Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 27, 2014

Patah Tumbuh Hilang Tidak Berganti

Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa

Puan Puspawati Mohamed

Seorang yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi.

Walaupon semua orang terasa berat atas perpindahan beliau, semua perlu terima apa yang telah ditakdirkan.

Setelah 19 tahun menabur budi bakti dan jasa di perantauan. Kini tiba masanya beliau pulang ke wilayah asal walaupon bukan negeri asal.

19 tahun bukan sekejap. Dari bujang sehingga memiliki cahaya indah pemberian Allah 2 orang.

Perjalanan pn masih jauh, perjalanan kami masih tertangguh.

Semoga pn dapat meneruskan kecemerlangan ditempat baru dan akan kami teruskan legasi pn di sini.

====================================================================

'Buat Orang Lain Happy, Kita Pon Happy Sama'

Inilah motto yang aku gunakan apabila melantik diri sendiri untuk menjaga kebajikan keluarga besar aku di Sabah ini.

Dengan buat kerja amal ini aku hanya meminta pahala dan dimudahkan hisab dan masuk ke dalam syurga bersama ibu bapa aku dan mertua aku, isteri dan anak-anak insyaAllah, adik beradik aku dan H serta keluarga masing-masing dan juga seluruh umat islam samada masih hidup ataupon yang telah mati.

Biasanya aku dan H akan berusaha memerah otak keringat dan wang ringgit untuk cuba memenuhi dan membeli hadiah atau sewaktu dengannya, tapi kali ini, aku dan H ditemani oleh sahabat-sahabat adik-beradik kami berdua di Sabah ini.

Semuanya jadi perantau kan. Jadinya inilah keluarga kami di sini.

Hari Ahad yang lepas merupakan:

Misi mencari EMAS

Semua bersetuju untuk memberi cenderakenangan berbentu EMAS kepada pn.

Cukup wang kutipan, aku dan H membuka langkah penuh impian dan harapan supaya terjumpa barangan kemas yang masih dalam bajet dan cantik.

Kriteria: Tidak terlalu moden dan tidak terlalu klasik

Jenuh juga nak cari.















Kedai Emas di Suria Sabah seperti TOMEI dan Habih Jewels dijelajahi, TOMEI City Mall dimasuki dan Kedai Emas di Wisma Merdeka menjadi pilihan.

Harga Emas Semasa: RM155/g

Tomei memiliki design yang moden dan baru
Habib Jewels memberikan diskaun sebanyak RM8 maka harga 1g emas akan menjadi murah. Namun begitu daripada pemerhatian aku, harga upah Habib Jewels macam ada mahal sedikit
Kedai Ban Loong memilik design yang old fashioned namun begitu harga upahnya murah sedikit berbanding kedua-dua kedai tadi.

Dan aku dan H memilih Kedai Emas Ban Loong

Daripada urusniaga yang telah dijalankan, aku dan H cuba untuk menawar harga sebab harga yang ditawarkan melebihi daripada bajet kami semua.

Jadinya, setelah perbincangan, uncle tersebut memberikan harga yang terlebih sedikit dari bajet dan tak apalah. Aku tambah. 

So, inilah emas yang dipilih. Seutas rantai tangan.




Sebagai pelanggan terakhir keluar, haruslah bergambar kann...hihihiii.
Happy ja muka masing-masing

Aku..?? macam biasa the snappyman

Haishhhh bila la aku nak beli camera ni kannn.

Malam ini insyaAllah akan kami serahkan Rantai Tangan Emas ini kepada pemilik yang kami semua hormati

27 Jun 2014

Satu majlis makan malam yang diatur untuk menghargai segala budi dan jasa yang telah dibaja tumbuh segar mewangi.

Puan Puspawati Mohamed

Jasamu Dikenang Selamanya

Semoga berjumpa lagi.

No comments: