Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 1, 2014

Kembara Miri, Sarawak - Last Day - Tamu Muhibbah, Tamu Kedayan


Jalan-jalan hari terakhir di Miri dimulakan dengan membaca dan memahami peta yang diberikan oleh pekerja hotel yang mesra dan sedia membantu. 



Pagi-pagi aku dan H siap-siap untuk menapak ke Tamu Muhibbah dan Tamu khas serta Tamu Kedayan. 

Dari Hotel Kingsley berjalan ke arah kanan menuju ke Miri Handicraft Centre. 



Terus ja berjalan ke hadapan. Akan jumpa Medan Selera Taman Seroja. 



Jalan ja terus. Dalam perjalanan tersebut kita akan jumpa Miri Hotel dan The Room Hotel. Jalan sampai jumpa Visitor's Information Centre. Masa kami sampai tempat ni tutup. Baru ingat nak ambil pamplet ke apa ke sebab kat airport aku tak jumpa pon sebarang map atau pamplet untuk di jadikan panduan untuk melancong atau melawat di Miri ini. 



Kedudukan Tamu Muhibbbah & Tamu  Khas berada betul-betul dihadapan Visitor's Information Centre. 


Dalam pemerhatian aku, kawasan tamu ini dibahagikan kepada 3 tempat yakni satu pasar sayur-sayuran dan buah-buahan. Satu lagi tempat di jalanan. Dan satu lagi tamu yang jual hasil-hasil orang kampung. Jadi bagi aku, itulah tamu yang dinamakan Tamu Khas. 


Tamu khas ini ada jual beras bario. Macam-macam jenis ada tapi harganya agak mahal. Bermula sekilo RM12.00 dan ada yang sekilo RM40.00. Mahal betul. Aku beli 2 jenis beras masing-masing sekilo berharga RM24.00. 


Besar betul kayu ubi ni kan. Hihi. 


Macam-macam hasilan kampung dijual di   sini. H beli ikan terubuk masin berharah RM12.00 untuk 3 ekor. 


Keadaan gerai di tepi jalan. 


Bagi aku, tamu muhibbah ini macam pasar biasa sahaja. 

Selesai tengok-tengok kami terus beredar dari tamu ini dan bergerak menuju Tamu Kedayan. Tidak berapa jauh dari Tamu Muhibbah. 

Ya, inilah tamu yang aku mahukan. Peniaga penjual dari kampung dan menjual hasilan makanan dari kampung. Macam-macam aku jumpa makanan yang unik dan tak pernah aku tengok sebelum ini. Ada dua tempat yakni satu yang tepi jalan (ada gerai yang proper) dan satu bahagian lagi peniaga yang menjual hasilan untuk dijual di antara dua bangunan. Ada 2 baris. 


Buah apa entah ni, lupa pula aku hihi. Sebakul RM2.00 ja




Sekali jumpa ahjumma dan ahjussi jua pau. Ok my favourite. Terus beli tanpa pesan haha. 


Haaaa...jumpa juga sayur midin yang mentah. Lebih kurang pucuk paku pakis. 


Haaaa....akhirnya, buat pertama kalinya aku jumpa Ulat Malung yang masih hidup. Kalau di Sabah dipanggil butot. 15 ekor RM10.00 ya. Macam mahal makanan eksotik ni kan hihi. 


Tertarik aku dengan orang yang jual burung puyuh ni. Terus aku cerita kat H kenapa aku tak suka makan daging burung puyuh hihi. 


Ikan sungai yang dijual


Siput ni pertama kali aku tengok. Bentuk bulat hihi


Haaa siput yang ni biasa aku tengok. Di Sabah dipanggil tuntul. Kalau kat Sarawak lupa pula nak tanya hihi. 


Ada juga orang jual burung warna hijau yang comel ni. Suka H bila tengok burung ni hihi


Syok-syok aku tengok burung sekali ternampak katak fresh dan katak yang telah disiang daaaa haha. 


Kat sini aku beli makanan untuk sarapan pagi. Dan terus kami menapak pulang ke hotel

Sekali tekak aku rasa kering nk cari air. Masukla aku satu kedai ni. Kedai ni depan bangunan pejabat warna putih yang ada surau juga di situ. 

Masuk je kedai terus aku terkejut. 

Beras bario yang aku beli kat Tamu Muhibbah sangat mahal bila dibandingkan dengan kedai ini. Beras jenis yang sama kedai ni jual RM9.00. Aku telah rugi RM6.00..!!!! Hahahaa. 

Jadi kalau nak beli beras bario, beli sahaja di kedai runcit. Beli kat tamu mahal laaa. Aku bisik 'xpala, nak tolong makcik di tamu tadi' untuk sedapkan hati aku yang tengah panas haha. 


Sampai sahaja aku ngan H di hotel terus bersarapan pagi. Siap makan terus turun menapak ke Bintang Mall. Dekat ja. Boleh jalan kaki. Tapi takda apa benda pon. Sama macam shopping complex yang lain. 

Selepas tu aku ngan H pergi ke Jalan North Yu Sang makan tengahari di Serai Wangi. 


Aku makan mee sapi. Ok la rasanya. Lebih kurang macam mee sup pasar malam hari rabu kat kampung aku hahha. 


H order nasi goreng kampung. Sampai ja makanan terus nyesal. 'Bagus saya order  mee kolok or laksa sarawak'. Hahaahaha tau xpa. Nanti teringat-teringat bila balik nanti baru tahu hahaha


Selesai makan aku ngan H kemas packing barang untuk ke airport untuk pulang. 

Aku minta pihak hotel tolong panggilkan teksi untuk ke airport pukul 1.00pm. Sebelum jam 1.00pm lagi teksi tu dah sampai. Sangat efisien ya. 

Selesai proses check out aku ngan H naik teksi dan bergerak ke airport. Dalam kereta aku minta pemandu teksi tu untuk singgj di kedai makan untuk tapau air 3 masam hihi. Nasib dia sporting. Dia berhenti kat depan Merdeka Mall. Aku pon pergila membeli kan. Kecil pula papercup dia. Mahal pula aku rasa kan haha


Owh yaaaaaa

Dari Hotel Kingsley ke Miri Airport kami kena caj RM25.00 sehala. 

Ada meter tapi tak nak guna. Geram aku. Grrrrr..!!!!!! Siap tutup dengan pelapik alas yang grip tak bagi barang jatuh tuh. Cisssssss



Teksi ni la aku naik huhuuu

Alhamdulillah. Percutian menarik bagi kami suami isteri. 

InsyaAllah ada masa ada ruang ada rezeki lebih akan kami sampai ke sini semula.

Mulu.....tunggguuuuuu. Aku cabar kauuuuu hihiiii. 

No comments: