Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 15, 2016

Kembali Berkuliah di UKM


Hari yang ditunggu - tunggu telah tiba. 
5 September 2016
Satu pembuka bicara, penuh pengisian persada ilmu dan insyaAllah diakhiri dengan satu kejayaan bererti dan prestij tersendiri.

Sedarku dari lamunan, membuat minda berbicara lalu, dikala pokok baru memutik menandakan akan adanya bunga indah.

Aku bertolak balik dari semenanjung pukul 12 tenghari, delayed seperti biasa. Pukul 4 sampai KLIA2, ambil bas ke KL Sentral, naik train ke UKM Bangi. Lama sangat rasanya aku tak naik public transport hihii.

Awal pagi aku ke Chanselori UKM, bayar yuran pengajian RM3015.00 fuhhhhh. Sekelip mata habis hahahhaa.


Dari Chanselori aku ke Masjid UKM, lama beno eh aku tak ke sini. Jumpa ajlaa, terus g Dewan Gemilang untuk registration. Terasa macam nak daftar masa 1st year 14 tahun yang lalu ( ye kot...malas nk kira)  hahahaha.

Menjejakkan kaki ke Dewan Gemilang buat aku rasa seksi sangat hahahaha. Rasa macam kelako pon ada hihiiii

Masuk masuk je, tengok barisan...umakaihhh....baguihhh pergi makan dulu kat KTHO hahahah.

Elok aku baris, sempat aku pass medical checkup + x ray aku kat shirin, ada orang suruh duduk kat kerusi.

Abam nuzul...gigih mendaftar walau bertongkat satu. Ukenduit bro.

Yang aku panas, dahla suruh duduk kat kerusi tuh, boleh pulak dieorg suruh beratur ikut brisan kerusi. Its not fair. Chewahhh...sapa datang lambat, tapi dok depan, dia la yang duluan. Pastu yg sebelah kanan je gerak, aku pulak sebelah kiri
Mulala aku memanas kikiikiiiii.
Lama-lama sampai jugakla turn aku.

Register bagi surat tawaran, ambil kad matrik UKM

Ajak nuzul n da gang makan kat shell kikikiiii

Siap siap makan, aku pon siap siap gerak ke UKM Kampus Kuala Lumpur.

Perghhhh kenangan terindah la bila aku tahu kantin UKM KKL tu bekas kantin KTSN. Teh tarik satuuuuu. Sekali neng tu ingat lagi aku. Abg faizul juga hahahaha. Nama aku lupa kot kan.

Memang sungguh memberangsangkan teh ais tersebut haahhaha.


Tunggu sampai pukul 3, ada taklimat fakulti dari penolong pendaftar.

Dapat juga jadual waktu subjek wajib ambil. Biostat. Kesukaan aku hahahaha.


Dapat juga homework untuk kelas English. Muhahahahaha.


Semoga apa yang aku lakukan ini baik untuk aku, baik untuk keluargaku dan baik juga untuk semua.

Akanku berabis demi satu MHSc. (Biasanya MSc kan, ini kali rare laaaa hihiiii)

1 comment:

AjlaA said...

Moga dipermudahkan urusan kita dan grad bersama MHSc in shaa Allah. Tahniah amjad dpt adik. Thanks abg nan belanja. Isnin jgn lupa kelas biostat pkl 9-4 hahaha