Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 26, 2014

Downtown Tune Hotels, Kuala Lumpur


Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk menghadiri satu konferens di Hotel Istana, Kuala Lumpur dan aku memilih untuk menetap di Downtown Kuala Lumpur kerana faktor-faktor kemudahan untuk ke tempat konferans dan juga untuk meneruskan kelangsungan hidup aku hihiiii. 

Menginap selama 4 hari 3 malam. 

Kali kedua aku menginap di sini yang mana pertama kali aku ke sini aku transit sebelum aku gerak ke LCCT awal pagi. 

RM129 (RM43/malam).

Murah la bagi aku yang hanya mementingkan tempat tidur yang selesa dan dekat dengan kemudahan. 

Duduk hotel mahal2 pon, masuk hotel pukul 9mlm kuar balik 7.30 pagi esoknya buat apa la kan. 

Lagipon turun KL sorang2 tanpa H buat aku rasa malas nak fikir. Asal ada tempat tidur. Jalannnn. 

Urusan Check in sangat mudah dan cepat. Receptionis orang labuan katanya =)

Selesai urusan check in aku angkat barang dan turun semula untuk pinjam seterika @ iron. 

Lenggang lenggang kankung je kannn. 

Sekali masa nak pinjam brother tu cakap kena deposit seterika tu RM30.00. 

Adeiyhhhhh. Aku x bawa duit walau satu sen pon.

Cakap-cakap pon brother tu tak bagi sebab memang prosedur dia. Lagipom dia nak hand over dekat kawan dia. 

Aku merayu lagi dan aku cakapla yang aku nak iron 3 helai je pakaian. So, x lama pon pakai. Kalau aku naik turun naik turun macam dua tiga kali kerja kan. 

Akhirnya brother tu bagi pinjam. Siap dia suruh security teman aku naik sebab nak pulangkan balik seterika tu senang. 

Aku dengan rela hati cakap, "takpa bang, lepas saya siap guna, saya pulangkan terus ke sini (sambil jari tunjuk meja kaunter)". Brother tu setuju. 

Syukur alhamdulillah. Brother tu memudahkan kerja aku. Almaklumla, berebut orang nak pakai seterika. 


Kad akses bilik. Aku rasa macam aku duduk di bilik yang sama dengan masa pertamak kali aku menetap kat sini sebab menghadap jalan monorail. 


Nampak selesa, bersih dan teratur


Ada TV dan Air Cond bagi sesiapa yang nak kemudahan ini boleh beli secara prabayar ikut kegunaan masing-masing. 

Aku beli bilik asas je. =)


Papan Suis bilik ini. Cucuk kad kat tempat yang ada skrin. Nanti akan keluar lampu biru kelip kelip. 


Shower standard hotel


Tandas yang bersih dan selesa. 
Tapi, exhaust fan tidak berfungsi la pula. 


Permandangan waktu pagi diliar jendela bilik. 


Ni pula pemandangan atas katil. Sedap gila tidur atas katil ni wehhhhh hahahaa. No.2 selepas tilam kat umah aku tu hihii. 

Tilam jenama King Koil kalau tak silap. 


Sekaliiiii nahhhhh

Patutla sedap, 5 star bed...!!!!
Kalau bukan sebab konferens. Memang aku layan tidur sampai tengahari kot (opsss jangan yaaa. Tertutup pintu rezeki nanti)



Permandangan di hadapan pintu utama Tune Hotels. Berhadapan dengan Maju Junction. 


Permandangan Downtown Tune Hotels pada waktu malam. Cantik. 

Kenapa aku pilih tinggal di sini
1) Stesen Monorail ( Medan Tuanku ) dan Stesen Star LRT sekarang namanya apa entah. Stesen Sultan Ismail - Hanya berjalan kaki sahaja dengan kemudahan jejantas berbumbung untuk ke stesen ini dari Tune Hotels

2) Jalan Kaki ke:
- Maju Junction
- Medan Mara
- Pertama Complex
- Sogo
- Campbel Complex
- Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR)

3) nak cari makan pon senang sangat. Pilih je nak makan kat mana-mana asalkan halal or ada logo halal. 

4) ada San Francisco Coffee outlet dalam Tune Hotels ini. 7 Eleven juga ada bersebelahan. Kedai mamak ada kat sebelah kanan, kedai melayu sebelah kiri hotel cuma kena seberang jalan ke sana. 

5) Staff yang bagus. 5 Bintang. 

Thanks Tune Hotels. 

2 comments:

Time Traveller said...

Tune Hotel pernah la cuba sekali.. okay la kalau kira baget .. well enjoy la kan asalkan murah dan selesa :D

Mr. H said...

aahhhh....enjoy la juga stay sini dengan bajet yang sedemikian rupa. Tapi kalau bawa wife cari hotel elok sikit kot hihiiii...=) dekat ngan Sogo. Saya p kerja dia pon ada kerja kat Sogo hahaha...=)