Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 1, 2015

Pre 1st Anniversary 2014 - GO TURKEY - HARI 01: KUALA LUMPUR – ISTANBUL

14 Dis 2014 

Tarikh yang ditunggu-tunggu. Sakitnya hati aku pada waktu ini.

Lagi-lagi nak bersemuka dengan Hanim staf Andalusia Holidays - Andalusia travel & Tours.

Alhamdulillah H berjaya sampai ke KLIA2 lebih kurang jam 6.30 petang dan aku menjemput H di KLIA2 di Stesen ERL. Tak keluar pon, tunggu H masuk je. Kalau tak kena beli tiket lain sebab dah keluar dari hentian KLIA2 kekekeke.

Boleh pula UNIQLO KLIA2 dah kehabisan winter apparel. Arghhh sudah. Grrrr...!!!!!

Kemudian aku dan H ke KLIA dan makan malam di tingkat 4.

Selesai makan kami menuju ke Kaunter H-13. Tengok dua orang bervest Andalusia buat aku rasa nak mengamuk je. Nasib ada H, kalau tak aku rasa aku dah jadi The Rock kot...!!!

Letak beg dan serah passport aku ngan H pergi solat di surau.

Sekembali dari surau, jemaah ke turki sudah berkumpul dan menerima taklimat dari Hanim dan Hajah Aziah binti Abd Aziz

ATAS KETIDAKCEKAPAN STAF ANDALUSIA TRAVEL & TOURS BERNAMA NOR, AKU TIDAK DAPAT MEMBAWA EMAK KE TURKI. KESIAN KAT MAK SEBAB DAH BELI SEMUA BARANG-BARANG WINTER ATTIRE. DAN H TERPAKSA MEMBELI TIKET EMERGENCY DARI KK KE KL. FAHAM-FAHALAHKAN KALAU BELI TIKET LAST MINUTE. BOLEH LA DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENGURUSAN YANG LEMAH DARI PIHAK ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SEDANGKAN AMENDMENT YANG AKU BUAT DAH LAMA. SEBAIK SAHAJA AKU TAHU H PREGNANT. ADALAH LEBIH KURANG 2 BULAN. BILA AKU TANYA MACAM MANA PROGRESS AMENDMENT, JAWAPAN ADALAH 'OK'. BILA NAK BERANGKAT, NAMA TIKET NAMA H. PHUIIIIII. MENYUSAHKAN ORANG LA KAU WAHAI CIK NOR. HANIM PULA BALIK-BALIK MENGGUNAKAN AYAT, MENGIKUT POLISI LA MENGIKUT AKTA LA. MEMANGLA. AKU PON TAHU SEMUA TU, TAPI MASALAHNYA, AKU DAH BUAT AMENDMENT LAMA DAH, PENGURUSAN ANDALUSIA JE YANG ADA MASALAH. TIDAK BUAT AMENDMENT TERSEBUT. BENGANG BETUL AKU. DAYAH J SURUH AKU BUAT REPORT KAT MANA ENTAH. IKUTKAN HATI NAK PROCEED JE. KES VISA UMRAH TU AKU BOLEH LA FAHAM LAGI, TAPI KES AKU NI SANGATLAH TIDAK EFFISIEN KERJA KAU WAHAI CIK NOR ANDALUSIA.



- Berkumpul di KLIA, 3 Jam sebelum waktu berlepas (0815 malam)
- 2315 Berlepas ke Istanbul dengan Penerbangan TK 61



Duduk je terus buka kasut pakai selipar hotel, bukak plastik selimut. terus tidur-tidur ayam sebab letih kot ke sana ke sini uruskan hal mak dan H.



Dalam pensil case ni ada berus dan ubat gigi, stokin, tutup mata, ear plug dan lip balm


Nah, makan nasi ngan salmon. sekali ada roti. rupa-rupanya inilah roti yang pertama aku makan dan akan makan di setiap kali dihidangkan makanan di Turki hahahhaa. Yang ada udang tu sedap hihiiii. H punya pon aku TOLONG habiskan hihihihihi...=) 




Sekali aku tengok flight route info, route yang sama MH17 lalu cuma membelok di BAKU. Ermmmm. Semoga ditempatkan dikalngan orang yang beriman dan bertaqwa insyaAllah.

Landing time aku siap tengok camera hahahha. Canggih betul pesawat ni kan. (1st time naik flight yang mahal macam ni kan. Paling canggih pon AirAsia masa ke Seoul tahun lepas)

Proses Pemeriksaan Imigresen sangat lancar dan tidak leceh. Ambil beg pon sama. Sekali nak pakai troli kena pakai 1 Lira.  Mana ada coin. Baru sampai kot kekeke..Apalagi menyorong beg aku n H ke luar bangunan Attartuk Havalimani Airport hihihii...=)

Keluar menuju ke Masjid yang terletak di luar kawasan airport.

No comments: