Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 13, 2018

Destinansi Ho Chi Minh 2018 - Hari Kedua

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Pagi ini Tour Sungai Mekong jadi tajuk cerita. Sarapan di Restoren Mansur.

Aku suka betul nginap di An Tam Hotel (ATH) ni tau. Dapat kupon sarapan pagi di Restaurant Haji Mansour selang dua unit sebelah ATH sahaja. Nanti di restoren ni dia akan bagi kad menu, cecepat aku hulur kupon makanya dapat kad menu yang lain. 1 pax kupon boleh pilih 1 makanan dan 1 air. Dan aku pilih Pho Daging ye sebab mahal harganya berbanding roti canai yang murah tu sebab dia kira bilangan makanan dan minuman bukan harganya hahahha. Abang nak roti canai makanya terpaksa order la dan H nak makan nasi goreng ayam tak pedas kongsi dengan girl.



Siap makan terus ke depan Bismillah Tour dan naik Ford Transit ala-ala bas van tapi besar ooooo. dudukla berempat kat baris belakang sekali. Jumpa pula kawan dari Indonesia yang sekali pergi Chu Chi Tunnel semalam hihihi

Pukul 8.00 pagi dah gerak ke Sungai Mekong naik Ford Transit. Jauh juga perjalanan ni. Sempatla tengok pemandangan yang tak jauh beza dengan Malaysia. Sepanjang perjalanan aku memerhatikan kiri dan kanan kota ho chi minh ni. Boleh tahan pembangunannya.



Ramai betul pengguna motosikal ye. Tapi majoriti pakai skuter takde pula aku nampak pakai 125z hahaha. 


Haa...dear all makciks makciks bawang. bawang is overload hahahhaa.


Jenuh aku perati apala yang di buat kat tengah-tengah jalan tu haa. okay, jual tiket loteri hahhha.



Tol wehhhh...ada juga rupanya.




Sawah padi terbentang luas. Cuma yang rare dicelah-celah sawah padi ini dan keunikannya terserlah yang aku nampak pada sawah padi di HCM ni ialah terdapatnya kubur. Owner bendang mungkin.

Jadi dalam perjalanan ke Sungai Mekong, destinasi pertama ialah berhenti di satu showroom berkaitan dengan hasil buluh. Biasala aku, dah set dalam kepala, ini semu agenda memperomosikan hasil rakyat untuk ditunjukkan kepada pelancong.

Thuan My. Ada demo dan jualan produk mereka. Ada juga yang membeli. Bagus produknya tapi kalau aku macam tak guna sangat. semua macam dah ada tapi bukanla dari buluh kikikiiii.




Akhirnya sampai juga ke Jeti Sungai Mekong. 


Sampai je jeti Sungai Mekong, banyak betul boat yang dah menunggu. No life safety jacket. Aku pasti sebab aku mencari hahaha. Tapi insyaAllah selamat. Bot pon bergerak perlahan.

Naik bot dan terus ke pulau. Abang excited naik bot. Sampai je destinasi pertama disambut dengan sarang lebah hihihi. Sempat la aku bergambar dengan Bee Hives. Teringat masa di Bolu , Turki, pertama kali aku makan sarang lebah. Katanya propolis. Arghhh...madu lebah juga yang aku rasa dalam mulut ni hahahaha.

Diberikan tempat duduk, dan dijamu dengan air teh madu. kerepek bermacam jenis. Bertambah teh aku, beli madu kerepeknya tidak hihihi.



Siap minum menjamah kerepek, berjalan kaki sampai la satu simpang ada keluarga jual air isi buah nipah (kottttt). Beli la segelas buat pecah haus. Abang kemain suka dengan air ni.




Buah nipah la ni kot kan? hahhaha

Tak lama lepas tu sampai kereta kuda, yes naik kereta kuda, ketuk ketak ketuk ketak bunyi ladam kuda tu. Sekali lagi abang excited keterujaan. Girl? belum faham apa-apa lagi. hahahha. 





Berhenti kat satu kedai buah-buahan, Tour Guide beli buah aku sempat rasa buah je hahahha. Kat sini abang dah jumpa kawan baru hihiiih. Mula mula malu lepas tu kemain lagi havocnya mereka berdua. Almaklumla dua-dua hero hihihhii. Lintas satu titi, ehhh, perahu sampan laaaa. Ok, aku pulak excited.


singgah lagi ke satu restoren di jamu dengan air dan buah-buahan. Percuma. Telan sahaja. 


Lepas tu ada persembahan dari tuan rumah. Nyanyi-nyanyi. Sambil bagi bakul buat isi tips.

Aktiviti yang ditunggu-tunggu, yahoooooo. naik perahu.

Lepas tu ke jeti naik perahu. Haa, ni best. Naik perahu pon boleh jem sungai tu. H ngan girl duduk depan dan aku ngan abang duduk belakang H. pakai topi daun nipah tu. panas tengahari kot. Panas lit lit. Gambar kat perahu kurang memberangsangkan, riso nak keluarkan handphone. Satu lagi pasai panads trang tang tang, malas nak layan bergambar hahahha.

Sampai destinasi satu kilang buat gula-gula tapi aku tak ambil port sangat sebab penatnya ya amat. Naik balik bot terus ke satu restoren tepi sungai mekong. Restoren orang muslim, disediakan tandas dan surau untuk kemudahan pengunjung. Abang ngan girl siap mandi okay hahaha.


Siap semua naik balik bot untuk balik ke pengkalan. On the way tour guide bagi minum air kelapa seorang satu hihihhi. Sedap juga eh. Manissssss.


Sampai jeti naik ke pengkalan terus ke bas dalam kepenatan hahahha.

Destinasi seterusya ialah kedai jual pakaian.

H beli baju dan kain pasang kat sini. Lawa la juga.

Kemudian naik bas terus ke kedai jual barangan kulit dari buaya. Original woooo. Aku pegang kulit tu pon rasa geli hahahhaa.


tu haa, tour guide yang baik.




Kawan dari Indonesia siap beli wallet macam harga dekat 400usd juga tu. naik balik bas balik ho chi minh. Penatnya lahaiiii. Merasa la macet teruk masa perjalana balik. Ada lori kepala transformer langgar kereta sedan. Jauh betul bumper to bumpernya tu.

Destinasi seterusnya ialahhhhh

HAWA WHOLESALE & RETAIL 

suka betul H kat sini. abang, girl dan kawan baru dah buat halaqah kat tengah-tengah kedai. Abang siap berbaring kepenatan hahhaha.


Kutar pon Kutar laaaaaa.

Aku beli sehelai baju kurta warna turqoise. Suka betul aku dengan design dan warnanya hahha. Macam rasa nak buat tag brand sendiri pula hahahha.





Balik semula terus ke depan pejabat Bismillah Tour. Nampak akak kopi baju kuning ni. Beli segelas kopi segelas milo. End up abang yang minum kopi sampai habis, aku minum milo. Ermmmm memang malam tu dia punya terang mata lain macam hahaha. Naik bilik terus kerana dek kepenatan. Baring-baring menanti masuk waktu maghrib. Siap badan mandi semua temgok bawah. Okay. Meriahhhhhhh hahahaha. Cepat-cepat turun balik bawah hahahhahaha.

Makan malam di Halal Amin Pho Muslim. 

Terus meneroka menyelam pasar malam legal dan illegal hihihii. 

Naik dengan hasil tangkapan. Rehat-rehat sambil nervous macam mana la nak bawa budak-budak ni esok naik bas g Binh Tay Market.

Dalam bas tadi tu ada satu famili dari Malaysia. Suka abang main dengan anak mereka. Yang mula perkenalan di kedai buah selepas turun dari kereta kuda tu. Alahai, kesana kesini sama-sama. Terguling sana terguling sini. Sekali maknya marah. Ok aku ambil abang, bawa lari. Pasti abang pon terlibat juga dalam permasalahan tersebut hihihihihi. Maafkan saya sekeluarga ya.




















Saturday, July 7, 2018

Destinansi Ho Chi Minh 2018 - Hari Pertama

Alhamdulillah, akhirnya aku sekeluarga bercuti bersama-sama di Ho Chi Minh, Vietnam.

Pemusafiran kali ini tampak lebih matang tanpa kelam kabut dalam persediaan. Aku dan H macam biasa buat biasa. Yang lagi best ada ke patut baru nak google malam sebelum nak bertolak ke KLIA hahaha. 😅

Bermula pencarian pembelian tiket ke hotel sehingga agensi pelancongan tempatan. Lepas tu terus senyap sampai ke hari kejadian.

