai jumpa simpang, belok kiri. Jalan kaki terus sampai jumpa jejantas untuk seberang jalan kereta api. Jalan terus sampai jumpa Pasar Baru, Bandung. Kami gerak awal. Banyak kedai yang dah buka


Jumpa kain terus rambang mata kannn. Hahaa. Aku dan H pusing-pusing dalam Pasar Baru, sampai jumpa satu kedai yang H berkenan. Nama macam india sikit. Chengai kot. Ada banyak kedai dia dalam Pasar baru ni. Jadi, xyahla kot nak pusing-pusing secara bersemangat sebab sama ja pon owner pemiliknya. 

Tips: berhati-hati memilih kain pasang sebab orang Indonesia kecil-kecil berbanding orang Malaysia. Jadi potongannya kecil. Kalau ada design kat tangan tu ada masalah sikit sebab takut-takut kain tak cukup untuk buat baju yang simetri designnya. Berhati-hati juga ukuran kain pasang sebab mereka menggunakan ukuran ela. 1 ela tak cukup 1 meter. Jadi kalau 4 ela, less than 4 meter. Mana cukup nak buat baju. Nak selamat. Beli kain yang ukur depan mata kita tu. Tapi harga agak mahal sedikit la. (Info dari seorang penjual di Pasar Baru di tingkat 5, kawasan parking)

H hebat berbelanja ya. Abes sejuta rupiah ya hahahaa. Aku penat. Aku duduk je di sofa sambil di jamu teh kotak, kopi dan kek lapis hahahaa. 


Aku pula berhajat nak buat suit di bandung. Alhamdulillah, angan-angan aku tercapai hihiii. Pusing-pusing punya pusing, ada satu kedai ni dapat bagi harga yang berpatutan dan kain yang best. Ada satu kedai minta IDR1,800 000. Minta2 kurang, dapatla kurang 200k. Tapi ada satu jenis kain sahaja. 

Kedai yang H beli baju offer IDR1,400 000. Kain lembut licin dan nampak murah. Haishhhh. 

Ok, mula-mula macam dah pasrah je nak buat sebab takut tak berduit pula aku nanti angkara Suit hahaha. 

At last, jumpa satu kedai ni. Ada 2 orang pakcik yang jaga. Dia offer satu kain ni. Agak best bagi aku. IDR 1,400 000. Aku minta kurang memang dia tak bagi. Aku pon macam dah tak jadi. Siap dia tunjuk-tunjuk lagi resit-resit dia jual kat orang. Aku pon pasrah. Hahahahah. Sekali dia cakap, dia nak offer aku IDR 1,200 000. Kain yang sama yang aku nak. Ok deal hihiiii. Dia janji esok siap, dan lusanya hantar ke hotel FOC. Ya, janji ditepati, jahitanya bagus. Aku pakai ok. Ukurannya pon bagus. Risau juga sebab banyak blog yang aku baca. Dieorg bising. Ketat dan tak ikut ukuran. Alhamdulillah. Suit aku sempurna. 

Tips: Jangan bayar full, kang apa-apa jadi sudah nanti. Pilih kedai yang senang korang nak cari dan ambil gambar dengan dieorg hahahaha. 



Lepas berbelanja, kami pon pergi ke aras food court. G kedai Saung Penyet. Orang kedai tersebut ramah dan berbahasa melayu malaysia. Lawak betul aku dengar. Relek der, ko cakap biasa-biasa pon aku faham. Sabah dan indonesia sikit ja bezanya. Hahaahaa. 

Aku makan set ikan talipia yang dibakar pedas bersama-sama sayur-sayuran yang banyak beserta jus alpukat dan sirsak hahahaa. 

Lepas tu kami sambung jalan-jalan dalam pasar baru. 

Dalam pasar baru ni ada masjid. Jangan lupa solat ya. 

Dalam pasar baru ni juga aku stress dengan budak-budak yang jual fridge magnet, beg barang, beg telekung, air dan barangan cenderamata bermotifkan bandung. Diorang jual 3 set fridge magnet = 100k. Aku taknak..!!!! Haaha. Aku cakap kalau 100k = 10 keping aku nak. So, sekeping tu jatuh 10k =RM3 untuk 6 ketul fridge magnet. Berbaloilakan. Semua taknak jual kann. So aku x beli laaa. Sampai la satu masa kat tempat aku buat suit tu, seorang budak ni yang berapa kali entah nak jual barang kat aku. Aku cakap. Ok, 50k = 5 keping (30 ketul fridge magnet). Mula-mula dia x nak jual. Lama-lama dia akur. Dia kata ok dengan deal aku tersebut sebab nak pecah telur katanya. Aku bayar IDR50k dan cakap semoga rezeki murah lepas ni. Hihiiiii

Kemudian, kami beli baju bandung 100k = 5 helai untuk saiz bawah XL dan baju untuk aku 100k = 3 helai. 

H juga beli baju jalan-jalan, telekung dan baju baby. 

Masa nak balik kami beli beg barang dan buah salak. Kami beli sekilo 20k. Sekali jalan depan sikit 2 kilo 15k. Kuang ajakkkk...!!!!!!! Dahla aku stress ramai betul orang approach minta beli beg dan barang-barang cenderamata masa nak beli buah salak tu. 

Akhirnya, seharian kami berada di Pasar Baru dari kedai baru buka dan kedai siap-siap nak tutup hahahaha. Kami jalan kaki balik guesthouse dan call taxi Bluebird untuk ke tempat penginapan kami selepas ini iaitu The Cherry Hotel & Residence di Pasteur. 




No comments: