Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 8, 2016

Kursus Mega Pengurusan Jenazah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah

#throwback

Tatkala H ke KL untuk menghadiri taklimat di Putrajaya, aku pon mengisi masa lapang dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Aku mendengar ceramah dan perkongsian dari Mejar Anuar Mohd Ehwal yang terlibat dalam proses pengurusan jenazah MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.


Inilah wajah insan yang bertanggungjawab mengurus jenazah-jenazah MH17. Besar pahalamu bang.

Monday, February 1, 2016

Terminal 2 Kota Kinabalu International Airport Dalam Kenangan 2015


Tanggal 14 November 2015 merupakan tarikh bersejarah antara aku, AirAsia dan Terminal 2, KKIA.

Pesawat AK5135, membawa aku terbang keluar dari Terminal 2 ke KLIA. 

Ini merupakan pesawat terakhir yang membawa aku terbang dari Terminal 2 kerana selepas ini semua operasi AirAsia akan bepindah ke Terminal 1, KKIA.


Kali terakhir melihat perkataan Terminal 2 dalam pesawat yang parking kat sini.


Ermmmmm....x pernah lagi aku naik kapal terbang PRINCE ni....mungkin satu hari nanti.

Banyak kenangan manis dan pahit berlaku di lapangan terbang ini.

Antara yang paling aku tak suka ialah bila nak menghantar kawan-kawan aku yang nak berpindah balik pulang ke semenanjung. Tapi aku, masih di sini di bumi indah di bawah bayu.

Mat blek je aku hantar kat Terminal 1. 

Berjaga semalaman kat KFC dan Surau sebab nak naik pesawat awal pagi.

Parking kereta dam moto sesuka hati kat Terminal 1 sampai berminggu-minggu hahahaha...=)

Dan pengalaman pertama puteraku menghirup udara segar Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Julai 2015...=)

Pindah ke Terminal 1 sebenarnya aku tak berapa minat sangat. hahhahaha. 2 tiket aku dah kena bagi notification minta tambah duit airport tax. cisssss

Parking moto kereta dah tak boleh secara percuma. Semua berbayar unless berduit nak bayar saman abam polis. IPK Sabah dekat je pon hahahhaha.

Kemudahan dan keselesaan memang diaras berbeza tapi bagi aku nak menapak ke acah acah skybridge pastu turun tangga skybridge pastu nak naik balik tangga kat pesawat buat aku berfikir macam mana kalau ada masalah nak berjalan. Macam mana aku nak bawa mak nanti. pelan-pelan la jawabnya.

Apa-apa pon aku masih tercari-cari dimanakah Starbucks Terminal 1 KKIA hahahha...=)

Babai Terminal 2, KKIA...=)

Sunday, January 24, 2016

Korean Language Course - AMC The School of Business, Sabah


Back to school.


Syukur Alhamdulillah diterima masuk belajar bahasa korea. Aku apply course ni masa 2013, rabu 2 minggu lepas baru aku dapat offer ambil course ni.

Course ini ditaja sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Ada course bahasa dan komputer (IT).

Diadakan di AMC The School of Business di Likas.



Course yang aku pohon dan aku belajar sekarang ini aku pilih hujung minggu bermula 16 Jan - 3 April 2016 (sabtu dan ahad)

Seosaengnim bilang kalau kelas weekdays diadakan pada hari Isnin, Rabu & Jumaat pukul 6.00pm - 9.00pm.

ermmmm memang x la aku kan. Mana sempat aku nak keluar kerja pastu nak kejar ke AMC. Kompom x sempat.




Setelah 4 sessi belajar bahasa korea ni, syukur alhamdulillah, bolehla sikit-sikit nak baca hangeul.

Harini paling best, buat pertama kalinya belajar nyanyi lagu korea hahahha

=========================================================
Gom Semari
(Tiga Ekor Bear)

Gom semariga hajibe isseo
Appagom, eommagom, aegigom
Appagomeun ttungttunghae
Eommagomeun nalssinhae
Aegigomeun neomu gwiweyo
Eusseuk eusseuk jalhanda

=========================================================

Saengil chuka hamnida
(Happy Birtday)

Saengil Chuka Hamnida x 2
Saranghaneun dangsinui
Saengil Chuka Hamnida

=========================================================


Semoga aku dan kawan-kawan dapat menghabiskan course ini dengan jayang sebab ada mid term, final exam dan oral test....arghhhhhhhhhhhhhhhh

hahahahahha....=)

Thanks bidadari dunia dan syurgaku yang sedia membantu untuk menjaga putera meosissoyo dan cheonjae dengan baik sekali sebab aku faham, waktu hujung minggu sepatutnya aku meluangkan masa bersama mereka tapi tidak. Pukul 12.00 tengahari keluar rumah, balik rumah dah malam time maghrib nak ke isyak. Yobo, gomawoyo. aju aju saranghaeyo =)

Wish me luck

Annyeonghaseyo

Assalamualaikum...=)

Tuesday, December 29, 2015

Happy 2nd Anniversary


Alhamdulillah ...=)

Saturday, December 26, 2015

Mee Rebus Kamaruddin, Teluk Intan


Lama dah tak perkena Mee Rebus paling legend dan tak mainstream kat Teluk Intan ni hahhhaha.

Lokasi kat Jalan Selat, Belakang Medan Mara.

Dulu masa muda mudi kecil kecilan, abah mak selalu bawa aku adik beradik makan kat sini.

Kami panggil kedai mee rebus ni KEDAI MEE SEMPIT.

Hahahahah

Sempit sebab Kedai ni sempit hahahha.


Masuk je pintu macam pintu rumah besarnya. Pastu tengah tengah ada jalan, kiri kanan ada meja makan.

Menunya ada 2 je:

Mee Rebus Biasa
&
Mee Rebus Telur

Tapi ada penambahan dari senarai minuman

Kalau dulu kan ada 2 jenis air je. Air laici dengan air sirap. Harga pon terbaik punya. 2posen je ooiiiiiiii hihiii


Haaaa....nampak kan keluasan restoren ni.

Tapi macam anak dia dah take over. Dulu pakcik yang buat mee rebus ni.



Disebabkan dah terbiasa makan mee rebus air sirap, aku pon order macam selalu. Sekali terpandang Senarai Minuman terus cakap kat abah, fuiyoooo air dah banyak jenis kekeekkee.

Harga pon macam dah mahal dari dulu tapi okla kan, ikut peredaran masa & kenaikan harga bahan mentah.

Rasanya: ermmmm zaman aku makan masa kecik2 dulu sedap lagi kot. Pekat kuanhnya hihiiiii.

Apa apa pon, memang recomended.

Wednesday, December 23, 2015

Bila Pilot Itu Kawan Aku

19 Dis 2015 aku balik semenanjung sorang2. H & KA tinggal dan akan balik malam ini.

Tiket mahal betul kalau nak balik sama-sama. Cecah seribu yer.

Ini juga 1st time aku naik AA dari Terminal 1, KKIA. Pakai warrant so dapatla 40kg check in luggage + meals + hot seat.

As usual Senior FA akan bagi annoucement dan tetiba dia cakap pembantu juruterbang Faiq.

Eh eh...nama kawan aku tu. Dia juga memang pilot AA. Tapi, kalau dia cakap Pembantu Juruterbang Dr Faiq. Aku boleh kompomkan hahahahhaa.

Bila landed di KLIA2 aku tunggu sekejap Pilot keluar dan yes, betul hahahhaa.

Seronok juga ye bila kawan kita jadi pilot, bawak kita terbang laju2 dan sampai dengan selamat hihii. =)

Harap-harap sorang lagi kawan aku dzerg dapat bawa aku pula pasni hihi. =)

Wednesday, December 9, 2015

Dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur

Perbezaan antara sebelum dan selepas ada KA amat ketara sekali hihiiiiii.

Biasanya, kalau aku balik sorang2 kompom aku ambil peluang balik kampung atau dok lepak KL sabtu ahad sebab biasnya kalau ada meeting/ kursus dia akan buat habis khamis atau mula isnin hihiii.

Buat pertama kalinya aku ke Kuala Lumpur balik hari hahahhaa...=)

Macam KK ni Melaka je aku buatkannn haahaha

Aku beli tiket Malaysia Airlines paling awal dan AirAsia yang paling lewat.

Gigih juga aku sbenarnyakan....

Hihiiii....=)

Pengalaman baru aku. Dan hasilnya...penat betul aku rasa keekekekek....ageing ba kann huhuuu

Flight AirAsia yang aku naik ni turun parking di Terminal 1. Havoc la pasni. Kompom kena datang awal. Ramai makhluk beratur kat imigresen. Experience =)