23 Dis 2014 (9th Night)
Seperti yang diberi dalam aturcara perjalanan:
- Sarapan Pagi di Hotel dan daftar keluar hotel.
- Melawat Masjid Al-Ayyub Al Ansari & Suleymaniye Mosque
- Makan Tengahari dan makan malam di Restauran Tempatan.
.
========================================================================
Suhu bilik agak panas walapon musim dingin. Aku buka tingkap bagi angin sejuk masuk.
Pagi ini aku ngan H bersarapan agak simple. Makanan di Grand Halic Hotel tidak meriah sepertimana hotel-hotel sebelum ini.
Disebabkan hari ini kami akan menaiki Bosporus Cruise maka dengan itu aku telah mengkidnap beberapa keping roti untuk diberi makan kepada burung camar yang berterbangan hihihi. Thanks pakcik masa naik feri ke Bursa haritu bagi idea ini hahaha =)
Bosporus Cruise ini sebenarnya kena bayar USD60 tetapi telah diserap di dalam pakej oleh pihak Andalusia Tour & Travels. Terima kasih.
Best naik cruise ini sebab kita akan menaiki Cruise ini menyusuri Selat Bosporus untuk melihat banguna-bangun yang terdapat disepanjang selat ini.
Antara yang dapat aku lihat ialah Istana Dolmabache dan satu bangunan ada logo team bola Galatasaray =)
Sepanjang perjalanan ini aku ngan H sangat bergembira memberi sang camar makan roti.
Sampai satu tahap yang agak lama di atas cruise aku ngan H masuk ke bahagian bawah Cruise. Duduk di cafe yang terdapat di situ. Menyembang dengan Uncle Syed Zain dan Auntie Asmah =)
Kami turun daripada Cruise dengan hati yang berbunga-bunga. Namun begitu ada cerita tak best semasa kami di sini.
Semasa kami turun dari Cruise macam biasa peniaga jalanan akan approach barang-barang nak dibeli. Tetiba ada seorang mamat ni cakap. 1 Ringgit sambil tunjuk buku Turki. H terus pergi kat orang tu dan membelek buku. Aku tanya H nak ke x buku tu. Dia jawab nak. Aku bagi RM1 kepada H. Tatkala aku buka wallet peniaga lainmenerpa kepada aku dan cuba untuk memegang wallet aku tapi aku tepis. Untung badan besar Alhamdulillah.
Rupa-rupanya semua jemaah tertipu. Bukan 1 Ringgit tetapi 10 Lira.
Dalam pada semua orang excited nak beli buku RM10 dan kemudiannya berlalu pergi. AYie di baling oleh sesuatu. Dia tengok wallet dia jatuh ke tanah. Dia ambil wallet dia dan naik bas. Sampai naik bas dia cek wallet dia, duit note UDS dia semua hilang. 200USD rasanya. Ayie mengadu kepada Ali. Tapi Ali tidak ambil tindakan dan hanya redha atas apa terjadi hahaha.
Tapi pakcik dan uncle otai. Dia ketuk-ketuk pintu bas suruh Ali bukak pintu, Buka je pintu Pakcik dan Uncle pergi mencari orang yang Ayie perasan membaling wallet dia. Surprisingly orang tu tak lari.
Pakcik dan Uncle serta Ayie minta duit kat mamat tu. Dia enggan. Menurut Ayie, dia memegang tangan orang tu dan berkata HARAM...!!!
Orang jahat tu pulangkan semula duit Ayie tapi tak cukup. Ayie pegang semula orang tu cakap Haram dia kelaurkan semua duit dia dan Ayie hanya mengambil bahagian Ayie sahaja.
JAHAT...!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Muka H cuak masa tu, Aku ras syukur kejadian itu berlaku dan dapat membuka mata H sebab dia tak pernah kena sebelum ini.
Cuba bayangkan kalau aku lepaskan wallet aku. mahu kering kontang aku dibuatnya kena ambil
Ali...?? Diam sahaja tak berbuat apa-apa.
huhuuuhuu
Selesai keadaan kelam kabut tadi, kami semua menuju ke Masjid Ayub Al-Ansari yang mana terdapat makam yang banyak di sekeliling kawasan menuju ke masjid. Dikhabarkan seorang pelajar kita disemadikan di sini akibat kemalangan jalan raya.
Jarak Parkir bas ke Masjid Al Ayub Al Ansari agak jauh namun untuk menuju ke masjid sebalah kanan terdapat peniaga yang berjual. Mata aku ngan H meliar melihat barangan yang dipamerkan hihihi.
Di dalam masjid ini terdapat makan sahabat nabi Muhammad Abu Ayyub Al Ansari.
Makam dipagari dinding yang pintukan oleh jejaring besi, Awas jika anda teringin untuk melihat dengan lebih dekat kerana dihadapan jejaring besi tersebut ada ditutupi dengan kaca. Silap hari bulan terhantuk kat kaca tuh sebab nak jeling-jeling kat jejaring besi tu hahahaha. (faham x..??)
Gambar atas sebelah kanan terdapat perempuan minum air yang mana katanya air tersebut air suci tempat ni. Kompius sekejap. hihi.
Sedikit info berkenaqan masjid ini:
(thanks mr wiki;D)
The Eyüp Sultan Mosque (Turkish: Eyüp Sultan Camii) is situated in the district of Eyüp on the European side ofIstanbul, near the Golden Horn, outside the Walls of Constantinople. Built in 1458, it was the first mosque constructed by the Ottoman Turks following the Conquest of Constantinople in 1453.[1]
The mosque rises next to the place where Abu Ayyub al-Ansari (Turkish: Eyüp Sultan), the standard-bearer of theIslamic prophet Muhammad, is said to have been buried during the First Arab Siege of Constantinople in the 670s. Histomb is greatly venerated by Muslims, attracting many pilgrims. Some of the personal belongings of Muhammad are preserved in the building that houses the tomb[citation needed].
The mosque was the traditional site of the coronation ceremony of the Ottoman Sultans, where the new sultan was girt with the Sword of Osman.
Selesai berada di dalam masjid aku ngan H keluar dari masjid dan berjalan-jalan di sekitar masjid. Perghhhh H beli baju banyak ooooo. Aku beli Kebap je hihi.
Tapi masa in the way nak baliik ke bas aku terbeli pashmina ala-ala burbery ngan siganage kereta yang tulis Baby on Board tapi dalam bahasa Turki hihihiihi =)
Selesai melawat kami ke Sultani Restaurant untuk makan tengahari. Lukisan pada restoren ini agak 18SX hahaha. Mungkin lukisan untuk menggambarkan turkish hamam yang mandi ramai-ramai bogel-bogel tu.
Selesai makan kami merentasi Galata Bridge untuk menyusuri jambatan menuju ke Masjid bawah tanah - Underground Mosque.
Yeralti Cami
Solat di sini dan melawat 3 buah makam di sini.
Masjid ini terletak berhampiran dengan stesen tram Korakoy. Jalan kaki pon boleh sampai.
Ada 3 makan terdapat di dalam masjid ini iaitu makam
Amr bin As
Vehb bin Huseyre
Sufyan Uveyne
Info yang menarik tentang mereka sila KLIK SINI dan SINI JUGA untuk memahami pembinaan masjid ini.
Selesai kami solat di sini, kami ke daerah Sultanamad semula dimana sesiapa yang berminat untuk melawati Hagia Sophia akan masuk dan kami yang tak nak pergi ambil angin di sekitar dataran tersebut.
Aku ngan H jalan-jalan sekitar kawasan tersebut dan makan buah berangan. First time makan, selalu nampak kat Petaling Street tak teringin pon nak beli. Ya, ternyata bukan pilihan aku hahahha.
