Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 14, 2014

Kembara Miri, Sarawak - Day 1/Part 1 - Miri Airport dan Taman Awam Miri


Penjelajahan dan pengembaraan dua orang insan bergelar suami isteri bermula....program destinasi jalan-jalan ke Miri ini boleh dikatakan sebagai trip permulaan bagi tahun 2014 =)

Alhamdulillah, akhirnya buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Miri bersama H. 



Memang dah lama H ajak jalan-jalan Miri tapi apa kan daya, masa dan kewangan tidak mengizinkan. 

Tetiba ada satu hari tu H text aku bagi tahu ada tiket air asia murah sebab ada promosi.

Aku pon beli la tiket berdua ke Miri dengan harga RM 260.00. Pernah aku tengok harga tiket pergi balik bawah RM 100 tapi masa pula tak kena ngan jadual aku dengan H hihi. 




Ramai juga yang terbang ke Miri tadi, tapi aku tak tahan betul la ada orang belakang mengkahak dalam flight. Jijik betul. 


Eagle View Bandaraya Miri


Alhamdulillah cuaca baik hari ini.

Setelah mendarat, macam biasa, immigration clearance. Tapi agak perlahan prosesnya sebab terlampau ramai pelancong dari luar negara. Banyak prosedur pihak imigresen kali. 

Selesai semua aku dan H pergi menunaikan solat Asar di surau aras 1 Miri Airport. 


Sebelah Marrybrown ja surau di sini. Tahniah pengurusan airport. Surau bersih dan selesa untuk menunaikan kewajipan seorang hamba kepada tuhannya yakni Allah

Tapi laim ceritanya dengan tandas airport macam tiada penyelenggaraan. Aku masuk sekejap terus aku keluar balik. Tak tahannn ..!!  Tandas tempat tuntut bagasi. Aku ingat tandas lelaki ja masalah. H pon bising perkara yang sama

Selesai solat, aku telefon william. Aku sewa kereta dengan dia ni. Selesai isi-isi borang, bayar sewa dan deposit. Aku pon memandu kereta yang puteh dan comel itu ke pusat bandar Miri. 

Alhamdulillah, persediaan dan perancangan itu penting. Mudah sahaja perjalanan aku untuk ke pusat bandar. 

Sepatutnya dalam itinerary yang aku buat, aku ke hotel untuk check in. 

Tetiba aku cakap kat H, alang-alang lalu jalan ni, baik kita pergi Taman Awam Miri. 

Apa lagi, nampak ja taman awam sebelah kanan kami, terus aku cari jalan nak buat U-turn. 

Seronok rasanya bila sampai sini tau. 

Cantik kemas dan terurus


Jumpa juga kat batu wajib untuk bergambar haha... =)


Peta Bandaraya Miri


Tujuan aku nak pergi ke sini sebab aku nak jalan atas jambatan gantung ni haha



Hang pa tengok besaq mana skru dia ehhh...gila punya besaq...!!!!


Taman ini ada menyediakan kemudahan untuk BBQ. Tetapi perlu mendapat kebenaran dari pihak berwajib. Kat sapa aku tak ingat hahaha. Tapi ada dia tulis kat papan tanda dia. 


Air terjun buatan yang cantik



Cantik betul air terjun buatan ni kan. 


Miri, A Vibrant & Green Resort City

Beso betoi kuda lautnya hihiii 


Bersambung..............




No comments: