Awal pagi tadi aku ngan H ke Pasar Sungai Besar.
Satu bangunan yang lengkap untuk barangan makanan di dapur hihi. Dari sumber karbohidrat sehingga lemak, gula, minyak dan garam.
Ada dua senario yang berlaku tadi.
Pertama:
Aku ngan H berhenti di gerai jual ikan keli. Orang Melayu. Timbang menggunakan mesin elektronik yang terus display jumlah harga. Sekilo RM6.00, jadi aku minta 2 kilo. Appear di machine setelah ikan keli di atas timbangan ialah sejumlah RM12.30. Laju je H minta diskaun. '12 ringgit dahla bang'. Brader tu cakap ok. Tapi, dengan gigihnya dia mengeluarkan seekor ikan dan menggantikan ikan tersebut dengan ikan lain. Proses try n error berterusan sampai aku dah mula rasa nak cepok je brader tuh. Kalau x boleh diskaun, ko cakap je la x boleh kan. At last, dapat juga seekor ikan yang mencukupkan ngam2 RM12.00/ 2 kilo.
Kedua:
Setelah adegan berasap kepala angkara ikan keli, aku ke kedai ikan yang menjual udang kertas. Orang cina penjualnya. Bila aku tanya berapa sekilo dia jawab RM6.00. Ok, saya mahu 2 kilo ya. Dalam pada dia isi udang kertas atas penimbang, H minta diskaun. Sudah murah ooo. Okla saya bagi lebih. Sekali dia bagi 2.5kg Terkejut aku..!! Hahhhaha. Semoga murah rezeki ko apek.
Tazkirah:
Orang melayu tu kena faham rezeki tu datang dari Allah. Lagi banyak ko bagi sedekah kat orang lagi murah rezeki ko masuk.
Kenapa aku cakap macam ni...??
Dalam situasi akula kan, sudah pasti tadi adalah pertama dan terakhir kalinya aku datang beli ikan keli dengan ko atas sebab kedekutan ko itu. Tetapi tidak untuk apek tu sebab dia dah berbudi dengan aku, bagi aku extra udang. Sudah pasti aku beli makanan laut dengan dia lagi nanti.
Kepada orang melayu tadi, kalau aku sorang rasa kedekutan ko itu pelik, maka aku sorang la tak pergi kedai ko. Tapiiii kalau 10..?? 100 orang...?? 1000 orang...?? Hmmmm entahla. Janganla pentingkan keuntunan semata, keluarkan sedekah salurkan zakat supaya subur segala rezeki kepada ko yang diberikan oleh Allah nanti. Allah maha pemurah lagi maha penyayang dan mengasihani
Ok, habis sudah bebelan aku hahahahaha.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban.
No comments:
Post a Comment