Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 14, 2015

ROCANA HOTEL, KUANTAN, PAHANG

KUANTAN, AOK TUNGGU KOI DATANG

Dah lama aku x pergi kuantan...
Lain sangat dah sekarang ni. Banyak jalan yang dah jadi sehala.

Sebelum ni kalau ke Kuanatan akan cari tempat penginapan yang murah tanpa breakfast. Kali ini sebab atas tugas rasmi aku memilih untuk tinggal di hotel yang aku layak dan berbreakfast hahaha.

Kali ini aku memilih untuk tinggal di Rocana Hotel. Buka homepage dia tulis under maintenance. terpaksa tengok di AGODA. rate agoda dekat rm250.00 per day. Aku pon mencari no telefon Rocana Hotel ni then call hotel dan buat tempahan melalui telefon. Published rate RM220.00, Government rate RM175. Miaowwwwww hahahahha. Terus booking 3 malam =)

Maka dengan itu, teknik nak booking hotel ialah. Usha Agoda, cari no phone. call. Bandingkan harga dan buat pilihan yang super bijak kekekkekkeke =)

Pilih Superior King untuk 3 malam. 


Aku suka bantal dia. Panjang dan selesa muhahaha =) ada 4 ketul pulak tu. Sesuai dengan aku yang suka tidur dengan bantal yang banyak hahahhaha =)


Simple ja. LCD TV, Min Bar, Kettle, Safety Box =) Kalau ada KA boleh simpan susu dia dalam Mini Bar hihihih =)


Bathroom sempoi. cuma shower dia tak berapa nak shower. Slow showerannya kekekkekek. X puas mandi hihiihi


Kata Tugasan Rasmi kan. Perghhhh, minta iron dan ironing board jam 12.30 tengah malam dan dihantar dengan segera adalah  sempoi. tapi bila dapat iron berjenama panasonic ini terus aku menyumpah seranah sekejap. Hot Plate tu ko tak nak balut sekali...?? hahahahaha

Pahtu hot plate dia pulak melekat - lekat sebab ada user yang terlebih terer pakai iron sampai melekat fabrik dan kalau pemanasan melampau akan mengakibatkan pemindahan fabrik ke atas baju or seluar. hoiiiiiiiii....tukar iron please. Buat malu je Hotel dan bagus da, iron pula ke laut.


Tempat makan dia ok la, x besar x kecik. Kuah Dhal untuk roti canai dia sedap. teh kpi milo pakai mesin. Aku paling suka yang ni selepas stay kat Grand Lexis aritu hahahhaha. Makanan tak banyak pilihan tapi memadai untuk mencapai 300 kcal untuk sarapan malah seperti rutin biasa akan sentiasa melebihi sarananan pengambilan makanan hahhaha =)

Akan ke sini lagi...??

InsyaAllah.....sebab:
1) Lokasi walking distance dengan Berjaya Mega Mall dan East Coast Mall
2) Kedai makan banyak dis ekitar hotel
3) Breakfast
4) Keselesaan menginap
5) Kalau dia tukar iron dia...!!!!!!!!!!!!!! hahahhhahaha

No comments: