Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 7, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 07: CAPPADOCIA

20 Dis 2014 (6th Night)


Seperti di dalam aturcara perjalanan yang diberi:

- Sarapan Pagi di Hotel.
- Melawat Sekitar Bandar Cappadocia.
Underground City of Kaymakli, Goreme Open Museum.
- Membeli belah di Leather Shop dan Seramik Shop (tak pergi)
- Makan Tengahari di Restauran Tempatan.
- Melawat Carpet Factory & Pottery in Avanos Village. (pergi kilang karpet sahaja)
- Melawat Pasabag Valley & Uchisar Village (tak pergi dari dekat, mungkin lalu hihihi)
- Makan Malam di Hotel. (Buffet or Set Menu) - CAPPADOCIA

========================================================================

Seawal jam 4.30 pagi aku bangun dan kami ada masalah hahahha. Ali minta kami yang nak naik Hot Air Balloon jam 5.30 pagi tapi subuh masuk 5.20 pagi. So kami minta accuse untuk lewat berkumpul.

Kami menuju ke Kapadokya Balloon satu syarikat pengusaha HAB dengan menaiki Coaster yang di ambil oleh pilot HAB kami sendiri. 

Sesampai kami di pejabat kami di minta untuk mendaftar dan menyerahkan fee yang dikenakan sebanyak USD200 seorang. Aduyaiiiii. aku takda USD so aku bayar guna lira sebanyak 920 Lira berdua.

Kemudian kami bersarapan di kafe sambil menunggu kempulan kami dipangil untuk menaiki HAB.

Lama betul kami tunggu. Katanya tidak boleh naik lagi sebab kabus tebal. Alamak, ada tanda-tanda tak boleh naik sebab ada orang cakap hari semalamnya tu tidak boleh naik.

Lama-lama tunggu aku lemas. Ajak H keluar ambil gambar di luar dengan Ghaz & The Doctors. 

hihihihihihi...=) Nak jadika cerita, Ghaz & The Doctors ni senior medic aku. Masa aku 1st year diaorg bertiga ni 3rd year medical school.



Tetiba Ali datang ke tempat kami melepak dan ajak kami balik ke hotel. Ya, pada waktu pagi tersebut, semua HAB dibatalkan. Ok, rasa kecewa melanda hahaha.

Kami pulang ke hotel sekitar jam 8.00 pagi dan sambung sarapan 2nd round haha. H pergi naik bilik cuci baju sebab boleh pulak Dawn Jacket dia kena Coklat hahhaa. Aku malas nak naik dok kat bawah melepak di lobi hotel

Destinasi pertama adalah sebuah kilang dan showroom carpet permaidani handmade yang mana kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa masuk dalam bilik showroom. Opsss, banyak juga yang aku TERambil gambar. Mula-mula kami dibawa ke tempat dimana beberapa orang wanita sedang menenun permaidani dengan sangat teliti. Diberitahu bahawa wanita-wanita ini ala-ala ibu tunggal yang menyara kehidupan untuk keluarga masing-masing.

Wakil kilang tu siap cakap kalau tidak mahu beli permaidani kami, belilah kerana ianya dapat membantu ekonomi wanita-wanita ini. Namun bagi aku harga permaidani ini di luar batas kewarasan aku dalam berbelanja

Pertama kali juga aku dapat melihat benang sutera dihasilkan dari kokun ulat sutera (macam gambar di bawah).

Warna permaidani ini juga asli dan kekal lama berbanding dengan mengunakan pewarna.

Aku ngan H bergambar je la. hahahaha

Semasa dalam showroom kami dihidangkan dengan segelas teh epal panas. Memang sedapla kan sebab musim sejuk dapat minum air panas. Memang sedap hahhaa..=)

Semasa aku minum teh tersebut sambil menikmati permaidani yang dihampar dihadapan aku dengan Ghaz. tidak langsung timbul minat aku pada permaidani tersebut malah tiada pon yang aku suka hahaha.

Bila didatangi oleh promoter, beliau bertanya aku berminat untuk beli..?? jawab aku i have no idea. ya, minda aku memang kosong pada waktu itu hahaha. Promoter pon ok tidak memaksa membeli seperti di Kicilar Leather, promoter cakap ada ataupon tiada carpet itu tiada masalah tetapi carpet ini memberi satu kepuasan dalam hidup. Perghh ayat dia kan. Nasib tak tertelan ayat manis dia.

Semalam pergi karamunsing, karpet made in turkey RM120 je hahahaha. Yang dihamparkan kepada kami rata2 bernilai 1000USD. x mampu den, tp kat karamunsing den mampu hahahha =)


Selesai menjamu mata aku ngan H keluar dari showroom dan pergi ke kedai cenderamata di luar kilang tersebut.

Wife abg suhaimi berminat beli table cloth. Cantik. 65Lira rasanya. H macam nek beli macam xnak beli. Silap besarla dia tanya aku kan. memang jawab aku. X PAYAH BELI hahahha...=)

Benda kalau tak kena dengan hati aku tu memang susah sikit aku nak terima hahahaa.

Tetiba aku tertarik dengan sebuah kereta di kawasan parkir kilang tersebut. Oh maiiiii Proton Wira di Capadocia, Turki hahahahaha. memang aku bangga dengan ko PROTON =) Luaskan pengaruhmu dipersada antarabangsa. kekekekkeke.

Seperti biasa naik bas dan menuju ke:

KAYMAKLI UNDERGROUND CITY

Apabila sampai di kawasan lawatan Ali berpesan supaya masuk dulu tempat lawatan dan berbelanja kemudian sebab di sekita tempat ini banyak kedai-kedai yang menjual barangan kraftangan, beg tangan wanita, souvenir dan kedai makanan. Aku tertarik dengan orang jual aiskrim main-mainkan budak tu masa dia nak beli aiskrim haha. Hebat dan lucu pon ada.

Beberapa perkara perlu diambil perhatian. bagi sesiapa yang lelah asma ampus tidak digalakkan untuk masuk.

Tidakla sempit mana tetapi bila aku cuba bayangkan kehidupan dulu. Makaihhh macam mana la dieorg hidup dulu di sini.

Siap ada tempat bagi haiwan ternakan makan, tempat simpanan barangan, church, dapur dan bilik.

Anak panah berwarna biru digunakan untuk masuk ke dalam kawasan kota bawah tanah ini dan merah untuk keluar dari situ. Ada beberapa tingkat dan kami masuk kesemua tingkat yang dibenarkan untuk melawat di bawa dan pandu arah oleh Ali.

Kagum aku macam mana orang dulu-dulu buat dan bina ruangan kota bawah tanah ini.


Sedikit info dari Mr. Wiki

Kaymaklı Underground City (Cappadocian Greek: Μαλακοπή) is contained within the citadel of Kaymaklı in the Central Anatolia Region of Turkey. First opened to tourists in 1964, the village is about 19 km from Nevşehir, on the Nevşehir-Niğde road. The ancient name was Enegup. The houses in the village are constructed around the nearly one hundred tunnels of the underground city. The tunnels are still used today as storage areas, stables, and cellars. The underground city at Kaymaklı differs from Derinkuyu in terms of its structure and layout. The tunnels are lower, narrower, and more steeply inclined. Of the four floors open to tourists, each space is organized around ventilation shafts. This makes the design of each room or open space dependent on the availability of ventilation.

A stable is located on the first floor. The small size of the stable could indicate that other stables exist in the sections not yet opened. To the left of the stable is a passage with a millstone door. The door leads into a church. To the right of the stables are rooms, possibly living spaces.
Located on the second floor is a church with a nave and two apses. Located in front of the apses is a baptismal font, and on the sides along the walls are seating platforms. Names of people contained in graves here coincide with those located next to the church, which supports the idea that these graves belonged to religious people. The church level also contains some living spaces.
The third floor contains the most important areas of the underground compound: storage places, wine or oil presses, and kitchens. The level also contains a remarkable block of andesite with relief textures. Recently it was shown that this stone was used for cold-forming copper.[1] The stone was hewn from an andesite layer within the complex. In order for it to be used in metallurgy, fifty-seven holes were carved into the stone. The technique was to put copper into each of the holes (about 10 centimetres (3.9 in) in diameter) and then to hammer the ore into place. The copper was probably mined betweenAksaray and Nevsehir. This mine was also used by Asilikhoyuk, the oldest settlement within the Cappadocia Region.
The high number of storage rooms and areas for earthenware jars on the fourth floor indicates some economic stability. Kaymaklı is one of the largest underground settlements in the region. The large area reserved for storage in such a limited area appears to indicate the need to support a large population underground. Currently only a fraction of the complex is open to the public.


Selesai melawat aku ngan H pergi jalan-jalan di kedai sekitar kawasan tersebut. H berkenan kat satu beg tu tapi bargain pon nipis je orang tu bagi. Last-last tak beli.

Elok nak naik bas terkejut pula aku ada orang jual souvenir gambar kita dan dilekatkan atas piring. Sebab ko main curi-curi ambil gambar maka sudah tentulah muka aku sememeh je kan. So 10 Lira aku selamat kekekkekeke =) Kalau hensem kacak bergaya mutu keunggulan memang aku angkat hahahha.

Kemudian kami dibawa ke:

HAN RESTAURANT

untuk makan tengahari. semasa dalam perjalanan ke restaurant, auntie hajah aziah memaklumkan kepada kami yang dia ada meminta Ali untuk mengaturkan naik HAB petang tersebut sebab cuaca agak ok namun masih berkabus sedikit. Kami setuju sebab malas dah rasanya nak bangun awal pagi pastu kecewa hahaha.


Selesai makan kami dibawa ke Blue Art Center terletak di bahagian sisi Han Restaurant.

Menjual barangan kemas dan batu permata. Auntie wan beli set barang kemas. cantik. dalam 300USD rasanya. tak ingat pula aku.

Perempuan promoter kat bawah ni fasih berbahasa Melayu hihii. Semua orang suka bila dia bertutur.



TIBA_TIBA Ali berkara 'Bapak bapak ibu ibu yang mahu naik belon panas minta berkumpul di luar'

Haaaaa..............?????????????

Yahooooooooooooooooo =)

aku suka.

Kami dijemput oleh sebuah coaster yang mana syarikat yang lain iaitu Atmosfer Balloons dan Pilot kami bernama Mukhsin =)

http://www.atmosferballoons.com/en/

Kami melalui valley yang banyak batunya memiliki topi di atas puncaknya hahaha.

Cuaca agak baik namun angin kuat. Maka kami menunggu sehingga angin kurang. Masa digunakan untuk bergambar hahaha.

Tiba-tiba hati sedih semula sebab driver coaster suruh naik coaster dan pindah tempat lain huhuhuhuh

hati berkecamuk chewahhhh





Kami di bawa satu kawasan yang lain.

Kembali menunggu sehingga angin tidak kuat meniup.

Nampak Pilot Mukhsin menyalakan lighter sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Tetiba Mukhsin menjerit dengan bahasa turki la kan yang mana semua crew dia kelam kambut mengelembungkan balloon. Okay, hati bertambah ceria kerana ada sedikit sinar.

Suasana menjadi hiruk pikuk oleh crew atmosfer balloons. Dan apabila api digunakan untuk mengelembungkan belon tu aku dah seronok, bila mana basket di posisi sempurna kami diminta untuk masuk ke dalam bakul tersebut dengan membahagikan sesama akmi yang mana dalam basket ada 5 ruang, 2 di kiri dan 2 lagi di kanan manakala satu lagi ruang milik Mukhsin dan tong gasnya.
Setiap basket  penumpang boleh diisi seramai 5 orang.

Senang pula aku tengok H masuk basket hahaha. Actually aku risau H naik ni mana tahu apa-apa jadi kan sebab dia tengah pregnant ngam-ngam 20 minggu masa tu. Tawakal je aku sebab apa-apapon yang terjadi semua atas kehendak Allah kan =)

Yang menambah keseronokkan kami ialah HAB kami merupakan HAB yang kedua berlepas di udara.



Yahooo...

Masa ni aku sangat bersyukur dapat naik HAB yang menjadi idaman aku. Terus feeling-feeling Manisnya Cinta di Cappadocia.

Ambil gambar sekejap then kami menikmati permandangan indah dari udara.

Memang cantik kawasan Cappadocia ni. Unik dengan batu-batuan yang seoalah-olah diukir oleh seorang artis profesional sedangkan sebenarnya ianya merupakan kesan daripada proses hakisan yang normal.


Gambar diatas sebelah kanan merupakan satu kawasan yang di panggil LOVE VALLEY. Nampak jugak la bentuk love nya hhhiihihhii.

Lebih kurang 50 minit di ruang udara capppadocia menyaksiakan keindahan alam ciptaan Allah. Mukhsin bersuara Landing Position, This Side sambil menunjukkan arah yang mana kalau landing senget mmg aku baring terus kat tanah dan bakal ditimpa oleh orang dari basket sebelah hahahha (dapat bayangkan..??)

tak sampai seminit kami landing position secara beramai-ramai Mukhsin bersuara Stand Up Stand Up, Soft landing hahahhahhaa

Masa tu aku tangok H, memang ucap alhamdulillah berkali-kali yer hahaha. Nak dijadiikan cerita 2 hari sebelum kami sampai Cappadocia ada seorang rakyat Cina mati akibat terkeluar dari basket sebab katanya semasa landing position dia ingkar dan bangun mengambil gambar. Pada masa yang sama pelancong dari Malaysia dan Trip Andalusia juga terbabit dan patanh tangan je kot rasanya sebab hard landing masa tu.

Tambah cool bila mana kami landing terus atas truck Atmosfer Balloons. Cool gila la ko Mukhsin. Memang pilot terbaik la.


aah, temgok gambar atas sebelah kiri bawah tu kan. Kami memang landing atas tu hahha. Hebatkan.

Selepas selesai landing, bergambar semasa crew kempiskan belon dan ada ceremony minum dan makan kek. Bagi yang minum Champagne, Champagne akan dihidangakn manakala yang tidak, kami dihidagan dengan Cherry Juice. Sedap oooooo =)

Macam rasa dapat ijazah pula masa Mukhsin bagi sijil naik HAB ni kan hihihi.

Selepas selesai makan minum dan bergambar dengan Mukhsin aku pergi membuat pembayaran bernilai USD420 dengan menggunakan debit card Maybank yang telah aku open kan sebelum berangkat aritu. Kalau tak open tak boleh guna ya. Kalau cash bayar USD400 sahaja. Kenapa aku bayar pakai USD ? sebab pada waktu itu nilai matawang Lira macam jatuh. yang mana aku kena bayar 920 Lira jika dibandingkan dengan RM aku rugi hampir RM500 jika bayar dengan Lira.

Jadi sebelum buat apa-apa payment buat kira-kira dulu ya.

Dengar kata HAB di Cappadocia merupakan antara yang terbaik dan best dari segi scenery di dunia ini so aku rasa ini pertama dan terakhir mungkin aku naikHAB hahahhha.

Untung baby, kecik-kecik dah naik HAB. =)

Sekali baby belajar or kerja kat sinikan satu hari nanti. terpaksalah baby belanja appa ngan ibu hahahhha...=)

selesai semua kami naik coaster semula dan dibawa ke Gerome Open Air Museum sebab jemaah lain tunggu kami di situ.

dan kami di bawa ke dua tempat untuk bergambar. Unik tempat ni tau.

Kalau perasan gambar di bawah ni sebelah kanan, batuan tu berbentuk muka manusia hihihihii =)



Selepas bergambar kami dibawa untuk menyaksikan Whirling Dervish di Motif Kultur Merkezi (Kultur = Budaya) (Merkezi = Pusat)
Kalau Sehir Merkezi = Pusat Bandar hhahahah tetiba =)

info: http://www.kapadokya-motif.com/



Whirling Dervish Dance ini sebenarnya bukan tarian semata-mata. Ianya merupakan cara bagi mevlana ni berzikir. Aku pon kompius sebenarnnya boleh ke berzikir macam ni. Mereka akan berpusing-pusing pusing pusing pusing pusing dan pusing berulang-ulang kali tau. Setiap kali berhenti elok je takda terhoyong hayang macam kalau kita main helikopter hahahha, Hebat keseimbangan mereka ini. Setiap Dervish yang berpusing ini akan angkat tangan kanan dan menadah ke atas seoalah-olah menerima sesuatu yang baik dari Allah dan tangan kiri pula dihadapakan ke bawah yang memberi gambaran benda yang baik di sebelah kanan tadi akan di agihkan kepada semua orang. Ala-ala macam tu la yang aku faham hihihihi.


Selesai di Motif Kultur Merkezi kami pulang ke hotel. Penat hari ini seharian berjalan. Tapi kepausan terpancar di muka aku hahahha

balik hotel makan dinner dan balik bilik,

Sekaliiiii tengok atas katil, towel bentuk LOVE da hihihih

Thanks housekeeping team yang buatkan love tapi sekejap je. ambil towel p mandi. Penat badan oooooo.

Hotel yang kami tinggal ni berstatus 4 bintang RAMADA Hotel =)

Kalau pergi sendiri mahu aku dok dalam hotel dalam bukit tu hahaha =)

No comments: