Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 26, 2014

Laksa ala Emak Style kali ke-2


Aku suka makan laksa fullstop. hahhaha.

Hoyeahhhh....ini percubaan melaksakan diri untuk kali kedua selepas percubaan pertama memberikan hasil yang lumayan hahahha ----> Laksa ku cukup masin.

Memandangkan 8-9 Mei aku ada taklimat. Aku pon membuat satu perancangan yang rapi umpama arkitek melukiskan pelan. (betul ka..??).

Selesai pulang dari kerja, aku ngan azimah ke Pasar Filipin mencari barang-barang keperluan untuk buat laksa. Aisehmannnn. takda ikan yang aku nak tauuu. aku pon beli je ikan persis ikan termenung tapi bukan ikan kembong mahupon ikan tulai.

Beli sayur mayur dan yang paling penting Bunga Kantan, Daun Kesum, Belacan dan Cili. Bahan-bahan yang lain dah ada kat rumah. Jadi tak perlu menambah barangan lain. Kalau tidak nanti H bising hahahha.

Aktiviti memasak ini ditangguhkan pada 8hb sebab tunggu wani sampai KK haha...Gataiiii sangat turun lambat sehari...nak juga turun awal pagi...pastu tolong pak guard buka auditorium muhahha.


Aksi seorang pekerja yang dipantau oleh mando (perak sketttt) yang garang siap cekak pinggang yer. Ok, buat pertama kalinya aku tengok orang siang ikan pakai gunting...!!!! diulang lagi sekali, GUNTING...!!! dan orang itu adalah azimah hahaha....


hoyeahhhh inilah hasilnya setelah beberapa kali ujian rasa dilakukan. Beberapa hipotesis:

aku: haishhhhh ada yang tak ngam ni...!!!!
wani: kurang gula niiii (kelantan sangat kannnn...sabo dik, x lama je lagi tu)
azimah: kurang garam ni....
H: awk...tambah garam tuuuu...!!!! ok, kena sound ngan H sebab H memang tahu aku suka masak tanpa garam hahaha.

Setelah analisis dilakukan oleh aku sendiri. aku mendapati bahawa aku telah memasukkan sejumlah HALIA..!!! yang sangat banyakkkk... hahahahha

amek anggggg....Laksa Halia namanya sebab bila perasan pasai halia tu baru aku dapat selesaikan masalah RASA tersebut hahaha. Ok, nak kurangkan rasa halia, extra garam ditambah hahha.tapi azimah cakap belum cukup masin yer hahahhaa...=)


yuyun a.k.a mando yang gembira sekali makan laksa dan audrey yang pertama kali makan laksa katanya.


wani yang memaparkan pipi mickey mousenya. Eh2 mickey jantankan. Okay, tukar. Minie Mouse hahahhahhaa...=) Harap sedap la yer wani sebab kami postpone plan buat laksa sebab anda tauuuu hahahha....=)

Wani + Azimah + Yuyun + Audrey = tidur satu bilik. adieyhhhh. rumah abg n akak H uols ni kan ada 2 bilik untuk tetamu, nak juga korang menyempitkan...!!! hahhahaa. takpa janji korang bahagia dan selesa duduk dalam bilik tu walaupon audrey cakap yuyun telah menyesarkan azimah dan memenyekkannya ke tepi dinding hahahhaha...=)

Sila jangan malu jangan segan ya bermalam di sini lagi sebab pintu rumah kami berdua sentiasa terbuka untuk kalian. Tapi kesian jugakla kan uols kena bertudung sentiasa bila nak tengok na do rim - Bride of the century hahahha...=) ok ba kannn...audrey juga yang bahagia hahha. Lagipon abg H uols ni kan asyik memerap kat bilik je kalau dah sampai umah muhahaha...bilik ku syurga ku, masuk bilik terus ngantuk nak tidur lama-lama. So harap tidak menjadi tekanan kepada uolsss hahahha...=)

Memang dah cakap awal-awal kat H yang rumah ini akan aku benarkan kawan-kawan perempuan untuk tinggal menginap semalam dua sebab dalam minda aku sentiasa bermain cerita dan kisah bulan pertama aku di Sabah =) aku taknak orang lain susah macam mana aku susah dulu. Tapi perempuan je la. Lelaki aku tak bagi hahhaha. Kesian kat H nak bertudung bagai nak jaga auratnya hihihihiiiiii....=) Diskriminasi betul hahahha...=)

2 comments:

AjlaA said...

Like! Cop nk dok homestay abg nan kiki. Nnt kan kemunculan sy ogos nnt ececece

Mr. H said...

InsyaAllah...bulih ba kalau kau sumandak... =)

Kasi tau sia awal2 aaaa...boleh block tarikh dalam planner bulanan dan tahunan hahahah...=)

Jumpa nanti insyaAllah.