Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 28, 2014

Hari ini Hari Ahad 28 September 2014

Pagi ahad yang pelik.

Usai solat subuh aku tidur di hadapan tv beralaskan karpet bertilamkan lantai jubin.

Mungkin aku belum lagi recover dari sakit belakang yang panjang. Selepas drive dari KK sehingga 13km lagi ke sempadan Kuala Lurah, Brunei. Sambung all out menganjurkan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah Kota Belud 2014, terus ke Kudat untuk Poster Presentation untuk Kolokium Kesihatan Awam Kali Ke-9 dan aku hanya membenarkan badan aku rehat selama 2 hari yakni hari ini dan semalam sebelum menghadiri kursus Demontrasi Masakan di UMS esok dan lusa. 1hb ni aku balik kampung untuk rehat kosongkan minda tenangkan jiwa insyaAllah.

H: Awak, jom kita makan
Aku: Jom jommmm (bangun tidur)
H: jom makan luar nak makan tosai
Aku: owhhh..jom jom.
(pinggang dan vertebra masih lagi sengal-sengal)

Aku pon siap-siap mandi manda dan solat sunat dhuha. Usaha untuk membuka rezeki

Kami berdua ke kereta dan aku pon memandu. Tetiba selera H bertukar menjadi lebih hebat. Nak makan mee kolok. Oh maiiiiiiiiiiii. Mana nak cari hahaha...Mujur di area rumah aku ada kedai orang sarawak. Eh2 bukan, H tak nak makan mee kolok tapi dia nak makan Ngau Chap hihiiiii. Sila sebut nama makanan pula H ni kann hahhhaa.

Ngau Chap ini adalah makanan yang pertama kalinya aku makan di Keningau. Ngau Chap ini sangat terkenal dan macam berasal dari Keningau. Betul ke tak, aku x tahu sebab kalau sembang-sembang dengan kawan. Asal ngau chap mesti keningau, asal cakap pasai keningau mesti sebut pasal ngau chap hihiiiii.

Di Kota Kinabalu ada sati kedai makan yang specialtynya ialah Ngau Chap. Terletak di kawasan OUM Kota Kinabalu.

Nur Sakira Cafe Keningau Ngau Chap

ya ianya HALAL


Board Menu Keningau Ngau Chap


H order Kon Lao Men Ngau Chap ataupon sebutan laju-lajunya ialah konomen ngau chap hahahaha...patutla H nak makan mee kolok, mee nya pon macam mee kolok hahhaha. Ok, H x tersilap rupanya hihiiii.


Ngau Chap Special aku muhahahhaha...sangat berkolesterol hahahhaa.
Ngau Chap ni bagi aku sedap sebab sup nya sangat rasa daging dan dagingnya sangat lembut dan empuk. kalau dapat cili kicap lazat niiii.

Cafe ni waktu operasinya singkat. Sampai pukul 3 petang sahaja.

========================================================================

Selesai makan aku ngan H menuju ke Maybank dan CIMB Kampung Air untuk menyelesaikan segala hutang yang berkaitan dan menjadi rutin biasa untuk aku dan H bila pulang ke kampung. Ikan Bilis Udang Kering di Pasar Besar Kota Kinabalu hihiiii.

sempat jugakla g beli Ulam Raja ngan Pegaga


===================================================================

Alang-alangkan, aku terus ke Centre Point. Seperti selalu aku ke Kaison. H beli spek mata budak2 untuk anak-anak saudara kat kampung nanti hihihi.

Singgah beli Croissant YOYO Cafe yang sedap itu hihiiii


Sebelum itu, aku ngan H ke Proton, Api-Api Centre. Saja nak survey2 kereta tengok Proton Iriz n Suprima. Cool juga tau hihiii.

=================================================================

Selesai semua aku ngan H bergerak ke Parkson Plaza Wawasan. Seperti biasa, AJK Kebajikan yang melantik diri aku sendiri ini menugaskan diri aku untuk membeli hadiah perkahwinan 2 orang rakan sekerja dan hadiah sorang rakan sekerja yang mendapat cahaya mata yang pertama iaitu wan hihiiii.


Seperti biasa, hadiah berdasarkan kutipan.
Supiati dapat Cadar + Induction Cooker
Maggie dapat Iron mahal gila
Wan dapat seat baby nak makan...comel hihiii

Kemudiannya aku ngan H g makan KFC. Lapar sangat sampai rasa nak muntah & pening-pening. Cari barang hadiah sampai lupa nak makan. Not Good...!!! Tak Bagus Begitu....=(
Sian H huhuuuu.


Chicken Chop with Rice yang tak sedap hahhaa

Hidangan tidak sihat kami hahaha...
Harapan agar ada food court di Plaza Wawasan satu hari nanti.

Balik rumah terus rasa nak baring-baring sambil tunggu jam 9

PASTI BERJAYA DI AKADEMI FANTASIA
OOOOOOOOOOOOooooooooooOOOOOOOOOOO

hahahahhahaha................=)

i need rest.



No comments: