Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 4, 2016

Laksa Sarawak & Mee Kolok Lawas, Sarawak Ke Kita..??

Untuk kali ke-2 aku melalui Pos Imigresen Sindumin - Merapok, Sempadan Sabah dan Sarawak. Bagi yang teringin atau nak berRoadtrip Sabah - Sarawak, dan anda merupkan orang Semenanjung Malaysia, jangan lupa bawa Dokumen Perjalanan Terhad atau Kertas Putih masa dapat di airport =)

Sampai di Pintu Masuk ini, ada 2 lorong, 1 lorong untuk orang sabah & sarawak, dan satu lagi untuk orang semenanjung dan Brunei. Sila dapatkan Cop Imigresen ya.

Kalau nak ke Miri jangan sampai ada yang miss copnya. Baik Imigresen Malaysia atau Imigresen Brunei. Jangan mimpi nak masuk Miri hahahha...=)


Selepas Pintu Masuk ada satu bulatan yang mana kalau pukul 9, ke lawas ikut jalan biasa dan bagi aku yang sukakan satu kelainan, kami ambil pukul 3 dan menuju ke jeti nak naik feri menyeberangi sungai untuk ke Lawas hihiihi...=)


Sampai ja sini, dah beratur dah kereta-kereta nak seberang sungai.


Feri ini boleh muat 10 kereta sekali perjalanan. aku ambil peluang nak feeling feeling naik feri macam nak seberang penang hahahha.

xdan weh...sekejap je sampai seberang. baling batu kuat-kuat, batu tu pon sampai seberang hihihi

tapi, pengalaman itu yang aku cari.

Sampai di Lawas, landmark Hotel Seri Malaysia di cari sebab tujuan aku ke sini untuk cari Mee Kolok dan Laksa Sarawak hihihihii.


Sebelum ini aku makan mee kolok dan laksa sarawak di yang dekat Shell kecil tu, Tapi tutup pula.

Mujur pawi pergi tanya orang setempat, dia cakap kalau nak makan, pergi ke food court dekat pejabat Kastam.

Ya, sampai juga ke sini sebab aku pernah pergi pasar depan food court ni. Tapi macaam masa aku pergi dulu, aku tak perasan pon ada food court ni hahahha....=) 

Baru lagi kot.....


Nama foodcourt ni Anjung Sari

Mee Kolok yang khabar khabarnya sedap kat gerai nama Sri Melayu. Ya, sedap tapi kuah sup dia sikit, x macam makan di Kuching hiihihi.



As Usual, susah sikit nak datang sini kan... aku buat double kill hahhahha

Mula -mula aku makan Laksa Sarawak, lepas tu belasah Mee Kolok + Teh C hihiihhi..=)

Syukur Alhamdulillah...=)

Sedap ooooo...sangat sangat aku recomend...=)


Mee Kolok (Kalau nak order, order Kolok Mee tau)


Laksa Sarawak yang ohsem. Kuah tanpa sambal yang dalam piring kecil tu umpama maggi kari tanpa sos. Masuk sambal, orang sekekliling aku, aku lupa hahahhaa

Masisseoyo =)

No comments: