Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 14, 2014

Underwater World Langkawi, Pulau Langkawi

Setelah berkali-kali aku datang melancong mahupon atas urusan kerja, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di satu tempat yang aku idam-idamkan iaitu Underwater World Langkawi.
Kenapa aku nak sangat pergi sini...?? Sebab aku nak jumpa ngan Fur Seal, African Penguin dan Rockhopper Penguin. Hahahahaaaa... =)

Kehadiran aku di bumi bersejarah masyur nan indah dimana mengalirnya darah suci seorang isteri yang setia bernama mahsuri di tanah sumpahan 7 keturunan penuh cerita di Pulau Langkawi.
Tidak seperti biasa sana sini situ aku pergi. Kali ini tempat yang aku lawati hanya Underwater World Langkawi dan Free Duty Shopping Centre/ Supermarket hihiiiii.

Setelah kajian risikan dilakukan, adalah didapati bahawa harga tiket Underwater World Langkawi berharga RM30.00 dan kalau anda seorang penjawat awam, jangan lepaskan peluang untuk mendapat keistimewaan dengan harga tiket sebanyak RM24.00. Jimat RM6.00. Boleh beli ferero roche 6 biji hahahhahaa. Maklumat harga tiket Underwater World Langkawi boleh klik kat sini.



Ni haa tiket UWW ni. EDEN tu macam syarikat makan minum masa aku kerja kat Putrajaya pula.
EDEN pon macam ada restaurant di KLIA dan KLIA2.

sampai sahaja di kaunter tiket, aku terus tanya kepada akak jual tiket tu masa beri makanan kepada penguin bila. Dia cakap ada pagi ada petang.Tapi kalau pagi dapat tengok penguin sahaja. Ikan dalam Tunnel Tank dengan Fur Seal sesi petang sahaja.

Okay, aku ambil keputusan untuk tunggu sampai tengahari baru aku masuk. Untuk mengisi masa lapang aku ke Cocoa Valley, The Zone dan Warisan Duty Free. Saja tengok-temgok barang. Survey harga. Tapi awal-awal lagi aku dah niat nak beli semua coklat di Haji Ismail Group (HIG) sebab aku tak nak ada pencampuran arak dan rokok semasa membeli coklat.


Ni ha jadual Underwater World Langkawi Feeding Time.


Boring-boring aku jalan-jalan sekitar UWW ini. Depan UWW ada satu kedai nasi campur. Disebabkan perut aku kenyang lagi, tahan air liur je la tangok lauk pauk yang nampak best tapi mungkin agak mahal sebab air teh pon RM2.00. Mungkin kedudukannya terletak di kawasan tumpuan pelancong asing di Pantai Cenang ini.

Cukup masa, lenguh kaki, aku pon masuk la ke dalam UWW ni.


Seksyen binatang pertama yang aku tengok ialah TOKEK atau bahasa universalnya ialah GECKO ataupon nama samarannya cicak beso yang bising gila bunyinya hahaha...=)

Di kawasan TOKEK ni ada juga pameran ikan air tawar. Fresh Water katanya hahahah.


Ni ikan apa ntah, macam ikan Patin Ekor Merah. Kalau tak silap la.

Lepas tu aku masuk dalam kawasan yang ada burung-burung dan akuarium ikan air tawar juga aku rasa sebab ada ikan kelah. (Ikan kelah ikan air tawar ke eh..?? hahahha...tak tahu aku)


Masuk-masuk je jumpa kawan lama Flamingo hahaha. Kecik-kecik dulu pernah la nampak kat Zoo Taiping ngan Zoo KL.

Di pintu keluar kawasan ini aku tertarik dengan Seekor Burung Kakak Tua kot hahaha.

Tiba-tiba dia pekik 'Helllllllllo'

Terussss aku excited

hahahhaha...=)

Aku pon balik-balik cakap Hallllo tapi haram bersambut.

Ciissss kau burung hihiiiii.


Kat depan tempat burung ni ada tempat Memorset. Monyet terkecil di dunia. Mula-mula aku tak perasan. Sekali dia bergerak-bergerak baru ternampak.

Nak snap gambar pecah-pecah la pula. Almaklumla, pakai henpon Octa Core tapi kameranya buat aku rasa Terbako hahahha..=)

Last-last simpan dalam memory kepala otak aku la jawabnya kan.


Gold Arowana. Ini kot ikan kelisa yang mahal seperti diwar-warkan. Maybe. Ini pon pertama kali aku tengok. Style jugak. Actually before this aku ingtakan kalau Gold Arowana tu satu badan dia warna gold emas hahahha. Ke memang ada..?? hmmmm entah....


Dan akhirnya. Fur Seal atau Anjing Laut Berbulu

Ada 2 ekor dalam kawasan dia ni. Bebas bermain. Slide atas tempat rata, terjun kolam naik kolam, buat summer sault dalam air, pusing-pusing badan dan macam-macam lagi.


Masa Feeding Time, ada seorang perempuan masuk ke dalam tempat habitat tiruan Fur Seal ini.

Apa yang boleh aku katakan, kedua-dua ekor Fur Seal ini jinak ya. Manja dengan tuan dia. Perempuan ni masuk pastu suruh 2 ekor Fur Seal ini duduk kat batu pastu lambai-lambai kat penonton. Selesai sahaja diberi makan ikan. Lepas tu sempat juga perempuan tu ambil darah. Mungkin perempaun tersebut adalah doktor haiwan.

Buat aksi lompat-lompat, gosok gigi dan macam-macam lagi. Best wooooooo.

Lepas tu aku ke tempat African Penguin. Perghhhh comel.


Feeding time African Penguin ni macam biasa sahaja. 2 orang lelaki memberi makan suap kepada panguin ini. Cuma aku perasan yang mana ikan yang diberi mesti keras dan lurus. Mungkin kalau lembik dan bengkok penguin tersebut akan tercekik hahhaha.

Selesai itu aku ke tempat Rockhopper Penguin.

Sekali tengok macam dalam cerita MADAGASCAR daaaaa hahahha..=)

Comel juga. Siap ada bulu kening hahahhaha.


Time bagi makan pon boring sebab makan bersuap. Aku senyum je tengok penguin jenis ini, Rockhopper ni berjalan terkedek-kedek dan paling comel bila dia bergerak kehadapan dengan melompat. hahahhaa. Sama macam African Penguin, makan ikan yang keras dan lurus disamping Sotong. Nyum nyum nyummmmmm.


Kemudian aku pergi ke tempat ikan laut dalam.

Sekali aku nampak Spider Crab.

Persis seperti mana aku ngan H, Dayah J dan Sue makan di Seoul, Korea Selatan tahun lepas.

kat Seoul panggilnya, King Crab.


Belut yang beso. Takut ehhh aku tengoknya. First time aku tangok jarak dekat masa aku ke Pulau Mabul. Besoooo. tapi busuk sebab dah mati hihhihiii.


Ikan Tompok Hitam (Sesuka hati je aku bagi nama kannnnnn hahahha)


Ikan biasa kita nampak dalam akuarium. Ikan hiasan la ni kannnn


dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

yang ditunggu-tunggu

Clown Fish ataupon nama komersilnya ialah NEMO

hihiiiii....

Comel betul dia main-main kat rumpai laut tu kannn.


Ini Trigger Fish kot. Kalau masa diving selalu guna sign untuk bagitahu kawan akan kehadiran ikan ini. Tunjuk ala2 pistol.


Ikan dalam Tunnel Tank yang beso betul. Tak tahula berapa tahun umur dia.

Ikan pari rimau pon besau jugak. Takut ehhh aku.

Sempat aku tengok Feeding Time. Kelakar je masa nak bagi ikan pari makan sebab mulut dia kat bawah, mata kat bahagian atas. bergerak-gerak mulut dia nak makan ikan hahaha.


Ikan Shark. Jerung.

Tetiba aku rasa sedih pula baca artikel keratan akhbar ini. Penguin yang menetas di UWW ini rupanhya ada yang di jual ke negara Vietnam.


Seekor di jual 30 000 yer. 28 ekor...??

mak aihhhhhh RM 840 000


Okay, aku memang ada perancangan hendak ke Hanoi, Vietnam.

Ada rezeki aku nak p tengok la penguin-penguin yang telah dijual ini.


Alhamdulillah, hajat aku nak ke sini telah tercapai cumanya tanpa H di sisi. InsyAllah akan aku datang kembali ke sini bersama H dan anak-anak satu hari nanti. Aminnnnn.

Di dalam UWW ni ada Cafe Eden. Jangan risau. Kalau lapar dan haus boleh singgah makan hihihii.

No comments: