Selesai sahaja kerja rasmi disudahkan. Aku menghubungi Encik Tony untuk urusan penghantaran kereta sewa semasa berada di Miri ini.
Kami memilih untuk menggunakan kereta nasional Proton Saga FLX hihi.
Selesai urusan check out. Aku memandu ke arah Bandaraya Miri dengan sesuka hati haha.
Kami sewa 2 kereta. Aku, H, Nani, Yuyun dan Audrey satu kereta dan satu kereta lagi wan dan ayu & brothers.
Destinasi pertama kami pergi ialah ke kedai Money Changer. Berpusing juga mencari sebab katanya kedai tu menawarkan kadar tukaran yang bagus. Jumpa juga aku kedai tu. Ceruk sangat. Kalau orang baru sampai Miri memang tak jumpa kot.
Selesai tukar duit kami ke Kedai Kek Lapis Siti Payung
Macam biasa yang wanita sibuk membeli yang jejaka semua dok luar kedai haha.
Suprising, H x beli pon kek lapis hahaaha. Magic.
Selesai berkek lapis, kami berpecah sebab team wan ada urusan yang lebih penting yang melibatkan kewangan.
Aku memandu dengan handsomenya ke arah Jalan Krokop 9, untuk membawa Nani, Yuyun dan Audrey (YAN) melihat Tokong besar.
Selepas itu kami pergi tokong yang berada di Jalan Krokop 8 pula. Di situ kami dipelawa oleh seorang wanita untuk masuk ke dalam tokong tersebut. Wanita tersebut sangat friendly dan datang ke tokong tersebut sebab suaminya sedang buat kerja-kerja baik pulih tokong tersebut.
Sebelum kami beredar dari tokong tersebut, wanita tersebut bergegas ke arah kami dan memberitahu bahawa Jerudung Park, Brunei sudah buka kembali setelah beberapa lama tidak beroperasi. Baru 2 minggu beroperasi katanya. Macam seronok je kalau dapat pergi situ. Tapi takpa ikut perancangan sedia ada. Cukup masa pergi, kalau tidak, next time sahaja laaaa.
Kemudian kami berlima ke Canada Hill untuk melihat pemandangan Bandaraya Miri dari atas bukit. Aku lihat macam ada kesan pokok terbakar. Sedikit mencacatkan pemandangan yang cantik pernah aku lihat sebelum ini.
Bergambar adalah sesuatu yang biasa bila berlima dan sudah semestinya dalam gambar akan ada 4 orang sahaja hahaa. Dan seorang lagi itu adalah aku haha.
Alhamdulillah, sempat juga masuk muzium petroleum di situ.
Kemudian bergambar di The Grand Old Lady.
Selesai bergambar di bawah sinaran terik mentari, panas betul. basah ketiak. Kami menuju ke Taman Awam Miri. Jalan-jalan di atas jambatan gantung, Sesi bergambar ala-ala post wedding (sorry YAN kalau ada yang berdarah hidung hahahaha)
Perjalan kami berlima kali ini macam ada satu keunikan. Setiap kali kalau nak berhenti beli minuman dalm tin, Air Kelapa menjadi pilihan mereka berempat hahhaa.
Siap jalan-jalan di sini, kami menuju ke Luak Bay Esplanade (LBE).
Hajat nak layan sunset, tapi bila sampai LBE semua layan smartphone. Anti Social sangattttttt hahaha.
Hasilnya ialah, tak sedar pon dah sunset hahahhha.
Kemudian kami bergerak ke Pasar Malam Seberkas.
Macam biasa (padahal baru 2 kali datang miri), aku dan H beli-beli majalah untuk dibaca tambah ilmu pengetahuan.
Kami beli makanan untuk makan malam dan makan di tempat kediaman Kenyalang Homestay yang telah di tempah 2 hari sebelum berangkat ke Miri. Kena cancel 2x dengan owner homestay yang lain. Nasib last minute ada juga homestay yang still available. Rezeki kan.
Kami sampai rumah terus rehat-rehatkan badan. Dinner sama-sama. Pastu tunggu team wan sampai. Pastu kami masuk tidur sebab esok paginya kami rancang untuk bergerak awal pagi ke Brunei Darussalam.
No comments:
Post a Comment