Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 8, 2016

Saba Restaurant, Cyberjaya

Family outing together hihiii....=)

Syukur pada Allah dikurniakan keluarga yang sempurna.

Ahad lepas Abah, Mak, Obi & Nazira sama - sama ke Cyberjaya untuk berjumpa Mimi Amy & Atif Faheem. Lunch sama - sama sebelum aku, H dan KA berangkat pulang ke Sabah.

Baklava - RM11.00

Lamb Mandy - RM 37.00 (L)

Lamb Haneeth - RM35.00 (L)


Chicken Khabsa - RM20.00 (H)


Licin lamb licin chicken licin Hilsburg hahahha... nasi je tinggal sikit. Tapau sikit buat bekal KA sebelum terbang balik.

Bila Ibu Seorang Yang Berkaca Mata

Duhai anakandaku,
Ku tahu ada tarikan buatmu
Bila mana ada sesuatu di hidung ibu
Hanya satu tamparan tangan comel itu,
Maka terbelah dua nampak disitu
hahahahhaha.....cabaran buat seorang yang berkaca mata bergelar ibu...=)



Tuesday, June 7, 2016

Hadiah Darimu Untuk Diriku


Alhamdulillah, syukur pada mu tuhan, Allah yang maha esa maha pemurah lagi maha penyayang


Yeayyyy.... Clarks ke-2 aku hadiah hari jadi hihiii.... thanks H....=)

Owh ya, Clarks pertama aku juga hadiah hari jadi tapi beli sendiri kat 1Borneo hihiii...=)

Biar Lobster Berbicara di Kota Kinabalu

Shopping Lobster adalah shopping paling rare pernah aku buat hahahhaa

Lobster hidup lagi mahal dari mati

hidup boleh cecah rm180, mati boleh serendah rm80

adik aku beli mati beli hidup, beza hanya harga, rasa tetap sama =)
(ye laaa...nak bawa balik semenanjung jugakkan...sampai rumah mati juga dia kikikiii)


Boleh beli di Pasar Ikan di belakang Pasar Kota Kinabalu...=)

Selamat Pengantin Baru Yuyun

       Selamat Penganti Baru Yuyun =)

Semoga berbahagia dan bersama selamanya InsyaAllah.

Perkahwinan bukan satu mainan
Ianya satu anugerah satu corak idah hiasan
Bukan hanya mahu berteman
Tapi satu perjalanan indah penuh perhentian




Monday, June 6, 2016

Pallet Coffee, Sungai Besar

Sekarang ni, musim orang jual kopi + ice blended and so on

Sampai ke Sungai Besar haaa fenomena ini kikikiiiii









Hajat di hati nak cari roti canai sedap....

sekali ada booth jual kopi n ice blended. So, aku, Abg Edi ngan Hakim masing - masing order Kiwi, Green Tea dan Mango hihihihi.

Boleh laaaa nak minum hihihi...=)


Loyalty Card kikikiiii

Beli 10 kali rasanya, kumpul cop dapat minuman percuma.

Semoga berjaya dalam dunia bisnes ini. Harap ianya tidak hanya bisnes bermusim.


Sunday, May 15, 2016

Tanjung Simpang Mengayau 2016

Alhamdulillah

Dapat juga aku ke sini buat pertama kali bersama H & KA. Tapi kali ini pergi sekali dengan pak ngah KA...=)

Bertolak dari rumah dalam kurang 3 jam sampai ke sini Tanjung Sampai Mengayau a.k.a The Tip Of Borneo.


Kalau tengok dalam peta sabah, kat sinila yang tanduk sebelah kiri

Diberitahu yang mana di sinila Laut China Selatan dan Laut Sulu bertemu.


Kali ini air agak pasang dan masih teringat aku masa aku ke sini, laut cetek aku turun sampai ke paling hujung hihiii..=)

Tempat yang baik untuk melihat keindahan alam. Terima kasih Allah.