Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 6, 2014

Selamat Pengantin Baru Adik Charles 30 Ogos 2014


30 Ogos 2014 yang lalu, aku ngan H menuju ke Keningau untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kawan aku Charles.

Lama sudah aku tidak menjejakkan kaki di bumi Keningau yang mana sempat 3 tahun 6 bulan aku berbakti di sini.

Tidak menjadi kesukaran bagi aku untuk memandu dari Kota Kinabalu ke Keningau melalui Banjaran Crocker Kimanis.

Sampai keningau lebih kurang jam 1.00 petang dan aku & H perhi ke Restoren Rahmat (kedai lama). Layan Nasi Goreng USA dan Soto Ayam.

Selesai melepak sampai pukul 3.30 aku dan H pergi menunaikan solat di Masjid Daerah At Taqwa Keningau. Selama ini aku ingatkan Masjid Daerah yang kat pekan tu hahhahaa.

Malang sekali bagi aku, di sini la aku dapati iPhone aku tidak boleh dicaj. Sedih betul masa tu.

Kecewa pon ada sebab aku sayang betul dengan iPhone tu tau huhuhuhuhuh

4.30 petang aku pergi ke SMK Ken Hwa.

Charles tunggu aku kat luar Dewan Serbaguna hihiiii

Macam biasa, nak masuk kenduri atau majlis kita akan dihidangkan dengan air tapai, dan menjadi tugas biasa juga bagi Charles untuk memaklumkan kepada orang yang jaga aur tapai itu untuk tidak menjamu aku dan H.

Charles sangat memahami dan menghormati aku sebagai muslim. Thanks kawan.









Selesai makan dan majlis potong kek, aku ngan H berangkat pulang ke Kota Kinabalu.

Alhamdulillah selamat sampai =)



No comments: