Pergi Bersama Baby (Setahun 7 bulan)
Cari baby carrier front facing : Kami beli brand Anakku. Siap ada Hipseat. Sedap baby nak duduk, kalau yang biasa tu, tergantung sangat. sakit ball & nonet baby kalau lama-lama. Kami beli kat butik Anakku. Macam RM199 dapat diskaun 10%. Sekali usha dalam Lazada, RM130 je. ciskek betul laaaa. hahha..=)
Harnes tangan: Kami beli jugak ni tapi KA tak suka pakai. Alahaiiiii. Yang ni beli kat Lazada.
Diapers: Ikut baby macam mana.Kami bawa 1 1/2 bungkus Drypers. Kalau nak bawa sebungkus pon takpa. Boleh beli kat Bin Dawood. Banyak jenis kat situ. Dalam flight bawa sikit, kalau tak cukup takpa, boleh mintak kat Stewardess. Tapi keras ooooo hihiih.
Susu: KA still breastfeeding + bottle feeding. Kami bawa 900g Dutch Lady. Cukup. hhihiih. Kalau tak cukup boleh beli kat Bin Dawood. Cuma masa di Madinah dan Mekah, KA minat minum fresh milk. SAR1 je kat Bin Dawood. Recommended. bancuh susu dengan Air Zam Zam ye semua =)
Stroller: Tak payah kot sebabnya kalau di Masjidil Haram, memang tak boleh bawa masuk langsung. Memang tersadai kat pintu masuk. Untung nasib wujud lagi, untung nasib hilang hahhaa. Kalau kat madinah, boleh bawa masuk kat dataran Masjid Nabawi. So ok la. Kalau aku, solat je kat dataran =)
Ubat-Ubatan: Sila bawa...!!!
Bassinet in Flight: Masa tengah-tengah nak check in, jumpa mutawwif minta seat yang boleh letak bassinet kat dinding depannya tu hahaha. So, takla penat nak mendukung meriba baby. Kalau tak minta tak dapat ye.
Ibadah
Masuk Mekah dahulu: Ini ialah pendapat aku d mana, jika masuk Mekah dahulu, selesai umrah alhamdulillah...masa kat Madinah nanti kalau apa-apa terjadi macam contoh kesihatan yang kurang baik, at least ok la jugak hihihii. Perjalanan ke Mekah dari Madinah lama ye. Penat duduk dalam bas. Penat badan. Sampai Mekah, nak selesaikan umrah. Badan dah lemah. So, kureng sikit la bagi aku hihihi. Next time insyaAllah jika dijemput lagi, nak try masuk Mekah dulu hihihi =)
Masjid Nabawi: datang awal, rebut saf depan-depan. tapi aku dok kat dataran je sebab bawa baby =)
Raudhah menjadi impian semua kan. Pergi time tengah malam. Siang siang ramai betul. Boleh je, tapi nanti timbul sifat jahat tu. Mula la siku naik la, tolak orang la.Berdosa beb.
Masjidil Haram: Masa tawaf dan saie sabar ya, orang bertolak tolak tu biasa. Jemaah dari indonesia baca doa kuat-kuat, zikir kuat-kuat. Agak mengganggu. Tapi cuba abaikan. Fokus dengan ibadat. Terkadang aku terlupa apa yang aku baca dek dengar suara diaorg tu hihihihiii. Tapi takpa, itukan pengalaman.
Pelbagaikan tempat solat: Baru boleh rasa dari setiap sudut hihihihi...=) macam aku tetiba aku terperasan yang aku solat kat area jenazah. Nampak Imam naik dari Mataf ke atas tempat aku solat dan solat kat tempat tu. Alhamdulillah, nampak imam aku masa tu hihihihi. Pernah juga solat kat tempat saie. tapi ada datu port baik punya. Aku ngan H suka solat kat bahagian bawah searas kaabah. Keluar kat kawasan sisi maqam Nabi Ibrahim. terus masuk kat bawah bangunan, terus je, nanti akan nampak ada ramp ke tingkat atas menuju Bukit Safa. Ok, terus je, Nampak ada port solat. Bukan apa, senang nak ambil wuduk, ada tempat ambil wuduk kat situ beb. Rare...!!! Xyah keluar jauh jauh.
Umrah untuk Baby: Sebetulnya baby masih tidak layak untuk mengerjakan umrah. Tapi kalau kita nak buat takdahal. Sama juga, jaga pantang larang. Tapi kau, aku tak buat. Namun, tawaf tu aku niatkan sunat untuk dia. Kalau kita kendong selesaikan 7 pusingan tawaf untuk diri sendiri dan seterusnya 7 pusingan untuk baby. Berbeza kalau tolak dengan wheelchair, orang tolak dapat 7, yang atas wheelchair pon 7 pusingan juga. Make sure, sebelum tawaf, bersihkan baby dari segala kekotoran. Aku mengambil pegangan sepertimana Ayahaji terang kepada aku. Yakin, Allah itu satu dan Allah menerima ibadah kita insyaAllah sebab itu bukan yang boleh kita kawal beb. Saie takdahal sebab saie tak perlu ada wuduk. Tawaf untuk yang naik wheelchair macam mak aku masuk ikut pintu yang ada tanda wheelchair just nice nak sampai dataran Masjidilharam yang sebelah luar.
Saie: Saie ada 3 tingkat. try la rasa tiga-tiga. Aku tak sempat nak rasa yang tingkat atas sekali. Ok kalau nak ke toilet, bila buat saie adalah paling sesuai hahahha. Dekat je. Masa nak tahalul akan ada orang approach nak gunting, ampa amek ampa bayaq la upahnya. Aku memang bawak sedia. Aku suka solat kat tempat saie ni. Tenang je. hihiihihi.
Waqaf Quran: Dua dua masjid ni guna Quran khas. Masa nak masuk masjid kalau ada yang jual Quran sambil cakap Waqaf Waqaf tu, boleh je beli tapi kalau korang letak kat masjid, x lama, Akan diasingkan oleh pekerja masjid. So, minta tolong muttawif beli kat tempat yang betul. Baru berkekalan pahalanya. Takdala simpan dalam stor.
Waqaf Kerusi: Haa, yang ni cara. Beli pastu bawa then tinggal kat masjid hihii..=) (gantung kat tempat properly)
Bagi orang makan: Allahuakbar, Alhamdulillah diberikan teman hidup yang berhati mulia. H beli makanan semasa on da way nak g masjid then siap siap solat, H akan bukak dan bagi orang lain ambil dan makan. Idea lain ialah, kome beli tamar, bawa kat tempat saie, ambil kerusi buat alas plastik tamar tu, cari port dekat tempat air zam zam, saambil cakap tamat tamar, halal. Haaa, menderu orang datamg ambil, pahala dapat, seronok pon dapat. Jangan malu..!!! aku maluuu huhuhuhu. kena buang sikap tu. Besar pahala bagi orang lain makan tau.
Air Zam Zam: Masuk je Masjid Nabawi & Masjidil Haram, jangan lupa minum air zam zam. banyak khasiat di dalamnya =) Bawa botol selalu. Boleh bawa balik hotel, minum masa diperjalanan balik.
Exit: Make sure ingat pintu masuk sebab nanti senang nak keluar. Tapi kami ingat satu je Ajyad Gate kat Masjidil Haram, Gate 15 kat Masjid Nabawi hihhihihi =)
Selipar: Selipar hilang adalah biasa. Sebenarnya bukan hilang tapi ampa letak selipar tak senonoh. So pekerja masjid akan letak kat tempat Lost & Found kat bawah tangga hahhahaaha. Tapi aku cari tak jumpa jugakkkkkk. Beli la juga selipar. Ok, selipar hilang relaks tau, niat waqaf. selagi orang tu pakai, kita dapat pahala. Selipar hilang jangan kelam kabut beli kat kedai tepi jalan tu, pergi beli kat kedai 2 Riyal hahaha. benda sama harga berbeza hihihihii. Selipar laki tau, selipar pompuan takdak, kena beli mahal jugakla...H beli SAR20 kot. Cokiak je aku tengok hihiihihi
Shopping
Pakaian: Toksah gigih sangat nak ngangkut baju berbondon bondon. Kalau ku tahu, memang aku tak bawak banyak sangat hahaha. Jubah di jual kat tepi jalan SAR15 yer...diulang lagi sekali SAR15. Aku beli jubah kat Mydin pon paling murah aku dapat RM39.90. tu pon kurta hahaha. Ok noted. Lepas ni beli je kat tepi jalan. Kalau beli kat kedai mahal oooooo. Kalau kat tepi jalan tu HARAMMMM...datang enforcement officer, mencicit dieorg larik hahhha =)
Kopiah: Kalau kat tepi jalan boleh dapat SAR1 yang lubang-lubang tu hihihi. Kalau yang keras boleh dapat SAR10. Kalau yang tinggi tinggi macam ala ala pakistan tu SAR15. Teringin aku nak beli yang tinggi tu, tapi takda yang ngam kat kepala aku ni. Kalau kat Madinah boleh cari kat bazaar kanopi putih kat pintu muzium nama nama ALLAH. Kalau masuk masjid nabawi dan menghala ke kiblat. Arahnya sebelah kanan. Boleh runding.
Kurma: Boleh beli kat madinah di Pasar Tamar. Masuk ikut pintu 15, straight sampai keluar masjid Nabawi, arah kanan sikit. terus dari jauh boleh nampak pasar nya. Boleh tanya orang lalu lalang. Tanya Souq Tamar..?? nanti dieorg tunjuk. Tapi aku beli kat bazaar kanopi putih. Harga sama dengan Souq Tamar. Satu kedai kot. Boleh cakap melayu. banyak boleh kurang.
Kacang dan Kekacang: Aku beli kat luar Muzium Haramain masa ke Masjid Hudaibiyah. Sekilo SAR50. Lebih jangan beli la kot. Aku rasa dah malah sebab lebih harga tu. Kalau jumpa kat kedai bawah SAR50. Sambar je hihiihi
Mainan: Layan kat kedai 2 Riyal je hihihi.
Survenior: Beli kat tepi tepi jalan je.
1 comment:
Good sharing abg senan
Post a Comment