Penerbangan pagi agak mencabar bila pertama kali menaiki flight seawal 9.00 pagi. Lupa pula teman nak siapkan diri aku ngan H tiada masalah cumanya abang & girl penuh cabaran. Nak mandikan anak-anak aku ni senang je. Yang tak senang nak keluar dari bilik air tu hhahaa. Bangun memang awal betul sebelum terbit fajar kot. Cemburu juga dengan anak kawan yang bangun tidur kemain lambat kikikiii....😂

Sampai KLIA pukul 7.30 pagi, beli nasi goreng kat kantin aras teksi bermeter terus masuk pelepasan. Dari polis bantuan KLIA sampai Imigresen sampai Staf MAS tiada masalah. Alhamdulillah. Sebelum pukul 8.00 pagi dah ada depan pintu H4 hahaha...🤣


Alhamdulillah den dah DE'N di Ho Chi Minh, Vietnam. Beratur di Imigresen selesai proses cop mengecop aku terus turun aras bawah naik lif. Ramainya manusia yang datang ke Vietnam ni. Bag kami keluar awal. Mungkin kerana kami check in beg sehari awal. mudah sikit. so bergerak ke airport ala-ala senang lenang bawa anak-anak di kiri dan di kanan.

Lepas ambil beg terus keluar dari kawasan ambil beg terus ke arah kiri. Hujung sekali akan nampak VINAPHONE. Haa, terus aku beli nombor Vietnam. Pakej data sahaja. 100.000d untuk 5GB untuk 30 hari. Cukup dah tu buat abang punya ubat bius Mr YouTube huhhhh. Haa, kat sini ada adegan yang sedih pilu di mana abang excited sangat sampai tergolek jatuh dari stroller. Menangis memang dengar suara dia je laa. Staff Vinaphone tu bagi abang gula-gula. Terus beransur-ansur pulih dari sessi tangisan. Siap staf tu setting phone, kami gerak ke luar bangunan. Nampakla ada kaunter airport taxi. Baca kat blog dieorg ambil 200.000 - 250.000d untuk ke Ben Thanh Market (BTM). Malas nak beratur sebab ramainya umat akhir zaman yang masih bijak beratur walaupon kaunter itu kat tepi pintu keluar yang menyebabkan kesesakan sedikit. Terus aku keluar dan menuju ke arah kiri tempat teksi-teksi tunggu giliran. Banyak yang panggil-panggil suruh naik. Dengan hati kental aku terus je lalu diantara mereka ni dan nampak pon orang pakai vest hijau ada logo Vinasun Taxi. Terus bagi Booking Details hotel aku tu. Lepas tu dia tanya nak small car or big car. Of coursela big car kan hihii. Lambat sikit naik sebab ada sebiji innova refuse nak bawa then tunggu sekejap datang innova untuk bawa kami ke area BTM. Best juga la tengok kiri dankanak kat bandar HCM ni. Banyaknya moto. Itu tak best, yang bestnya helmet dia lawa!!! haahahha. Lepas tu perempuannya mesti pakai hoodie lepas tu pakai kain tutup depan buat macam apron. So takdela nampak santut bila bawa scooter tu kan. Nice!!! rasa macam muslimah sangat.

Senarai harga sim card Vinaphone di airport:





Haa, dari aiport ke An Tam hotel harga tambangnya 150.000d tapi lama sikit naik 153.000d. hahahha macam kat sini pula gaya meter teksinya kan. Okay dia minta 160.000d. lebih 7000d kira-kira dalam RM1.25. Lagipon driver teksi tu takda duit pecah.

Sampai An Tam Hotel (ATH), staf dia dah angkat beg ke kaunter receptionist. Alhamdulillah dapat check in awal walaupon masih pukul 11.00am. Ada dram sedikit. aku booking Deluxe Triple Room, sekali dia bagi Double Room sebab nampak kami 2 orang dewasa. Aku tau masa dah naik bilik. Terus la aku turun balik bagi tahu yang aku booking bilik Triple. Pastu dia check dalam sistem balik dan tengok balik booking details aku tu. kami pindah bilik triple. Best, dapat bilik yang nampak bawah Malaysia Street hihihihi. Berkobar-kobar rasanya nak turun balik jalan-jalan hahahha.


Okay nampak dah restoren makanan yang halal. Kemas-kemas barang lepas tu aku turun pergi Bismillah Tour. Ingat nak ke Chu Chi Tunnel petang ni tapi Bismillah Tour ni tiada trip ke Chu Chi Tunnel petang. So aku booking ke Mekong sahaja. Bayar 2.5x300.000d untuk bertiga. Lepas tu aku terus ke Aaminn Tour and Travel. Malu pula aku rasa receptionist dia pakai niqab. kuat juga islam kat sini. Alhamdulillah dapat juga ke Chu Chi Tunnel dengan harga RM100.00 petang ni tapi pukul 1.00pm dah nak kena ada kat depan Saigon Pink 2 Hotel. Nasib la dah makan kat kapal terbang dan ada bawa bekal roti gardenia.

Semasa perjalanan berhenti satu kilang buat barangan cenderamata daripada kulit telur. Uniknya tempat ni pekerjanya adalah dari kalangan orang kelainan upaya kesan daripada perang vietnam dulu. Kat sini ada galeri cenderamata. Harga sendiri boleh ingat. Cumanya tabung sedekah tu yang menarik perhatian aku. Kesian juga. Tengok kecacatan yang dialami. tapi hasil kraftangan memang terbaik. Boleh la beli buat hadiah untuk mereka.

Sampai Chu Chi Tunnel aku la yang seronok. Bab-bab sejarah ni aku suka sikit hihihi. Dapat tengok terowong muat-muat badan tu. pergi tengok tinggalan dan kesan di kawasan sekita. Berpengalaman lalu terowong tu. tengok orang menembak (mahal betul sebiji peluru dan kena beli 10 biji kalau tak silap).








dalam pukul 7.00pm sampai BTM lepas tu kena jalan kaki balik hotel sebab bas tak boleh masuk sebab pasar malam dah mula buka. Haaa kauuuu. nasib ada internet, boleh juga berwaze dan ber maps. hahhaha. kalau tak mahu sesat. Yela baru je sampai sini kan hahahha. Bas berhenti kat depan Restoren Serai dan Food Court. Haa, belok kanan then belok kiri then belok kanan balik la terus ke ATH. Tapi kami pergi makan malam dahulu di Halal Amin Pho Muslim. Terus je pergi sebab restoren agak best letak harga besar-besar depan pintu masuk kedai hahhaa.



Order Pho Daging dengan nasi + ayam goreng. 50.000d setiap satu makanan. Sedap pho daging ni. macam makan ngau chap pula rasanya hihihi. Siap makan semua sambung jalan pergi pasar malam. H sambar tudung. Belum lagi 24 jam di Vietnam tapi mode shopping terus ON ye hihihi.



tapau popia vietnam. mahal juga sebenarnya. 80.000d. Takpela nak rasa. Kenapa tapau? aku ingatkan macam popia kita. rupa-rupanya orang vietnam makan popia ni sebagai makanan utama. dalam popia ni ada mee suhun tu punya banyak, udang kemain lagi ngap ngap je bunyinya tapi yang potong sikit ada daun bau dia perghhhhh. tapi bolehla telan. kata orang itu daun selasih. wallahuallam. ada sos special diberikan.



Siap membeli, naik bilik sempat juga aku usha beg deuter. okay, mesti beli hahhaha. Sempat kami tanya harga telekung dan tudung kat kedai depan hotel tu sekali jauh lebih murah dari pasar malam. Naik bilik mandi rehat sambil usha-usha kedai bukak tepi jalan ala-ala kat mekah madinah tu. Illegal kot.





Saturday, March 24, 2018

Selamat Hari Jadi Abang Yang Ke-3

Terimalah hadiah hari jadi pilihan papa tapi ibu yang belikan hihihhi...=)

Papa tolong pasangkan je =)








Monday, February 26, 2018

Karpet Hijau Karpet Merah Dijadikan Sejadah Solat Indah


Muncul di telegram, ada orang ni beli sejadah di ataa sebagai cenderamata cenderahati dan cendera kenangan sebagai tanda ingatan ke tanah suci.

Masa di tanah suci mekah dan madinah, acapkali aku teringin nak beli Al-Quran persis yang ada dalam masjidiharam dan masjid nabawi. yang dijual di kedai buku dan tepi jalan mahupon yang jual dipintu-pintu masuk masjid tidak sama seperti di dalam masjid.

Bila fikir-fikir balik isinya tetap sama kekal sepanjang zaman. 

InsyaAllah jika diizinkan lagi ke sana, jika diberi kesempatan dan ruang aku nak cari juga la sejadah macam di masjid nabawi. Bukan fanatik dan lari dari niat ke sana, tapi sebagai sesuatu yang boleh memotivasikan diri. Ermm,,,takpela. Aku je yang faham.

Thursday, April 20, 2017

Jalan Jalan Cari Makan di Kelantan

Kpd kawan2 yg bercuti ke Kelantan, ni Tips makan2 sedap di Kelantan....

SENARAI TEMPAT MAKAN BEST UTK YG BERCUTI KE KELANTAN..

Hari Pertama Relax dulu..

- Hari ke2
Bfast : Din Tokyo sebelah Hotel Temenggung (Telur Taliban)
Lunch: Sup Air Asam Suliza (Perut Air Asam) dekat Wisma KB
Dinner: Ikan Bakar Air Asam depan MML (Sotong Celup Tepung)

- Hari ke3
Bfast: Nasi Kerabu Panji Depan Caltex (Nasi Kerabu Kambing Bakar)
Lunch: Rest. The Ritz Cherang (Ketam Telur Masin Cheese)
Dinner: Ikan Bakar Hj Zakaria, Pengkalan Petah (Ketam Phadkari)

- Hari ke4
Bfast: Nasi Tumpang Pasar Kubang Pasu
Lunch: Nasi Paku Berek Dua Belas
Dinner: Pizza Gino Cherang

- Hari ke5
Bfast: Nasi Dagang Ziela Pohon Kekuk Bayam (Gulai Ike Ayo)
Lunch: Nasi Sup Moksu Taman Maju (Ado Air Nyior)
Dinner: Maggi Tiram Same Parang Puting (Maggi Telur Sotong)

- Hari ke6
Bfast: Pokloh Milo Tunggeng belakang KTC
Lunch: Sup Perut Bismillah Panji (Air Asam Siam)
Dinner: Char Kuew Tiaw Dusun Muda (Sebelah Kukup)

- Hari ke7
Bfast: Nasi Kerabu Awang Salor (Daging Bakar Berlemak)
Lunch: Nasi Arab Pulau Melaka (Kebab Kambing)
Dinner: Burger Mat Saleh Jalan Gajah Mati (Spagetti/Burger Sedap)

- Hari ke8
Bfast: Kedai Pati dekat MPI Jalan Hospital (Gulai Ikan Kering)
Lunch: Kedai Sup Gearbox Teluk Panji (Kerabu Perut)
Dinner: Maggi Belut Bukit Marak Bachok

=================================

Friday, March 24, 2017

Lazada Penipu - Fujifilm Instax mini 8


Gempak tak tajuk post ni haa..?? hahhhaha

apa la taknya janji hantar instax camera mini 8, 28 Mac ni tapi 24 Mac dah sampai. Sama juga dengan Instant Mini Film, awal sehari sampai rumah. Memang terbaik la hihihi.

Happy 5th Birthday Lazada. Thanks.




Memperkenalkan gadjet terbaru aku ni haa, Instax Mini 8 warna grape katanya. Aku minat warna raspberi, sekali mahal harganya. Hari niiiii, harganya lagi rendah dari harga yang aku beli. Kuang asam betoiiii hahahhaa.

sebelum KA lahir lagi H minta aku beli kamera ni, tapi harganya sangat melukakan hati aku, menghiris walletku yang tak berapa tebal tuh. Aritu dapat deal baik punya dari Lazada so boleh la mampu milik untuk adik KA yang insyaALLAH bakal lahir 7 April 2017 nanti. Sama bulan dengan KA lahir. hihihihi. 



Ni ha film dia. Dia pakai kaset. Satu kaset ada 10 keping, so 10 keping je setiap round ambil gambar. Petang ni boleh pergi hospital sungai buluh ambil gambar H sebelum adik dilahirkan. Plan aku, aku nak buat babyinstaxkronopedia untuk adik dan KA. Fuhhh sekeping RM2 modalnya. Kempis kecut juga la kan hahaha. Kita try dulu almampu ke idok,


==================================================================

Selesai checklist aku untuk yang ini,

IPAD ...?? teringin juga untuk bantu perjalanan master aku ini