Dalam kami jalan-jalan di sekitar itu ramai penjual menyapa kami untuk promosi barangan mereka.
Ada yang datang rapat dan berkata Dr Mahathir. Durian. Malaysia Bagus. hahahahhaah
Terkenal betul dan hebat sekali. Tengok je dah tahu kami Malaysian hihi.
Kemudiannya kami ke Tourist Information Centre betul-betul di belakang tandas kat dataran tu.
Ambil map dan tanya orang tu macam mana nak ke sini daripada Grand Hotel Halic hihihi.
Selepas jemaah habis melawat Hagia Sophia, kami di bawa nelawat Hippodrome. terletak bersebelahan dengan masjid biru Sultanahmad.
Hippodrome ni ada nilai-nilai ancient world and city tapi bukan tempat untuk lepak lama-lama hihi =)
Jumpa Ghaz & The Doctors tanya best ke tak masuk Hagia Sophia. Jawapannya agak meragukan. Ok la...cantik....ada kerja-kerja renovation baik pulih tutup sebelah kanan Hagia Sophia.
Setelah berbincang dengan H kami buat keputusan cancel untuk ke Hagia Sophia esoknya.
Naik bas, melintasi depan hotel terus menuju ke TP KEBAP HOUSE yang terletak di kawasan sekitar Thaksim Square. Dalam pada masa perjalanan ke situ rupa-rupanya dari hotel aku menginap nak ke Thaksim Square adalah walking distance. Thaksim Square tu sebelah kanan tempat aku buat u-turn sebab penat jalan kaki semalamnya hahahha =)
Lentil Soup + roti + Kebap with rice + air kosong = sedap =)
Pada asalnya nak direct terus je ke Thaksim Square tapi ubah plan sebab barang banyak nak kena bawa so ambil keputusan balik hotel dan jalan kaki semula ke Thaksim Square dengan Uncle Syed, Auntie Wan & families dan pemandu juru arah family ayie hhihihihi =)
Destinasi pertama ialah Hard Rock Cafe sebab uncle nak beli baju t-shirt yang aku pon teringin tapi mahal sangat la pulak hahaha. =)
Pastu kami ke KOSKA beli helva, Turkish Coffee (kahve) dan Fresh Orange. Tahu KOSKA ni sebab kat mana-mana hotel kami makan, jem dan coklat berjenama KOSKA =)
Tetiba keluar dari KOSKA boleh pula ada demonstrasi jalanan tapi secara kecil-kecilan. Sekali aku baca internet memang Thaksim Square tu acapkali ada demo.
Sekejap je kami jalan-jalan dan kami singgah di KONAK KEBAP katnya sedap kebapnya diseantero alam maya. Makan kat sini sebab berjanji pukul 10.00 malam berkumpul depan KONAK KEBAP ni.
Makan Kebap saiz medium (200g) + Elmar Cay + Fresh Orange = 49 Lira
What...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 49 Lira = RM90.65
Tanya ballik waiter memang harga dia macam tu. Aku double check memang ikut gram dagingnya. So aku redhoooooo hahahaha =)
Kemudian aku tengok orang sebelah meja kami yang mana sorang makan 2 pinggan kebap. Mahu RM200 beb hahahahaah =)
Duit Malaysia rendah. Kalau tak manakan orang tu nak makan 2 set kebap kot hihi.
Lepas jumpa di meeting point aku ngan H jalan kaki balik ke Grand Halic Hotel =)
Balik hotel, rehat-rehat, mandi-mandi then tidur sebab malam ni last aku ngan H tidur di Istanbul.
Sebab esok cancel nak pergi Hagia Sophia , maka dengan itu packing beg adalah esok pagi je la hihihhi. Pukul 11 pagi nak kena letak beg kat luar pintu bilik sebab bell boy akan ambil bawa turun ke lobi.
=)
No comments:
Post a Comment