Awal pagi lepas sarapan pagi di kawasan sebelah Bintang Mall kami semua bergerak menuju ke Batu Niah untuk meneroka keindahan alam ciptaan maha agung maha pemurah lagi maha mengasihani.
Alhamdulillah kali kedua aku ke sini.
Tapi kali ini aku hantar kawan-kawan sahaja.
Tempat wajib nak check in kalau datang kat sini hihiii
Signboard kat tempat bangunan pengurusan yang lama
Jeti yang dulunya licin dan kini kering bila kami ke sini.
Happy dieorg semua seberang sungai yang ada buaya hihi.
Takla jauh mana kot antara dua jeti ni hihii
Jeti yang jauhnya sepelaung suara.
Gambar yuyun dan ayu, ehsan dari audrey hihii.
Cumanya semasa aku berada di bangunan pengurusan yang lama ramai pelancong pelawat yang datang ke sini tidak mengetahui yang mana jika nak masuk taman negara ini perlu
1) Beli tiket masuk berharga RM10.00 di bangunan baru berwarna hijau sebelah pintu masuk pintu gerbang utama.
2) Lokasi jeti yang tidak mempunyai penunjuk arah yang jelas
3) Kurang pekerja untuk membantu para pelawat dan pelancong.
Tidak semena-mena aku dan H memjadi perkerja Taman Negara menunjuk arah dimana hendak beli tiket dan ke mana arah menuju ke jeti untuk ke Gua Niah.
Sekembali rakan-rakan ke pengkalan, semua muka letih tapi kepuasan terpancar dari cerita-cerita pengalaman ke Gua Niah. Semoga kalian dapat menyaksikan gambar dalam buku sejarah dan geografi masa nak ambil PMR dengan kanta bola mata masing-masing dan keindahan alam ciptaanNYA. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan terindah buat semua.
No comments:
Post a Comment