Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 22, 2014

Gayang Seafood Restaurant, Kota Kinabalu, Sabah


Akhirnya, segala perancangan yang dirancang daripada perancangan yang telah dibuat bersama sahabat - sahabat berjaya direalisasikan dengan izin Allah.

Macam mana nak pergi ke Gayang Seafood Restaurant dari 1Borneo Hypermall...??

1 - Dari 1Borneo pergi ke arah kiri (memang kena kiri sebab sehala)
2 - Jalan terus sehingga jumpa simpang 4 yang mana kalau terus akan ke Bukit Sepanggar, ambil susur kiri
3 - Jalan terus sehingga jumpa bulatan, ambil pukul 3
4 - Jalan terus sehingga jumpa bulatan ambil susur pukul 9
5 - Akan nampak gerai-gerai yang terkenal dengan Lokan Bakar dan Kelapa Bakar.
6 - Jalan terus sehingga nampak INTAN SABAH di sebelah kanan
7 - Perlahankan kenderaan anda sebab Gayang Seafood Restaurant sebelah kiri tidak berapa jauh dari INTAN SABAH.
8 - Naik jalan mendaki bukit ke atas dan tadaaaa.....



Ruang parkir luas dan ada banyak tempat. Tapi parkir yang berdekatan dengan Ruang Makan memang selalu penuh. Tapi disebabkan aku dan H sampai awal ke sini seawal jam 6.00 petang, aku parkir depan restoren terus hihiiii.

Semasa aku dan H nak bergerak ke sini, ada aku jumpa Syafiq dan Farah. Aku ajak mereka berdua ke sini, Alhamdulillah, mereka nak join sekali. Dapatla makan-makan sedap sebelum Farah bersalin bulan Ogos nanti hihhii. =)

Disebabkan aku, H, Syafiq dan Farah sampai awal, kami pilih apa yang hendak dimakan, kalau lambat-lambat nanti, lambat pula makanan sampai. Kebulo aku nanti hahahha.

Jadinya, antara pilihan makanan laut ialah
1) Ikan Ayam Masak Stim Nyonya (paling last sampai..!!!)
2) Ikan Kerapu Masak 3 Rasa
3) Siput Tarik Rebus (2kg) - first time tengok first time rasa. Lazat.
4) Udang Masak Butter 1kg
5) Soft Shell Crab 1kg - aku suka yang ni. Superb.
6) Sayur Campur
7) Sayur Fat Choy Rebus - paling tak laku hahaha
8) 3 Jag Air Jus Epal
9) 1 Jag Chinese Tea

Total: RM 595.00


Makanan ini sangat berdosa kerana aku telah overdose makan oooooo hahaha =)

Sekali sekala ba kannn. 2 kali dapat pahala.



Inilah Siput Tarik yang best. Cara nak tarik isi siput tu dengan lidi cungkil gigi dan memerlukan teknik dan taktik yang betul. Kalau tidak, tak semua isi yang keluar dari perumahnya hihi.


Yuyun yang hebat mengeluarkan isi siput. Tahniah hahaha =)


Kesian kat nani ='(. Dia tak tahan makan seafood, tapi dia belasah juga. Dimulakan dengan gatal-gatal kat badan dan diakhiri dengan memuntahkan hasil kunyahan makanan tu huhuuu.Next time kita layan western je eh hihiiiii. Karim dan Daud steady je kannn hahhaha =)




Hoyeahhhh....Inilah keluarga aku di Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Semoga tali persahabatan ini sentiasa bertaut walau apa pon yang terjadi.


Ok, apahal yuyun punya gaya pose sama je ni kan hahaha. Sebelah yuyun tu Dr Sarah, Housemate wani. Sebelum ni kenal kat Instagram je. Kali ni berjumpa di medan makanan hihiii.

Berserikan mukan nat. Nani pon berseri juga, Azimah apa tah lagi, Wani..?? mestila tak...!!! Stress abg balik tak hajakkkkk hahahhaha...=)

Tetiba...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Oh my dear friends. Kek Selamat Hari Tua Sweet Sour June, En. Nan, Pn. Azimah dan Cik Hasnani.

Dah kenyang makan seafood, cuba untuk mengisi kek adalah satu penyiksaan dan berdosa kepada perut hihiiiiii. Bak kata Jeldy masa kajian dulu. INSAF laaaa hahahaha.


Againnnnnn. Yuyun da senget gal bila kena ambil gambar hahahha

Ok guys, next week kita jumpa lagi

Assalamualaikum.

No comments: