Alhamdulillah aku telah sampai dan mendarat dengan hensenmya di KLIA setelah berkelana ke bumi Turki yang penuh dengan cerita dan sejarah.
Teringat pula Cikgu Aziz, Cikgu sejarah aku masa di sekolah dulu. Sangat suka bercerita tentang keagungan sejarah silam keunggulan emapayar Islam di Kota Konstatinopel sambil kedua-dua belah tangan bergerak masing-masing di sebelah telinga beliau hahhahaa..=)
Disebabkan kamera sony pink kesayangan aku telah hilang semasa check in di KLIA semasa menaiki Malindo Air (pihak Malindo Air tidak mahu bertanggung jawab yer huhuhu), perjalanan ke Turki perlu diabadikan ke dalam sebuah memory card dengan bantuan senuah alat bernama kamera hihi.
Disebabkan nak berjimat aku nak beli compact camera je, murah dan asal ada gambar. Tapi H cakap beli DSLR terus sebab lepas ni nak jalan-jalan lagi. Kena ada gambar-gambar yang cantik-cantik. hihiiii. Tapi aku punya intention beli DSLR ni nak merakamkan detik kelahiran baby kami insyaAllah pada 5 Mei 2015. =)
Jadinya semasa pulang ke KL sebelum berangkat ke Istanbul, aku, mak dan obi ke Sogo dengan niat utama untuk beli winter attire untuk mak. Selepas selesai aku berseorangan ke Pertama Complex untuk survey-survey harga DSLR. Seperti entry yang lepas aku berminat kepada 2 model sahaja iaitu Canon EOS 700D dengan Nikon D5300.
Singgah kedai Selangor Photo yang boleh masuk dari kedai mamak tepi tu. Uncle tu layan aku dengan bagus sekali hahaha...dia tanya aku bajet berapa aku cakap la bajet aku yang sebenar yakni RM2000. Lantas dia menyarankan aku Canon EOS 1200D yang berharga RM1299. Memang tak masuk list jadi terus aku tanya 2 model yang aku minat tu.
Uncle buka harga 700D Kit RM2250, aku minta kurang. dia macam tak bagi. bila aku cakap nak bayar cash tetiba dia buka buku tulis sekolah tu. Rupa-rupanya harga cash dan harga yang dipaparkan berlaianan ya. Jadinya bila nak beli DSLR kena cakap Saya Nak Beli Cash kekkkeke...=)
Bila aku tanya D5300 uncle tu cakap dia tak boleh bagi harga dalam range aku. kekekeke....senyum je la aku sebab bila aku survey-survey kat KK memang harga Nikon D5300 ni lain macam sikit.
Setelah berbargain dengan muka toya dan kesian, Uncle bagi aku harga RM1950 paling last dia bagi aku. Terus aku buka mudah tengok harga EOS 700D. Ermmm paling murah ada orang jual RM1899 so bila fikir-fikir balik kira ok la harga tu sebab dengan keadaan masa yang singkat dan tak tahu mana mall yang mamat tu jual DSLR. So pejam mata ikhlaskan hati (tak ikhlas pon sebab mahal hahahha) aku pon belila kamera tu dengan harga RM2000 dengan tambah RM50 untuk Lens Filter dengan Screen Protector sebab Touch Screen kan.
Mak ngan obi pelik sebab bukan aku hahaha. Tak pergi survey kedai lain pon kan hahaha.
Jadinya setelah 2 minggu memilik kamera ini aku merasakan main DSLR ni adalah best dan menarik. Kalau aku tahu, dah lama dah aku main kamera hahahha..=)
Gambar pertama yang diambil menggunakan kamera aku yang hensem macam tuan dia hihiii..=)
Semogo jodoh kita berpanjangan yer brader hihiiii...=)
No comments:
Post a Comment