Bulan Julai lepas aku dan H ke Suria Sabah, saja nak tengok-tengok pameran MATTA Fair.
Hajat nak ambil itinerary untuk kami berdua jalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Hajat nak p cari pakej umrah. Sekali semua pangkal Rm7k untuk 4pax. Kalau bilik double untuk dua orang boleh cecah RM8k. Gluppp..hihiiiii.=)
Tingggggg......=)
Jom g Istanbul...!!!
hahahaha.....=)
Terus kami g survey pakej ke Istanbul, Turki.
Antara yang kami survey ialah
1) Multiclients Travel Sdn Bhd (088-485337) - 10D - RM7805.00 - AirAsia
2) Tabung Haji Travel & Tours (088-239290) - 7D5N - RM5690.00 - MH
3) Grand Times Tours & Travel (088-254508) - 10D7N - RM5975.00 - MH
4) Hi Ha Holidays Travel & Tours (088-447444) - 10D8N - RM6188
Malam sabtu tu jenuh aku fikir nak ambil pakej yang mana.
Tetiba syukur alhamdulillah dapat ilham untuk tengok homepage Andalusia.
Bila aku buka homepage tersebut aku dapati sebut harganya ialah RM5098/pax untuk 12D9N.
Ok, aku rasa macam murah je Pakej dari Andalusia Holidays ni kan.
Esoknya aku cuba call no telefon pada homepage. Tidak bersambut. aku nampak ada no tel bimbit. Yes, alhamdulillah ada orang sambut dan aku telah berbual dengan Pn Ida.
Pn Ida check harga dan rupanya harga terbaru ialah RM5298/pax. Ok, masih murah dari pakej Matta Fair yang aku pergi tu kan.
Setelah penerangan yang telah diberikan oleh Pn Ida,
Pn Ida meminta staffnya untuk email kepada aku details dan map turki seperti di bawah. hihiiiii. Sempoi kannn...=)
InsyaAllah....Muslim tours kannn...Kebajikan terjaga hendaknya...=)
Jadi aku berhubung dengan Cik Nor untuk proses pendaftaran dan membayar deposit sebanyak RM500/pax ke dalam akaun CIMB Islamic atas nama Andalusia
InsyaAllah selamat pergi selamat kembali.
GO TURKEY
EKSPLORASI TURKI 2014
Turkish Airlines (DIRECT FLIGHT)
-12 HARI 09 MALAM-
14 DEC – 25 DEC
~ Istanbul – Bursa – Canakkale - Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia - Ankara – Bolu – Istanbul ~
Harga seperti di bawah :-
Harga Dewasa/ Warga Emas : RM 5,298/pax
Harga Kanak-Kanak BERKATIL Umur: 06 - 12 Tahun : RM 5,098/pax
Harga Kanak-Kanak TANPA KATIL Umur: 03 – 05 Tahun : RM 4,998/pax
Infant Bawah 02 Tahun : RM 1,500/pax
Jadual Penerbangan mengikut tarikh di atas:-
SEKTOR - KUL / IST - IST / KUL
NO FLIGHT - TK 61 - TK 60
MASA BERLEPAS (ETD) - 2315 - 0055
MASA TIBA (ETA) - 0535+1 - 1650
Nota:
Harga Pakej ALL IN ~ Tertakluk kepada perubahan kenaikan caj bahan api @ fuel surcharge dari masa ke semasa
Sekiranya travel seorang TANPA PASANGAN tambahan RM 600 seorang untuk bilik Single.
Jika kanak-kanak sebilik dengan 01 orang dewasa sahaja – TIADA DISKAUN diberikan. Harga Pakej sama dengan
Harga Dewasa.
Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (Triple Room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik
hanya tilam tambahan yang di sediakan sama ada 02 Single Bed + 01 tilam tambahan @ 01 Double Bed + 01 tilam
tambahan.
Jenis Bilik yang di sediakan:-
Double @ Twin : 02 orang dewasa sebilik @ 02 orang dewasa + 01 kanak – kanak tanpa katil
Triple : 03 orang dewasa sebilik @ 02 orang dewasa + 01 kanak-kanak berkatil @
02 orang dewasa + 01 kanak-kanak berkatil
Harga Pakej di atas termasuk:-
Tiket penerbangan pergi & balik KUL/IST – IST/KUL dengan penerbangan Turkish Airlines
Penginapan di Istanbul,Bursa,Canakkale,Kusadasi,Pamukkale,Cappadocia & Bolu
Cukai Lapangan & Fuel Surcharge / Caj Bahan Api
Sarapan Pagi di Hotel
Makan Tengahari & Makan Malam
Tip untuk Pemandu Pelancong
Insuran Perjalanan – Klasik Plan
Tiket Masuk untuk semua tempat lawatan
Harga Pakej tidak termasuk:-
Optional Tour Bosporus Cruise – USD 60 seorang
Optional Tour Hot Balloon di Cappadocia – USD 200 seorang
Nota Tambahan:-
1. Minuman paket 3 In 1, 2 In 1, Kopi @ Teh boleh di bawa beserta cerek elektrik kecil untuk menyediakan air panas di hotel. Kerana beberapa Hotel di Turki tidak menyediakan cerek elektrik kecil. Sekiranya anda peminum air panas pada waktu malam digalakan membawa cerek elektrik kecil.
2. Di galakkan membawa makanan ringan seperti Maggi,biskut-biskut, roti-roti, & sebagainya untuk mengalas perut. Kerana perjalanan dari 1 destinasi ke 1 destinasi agak jauh.
3. Di galakkan juga membawa cili sos @ kicap kerana di Turki cili sos tidak seperti di Malaysia. Cili sos mereka Cili Serbok.
4. Optional Tour TIDAK Termasuk di dalam pakej dan di tanggung oleh anda sendiri.
5. Di galakkan membawa Sejadah & Kompas Kiblat untuk memudahkan pencarian kiblat ketika di hotel, kerana sesetengah hotel tidak menyediakan kemudahan petunjuk arah kiblat.
No comments:
Post a Comment