Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih bernafas menggunakan oksigen yang dipinjamkan olehNYA bagi meneruskan hidup sebagai hamba yang ditugaskan untuk taat kepada perintah dan suruhannya. Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Ini pertama kali aku menyambut hari jadi dengan memegang jawatan suami kepada H.
Sebelum tidur (belum masuk lagi 2 Jun 2014), H dah wish Happy Birthday kepadaku. Indahnya bila ianya diungkapkan oleh seorang yang bergelar isteri kepadaku.
Aku tidur lewat sebab aku bersengkang mata untuk cuba menjejak tiket-tiket murah untuk pulang ke kampung sebab AirAsia ada buat sales bagi travel period Jan - 31 Julai 2015. Alhamdulillah aku dapat beli tiket untuk pulang berhari raya aidilfitri tahun hadapan.
Ting...!!!! iphone aku berbunyi. Ada message whatsapp masuk. Sapala msg aku pukul 1.30am ni kan. Oh Muzlifah a.k.a Cik Pah. hihiii...Dia wish aku Happy Birthday. Dia ingat sebab kami pergi Pulau Mabul masa birthday aku tahun lepas. tu yang dia ingat tu hiihiiii. Terharu aku sebab dia ingat. Aku pon dah tak ingat birthday dia. Bulan September rasanya hahaha.
Sarapan pagi bersama H, yuyun dan nani. Sambil-sambil membahan wani dalam kotak chat facebook dengan membawa topik 'tahniah wani, dah bertunang' hahahaa.
Siap sarapan jam 10pagi aku bertolak ke kota belud untuk jumpa boss. Minta tandatangan dia untuk claim. Jem betul. 2 jam baru sampai pejabat. Sampai pejabat boss takda. Dia ada hal. Aku pon balik rumah.
'Awak balik makan tengahari yer'
Cantik...!!! aku semenjak kahwin ni memang tak suka makan kat kedai apa tah lagi makan luar ataupon 'makan luar' satu lagi tu...hahaha.
Memang aku agak laju jugala balik rumah.
Sampai rumah, dah ada bungkusan parcel yang dikirimkan oleh adik bongsu aku syamel a.k.a owyte. Jam tangan untuk running. Ada heart rate & pulse monitor. Kirim hari khamis dapat hari Isnin. tak berapa laju sebagai poslaju sebab cuti umum Pesta Kaamatan.
Inilah jamnya. Tengah sedap-sedap setting jam sekali suruh masukkan berat badan dalam pound. Memang aku tak tahu la kan hahaha.
Ayam Goreng + Sup Brokolis Cendawan + Ikan Bilis tempoyak
Yummeyhhhh...=)
Akhirnya, penantian berakhir. Yes, aku nak kad happy birthday. Dan akhirnya tercapai dengan pemberian isteriku tersayang. Handmade yer hihi..=)
Cantik dan berbakat.
Tak sangka pula aku H boleh buat kad yang sebegini rupa.
Sebelum tidur aku ada cakap kat H, saya kalau boleh saya nak satu benda ni. Tapi esokla saya bagitahu. Sekali, takyah bagitahu pon kan. hihiiiii. Dapattttt..=)
Jam 2.00 petang kami masuk kereta terus pergi ke Gaya Street. Nak g tengok-tengok jam tangan. H kata nak bagi aku hadiah jam tangan. yeayyyyy.
Semalam dia ada tanya, awk nak spek atau jam tangan. Laju je aku jawab, jam tangan sebab boleh pakai hari-hari. (adalah kebiasaan bagi aku untuk memberi sebab atas sesuatu pilihan jawapan) hahahha...=)
Dan akhirnya kami memilih seutas jam tangan berjenama Buzz. Tak pernah aku dengarpon haha. Suka sebab cantik, automatic dan pilihan hati H juga. Kalau H suka, aku tak perlu risau sebab taste citarasa dia adalah tinggi hahhaha.
Berharga RM988.00. Setelah rundingan dibuat.Satu persetujuan nilai harga termaktub dalam resitnya setelah dibayar. Alhamdulillah.
Terus pakai yer, jam Casio Edifice aku terus masuk dalam kotak hahaha.
Lama dah Edifice tu berjasa. Bermula dari gaji pertama aku dulu pada tahun 2009. Lama dah 5 tahun aku pakai. Calar balar tu adalah perkara biasa haha.
Kemudian aku ngan H pergi ke Karamunsing Capital. I Beauty menjadi tempat dituju. H buat facial treatment. Aku tunggu kat luar. Malas aku nak berfacial hahaha.
Kemudian kami ke Central Point (CP). Popular Bookstore menjadi tempat dituju, Aku suka dengan buku. Rindu dah rasanya sebab dah lama tak pergi sini hihiiii.
Hajat nak p makan kek di Secret Recipe, CP. sekali banyak kek takda. Mango delight aku pon takda. So aku ngan H turun lif g Plaza Warisan. Ada satu lagi Secret Recipe di sini bersebelahan dengan Starbucks.
Beli dulu promo Buy 1 Free 1. haha. Pastu bawa masuk dalam Secret Recipe. Selamber...!!! hahaha
Mango Delight + Tiramisu + Singapore Meehoon Curry
Beso beno haaa. American Express Cards Welcome. Phuiiiiii. tak boleh guna pon. Kalau x boleh kumpul points lagi hahahhaa.
Dear My Wife, H. I love U so much.
No comments:
Post a Comment