Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 18, 2014

Kembara Miri, Sarawak - Day 2/ Part 2 - Canada Hill, The Grand OldLady, San Ching Tian Taoist Temple dan Luak Bay Esplanade

Setelah selesai solat jumaat. Aku dan H turun dari hotel dan menuju Warung Puteri yang terletak di sebelah Hotel Kingsley. 


H order Nasi Ayam Penyet dan Air 3 Masam. 

Unik air 3 masam ni, ada lemon, asam boi dan limau kasturi. Mesti cuba. 

Nasi ayam penyet macam biasala. Sambal dia kurang pedas maka dengan itu kurang kick bagi aku hahha. 


Aku order nasi goreng kampung dengan neslo panas. Sampai sahaja makanan terus aku rasa nyesal sebab nasi dia sedikit haha. Bagus aku makan laksa sarawak or mee kolok hihii. 

Tapi bila makan, ok ja aku telan. 


Kos makan kami ialah : RM 20.90. 

Mahal..!!!!!!!

Selesai bayar di kaunter, aku pergi ke hadapan kedai dan tapau pisang goreng, keladi goreng, cucur tepung cicah sos kacang. RM 2.00 sahaja. Untuk bekalan di Canada Hill. 

Selesai semua, aku pon terus pandu kereta menuju ke Canada Hill untuk kali ke dua tapi pada waktu siang. Memang aku rancang nak pergi dua kali. Baru best ada gambar pemandangan waktu malam dan waktu siang hihi. 


Nampak signboard ni, susur kiri dan naik ke atas bukit. Jumpa simpang 3, belok kanan dan terus sahaja sampai jumpa The Grand Old Lady






Lepas jalan-jalan di The Grand Old Lady, aku dan H masuk ke Muzium Petroleum. 

Tetiba teringat masa aku bersekolah menengah dahulu yang mana aku sangat-sangat berminat untuk menjadi seorang Jurutera Petroleum. Sekali masuk matrikulasi lain pula cita-cita aku kan. Lepas masuk universiti lain pula jadinyakan. Apa-apapon inilah adegan hidup di dunia ini. 


Ya, inilah yang aku tunggu-tunggu. Ambil gambar pemandangan Bandaraya Miri waktu siang hihi. Alhamdulillah. 


Selesai semua, aku ngan H turun dari Canada Hill dan menuju ke Jalan krokop untuk mencari San Ching Tian Taoist Temple. Kuil terbesar Taoist di asia tenggara




Tangkap-tangkap gambar, kami kemudiannya menuju ke Kampung Pulau Melayu dan Lutong. 

Di Lutong aku berhenti sekejap di masjid untuk menunaikan solat fardhu di Masjid An-Naim


Dalam perjalanan pulang ke pusat bandaraya, kami singgah sebentar kat tepi pantai di jalan pulau sebab tertarik dengan ramai orang sedang bermain layang-layang. Layang-layang dia unik sebab bentuk macam ala-ala payung terjun dan ada dua tali kena pegang dan di kawal memggunakan kedua-dua belah tangan. 


Selesai kami di Lutong, kami terus menuju ke Luak Bay Esplanade layan sunset. Cantik oooooo. SubhanAllah


Lepas tangkap-tangkap gambar. Kami pon bergerak kembali ke bandaraya miri menuju Seberkas.

No comments: