Selepas kami menginap semalam di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri kami menginap di Kenyalang Miri Homestay & Guesthouse di Jalan Piasau 3D. Sangat dekat dengan Pasar Malam Seberkas dan Taman Bulatan.
Alkisahnya masa merancang ke Miri aku telah menempah satu homestay, tiba-tiba dibatalkan kerana pemilik mahu bercuti dan tiada siapa yang boleh urus kemasukan kami. Aku pon mencari homestay yang lain. Ok, aku dapat di Pantai Bungai, Rashidah Homestay. Perkara yang sama berlaku dibatalkan booking aku kerana pemilik homestay tersebut ingin menggunakan homestay tersebut kerana ada perkahwinan saudara mara beliau. Ok, aku pasrah. Ermmm duduk hotel la nampaknya huhuuuuu. Tetiba tingggggggg. Buka mudah.my la. Ok aku jumpa iklan seperti di bawah
RM250 semalam. Agak mahal sebab kedua-dua homestay yang telah aku booking berharga RM150/malam.
Dah jadi macam ni. Aku sambar je sebab kebetulan homestay ini baru sahaja ada orang cancel booking.
Rezeki namanya.
Ok deal. RM250 telah aku masukkan ke dalam akaun Maybank Puan Masniah Suhailie.
Homestay ini sesuai untuk didiami bagi satu rombongan yang ramai. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Master bedroom boleh masuk 4 orang, 2nd & 3rrd boleh masuk 4 orang juga tapi agak sempit la. Semua bilik fully aircond.
Tv dan Astro bersaluran Njoi, DVD Player dan 2 keping DVD, Pengering rambut, Seterika dan alas, Meja makan 2 set, Sofa, Peti sejuk, Mesin basuh, alatan memasak. Owh ya, Both bathroom dan sinki ada ari panas.
Yang uniknya, rumah ni tak pakai Tong Gas untuk memasak. Dia guna gas yang disalurkan melalui hose/paip. Style betul laaaa.
InsyaAllah ada rezeki kalau pergi ramai-ramai memang akan aku pergi Homestay ini lagi.
Pn Masniah Suhailie - 016 8705315
1 comment:
Terima kasih kerana menginap di Homestay kami and thank you for the good comments.
Post a Comment