Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 8, 2015

Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan

Alhamdulillah

Sekali lagi aku ke sini untuk menghadiri satu urusan kerja

Tetapi bukan di Grand Lexis Hotel, tapi Lexis Hotel.

Sama pengurusan berbeza bangunan

Kali ini aku datang ke sini menaiki kereta kompak mahal cikbah hihiihi =)

So parking kat atas Hotel ini dan menyaksikan panorama indah daripada atas. Luas juga kawasan hotel ni yer....

Dalam hati aku terdetik, harap-harap kali ni dapat stay kat water chalet ni la hihiihi =)

Again, datang bersendirian lagi sekali. tanpa H dan babyboy KA dan juga masih dalam pantang =)





Selesai urusan check in Alhamdulillahhhh....dapat bilik yamg diidamkan hahahaha

Rezeki aku ni....syukur...mula-mula dapat stay di Grand Lexis dan sekarang Lexis pula =)

Masuk-masuk bilik terus cuak

Ada kaca yang boleh nampak air kat bawah hahha

risau aku kalau kaca tu pecah, mahu terperosok aku ke dalam tuh hahahhaha

Tapi nampak kaca tu sangat kukuh aku injak-injak berulang kalipon masih gah dipersada lantai bilik hihihihi




Bilik kecil sedikit dari Grand Lexis tapi still OK.



Jacuzzi yang teak pernah digunakan untuk mandi, hanya untuk mengambil wudhuk sahaja hihiii


haaaaaa

tang bilik air ni aku suka...

hahahahha....siling atap dia boleh buka woooooo....kalau nak mandi bersaksikan bulan dan bintang silakan..tapi awas jika ada kapal terbang melimpas....kelak binasa padahnya =)








Port paling best kat bilik ni, beranda bersama deruan angin dan ombak kecil seperti ingin memberikan aku satu ketenangan yang mutlak =)



Petang tu aku keluar dengan member pergi kedai Mr DIY, Giant Port Dickson beli joran hahahha

memancing aku malam tu hahahha

Ikan tak dapat, dapat selsema huhuhuhhuu 

Satu hari nanti insyaALLAH akan ke sini lagi bersama H dan babyboy KA =)

No comments: