Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 27, 2014

1st Anniversary

27 Disember 2013 - 27 Disember 2014

Syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang dikurniakan dapatlah kami berdua menjalani hidup berkeluarga walaupon waktu permulaannya agak lambat tatkala umur menjengah 30 tahun hihiii =)


(macam 1st time je aku upload gambar aku kat dalam blog ni hahaha...=D)

Semoga Allah memberkati perkahwinan kami ini dan mendapat limpahan nikmat dan kurnia yang tidak terhingga kepada kami insyaAllah. Semoga baby dalam kandungan H sentiasa sihat dan memiliki keperibadian terpuji, soleh solehah serta mempunyai pemikiran yang bijaksana dan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kami berdua di dunia dan di akhirat samada kami masih hidup ataupon kami telah mati. 5 Mei 2015 dijangkakan akan lahir permata hati kami insyaAllah. Semoga jodoh ini berpanjangan hendaknya. Amin.

Canon EOS 700D - Satu Permulaan Lensa Cerita h2diary

Alhamdulillah aku telah sampai dan mendarat dengan hensenmya di KLIA setelah berkelana ke bumi Turki yang penuh dengan cerita dan sejarah.

Teringat pula Cikgu Aziz, Cikgu sejarah aku masa di sekolah dulu. Sangat suka bercerita tentang keagungan sejarah silam keunggulan emapayar Islam di Kota Konstatinopel sambil kedua-dua belah tangan bergerak masing-masing di sebelah telinga beliau hahhahaa..=)

Disebabkan kamera sony pink kesayangan aku telah hilang semasa check in di KLIA semasa menaiki Malindo Air (pihak Malindo Air tidak mahu bertanggung jawab yer huhuhu), perjalanan ke Turki perlu diabadikan ke dalam sebuah memory card dengan bantuan senuah alat bernama kamera hihi.

Disebabkan nak berjimat aku nak beli compact camera je, murah dan asal ada gambar. Tapi H cakap beli DSLR terus sebab lepas ni nak jalan-jalan lagi. Kena ada gambar-gambar yang cantik-cantik. hihiiii. Tapi aku punya intention beli DSLR ni nak merakamkan detik kelahiran baby kami insyaAllah pada 5 Mei 2015. =)

Jadinya semasa pulang ke KL sebelum berangkat ke Istanbul, aku, mak dan obi ke Sogo dengan niat utama untuk beli winter attire untuk mak. Selepas selesai aku berseorangan ke Pertama Complex untuk survey-survey harga DSLR. Seperti entry yang lepas aku berminat kepada 2 model sahaja iaitu Canon EOS 700D dengan Nikon D5300.

Singgah kedai Selangor Photo yang boleh masuk dari kedai mamak tepi tu. Uncle tu layan aku dengan bagus sekali hahaha...dia tanya aku bajet berapa aku cakap la bajet aku yang sebenar yakni RM2000. Lantas dia menyarankan aku Canon EOS 1200D yang berharga RM1299. Memang tak masuk list jadi terus aku tanya 2 model yang aku minat tu. 

Uncle buka harga 700D Kit RM2250, aku minta kurang. dia macam tak bagi. bila aku cakap nak bayar cash tetiba dia buka buku tulis sekolah tu. Rupa-rupanya harga cash dan harga yang dipaparkan berlaianan ya. Jadinya bila nak beli DSLR kena cakap Saya Nak Beli Cash kekkkeke...=)

Bila aku tanya D5300 uncle tu cakap dia tak boleh bagi harga dalam range aku. kekekeke....senyum je la aku sebab bila aku survey-survey kat KK memang harga Nikon D5300 ni lain macam sikit.

Setelah berbargain dengan muka toya dan kesian, Uncle bagi aku harga RM1950 paling last dia bagi aku. Terus aku buka mudah tengok harga EOS 700D. Ermmm paling murah ada orang jual RM1899 so bila fikir-fikir balik kira ok la harga tu sebab dengan keadaan masa yang singkat dan tak tahu mana mall yang mamat tu jual DSLR. So pejam mata ikhlaskan hati (tak ikhlas pon sebab mahal hahahha) aku pon belila kamera tu dengan harga RM2000 dengan tambah RM50 untuk Lens Filter dengan Screen Protector sebab Touch Screen kan.

Mak ngan obi pelik sebab bukan aku hahaha. Tak pergi survey kedai lain pon kan hahaha.

Jadinya setelah 2 minggu memilik kamera ini aku merasakan main DSLR ni adalah best dan menarik.  Kalau aku tahu, dah lama dah aku main kamera hahahha..=)


Gambar pertama yang diambil menggunakan kamera aku yang hensem macam tuan dia hihiii..=)






Semogo jodoh kita berpanjangan yer brader hihiiii...=)

Sunday, December 14, 2014

Istanbul Aku Datang 14 - 25 December 2014







Saturday, December 13, 2014

Ekplorasi Turki Bersama Andalusia Holidays

Bulan Julai lepas aku dan H ke Suria Sabah, saja nak tengok-tengok pameran MATTA Fair.

Hajat nak ambil itinerary untuk kami berdua jalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Hajat nak p cari pakej umrah. Sekali semua pangkal Rm7k untuk 4pax. Kalau bilik double untuk dua orang boleh cecah RM8k. Gluppp..hihiiiii.=)

Tingggggg......=)

Jom g Istanbul...!!!

hahahaha.....=)

Terus kami g survey pakej ke Istanbul, Turki.

Antara yang kami survey ialah

1) Multiclients Travel Sdn Bhd (088-485337) - 10D - RM7805.00 - AirAsia
2) Tabung Haji Travel & Tours (088-239290) - 7D5N - RM5690.00 - MH
3) Grand Times Tours & Travel (088-254508) - 10D7N - RM5975.00 - MH
4) Hi Ha Holidays Travel & Tours (088-447444) - 10D8N - RM6188 

Malam sabtu tu jenuh aku fikir nak ambil pakej yang mana.

Tetiba syukur alhamdulillah dapat ilham untuk tengok homepage Andalusia.

Bila aku buka homepage tersebut aku dapati sebut harganya ialah RM5098/pax untuk 12D9N.

Ok, aku rasa macam murah je Pakej dari Andalusia Holidays ni kan.

Esoknya aku cuba call no telefon pada homepage. Tidak bersambut. aku nampak ada no tel bimbit. Yes, alhamdulillah ada orang sambut dan aku telah berbual dengan Pn Ida.

Pn Ida check harga dan rupanya harga terbaru ialah RM5298/pax. Ok, masih murah dari pakej Matta Fair yang aku pergi tu kan.

Setelah penerangan yang telah diberikan oleh Pn Ida,

Pn Ida meminta staffnya untuk email kepada aku details dan map turki seperti di bawah. hihiiiii. Sempoi kannn...=)

InsyaAllah....Muslim tours kannn...Kebajikan terjaga hendaknya...=)

Jadi aku berhubung dengan Cik Nor untuk proses pendaftaran dan membayar deposit sebanyak RM500/pax ke dalam akaun CIMB Islamic atas nama Andalusia

InsyaAllah selamat pergi selamat kembali.

GO TURKEY



EKSPLORASI TURKI 2014
Turkish Airlines (DIRECT FLIGHT)
-12 HARI 09 MALAM-
14 DEC – 25 DEC

~ Istanbul – Bursa – Canakkale - Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia - Ankara – Bolu – Istanbul ~

Harga seperti di bawah :-
Harga Dewasa/ Warga Emas : RM 5,298/pax 
Harga Kanak-Kanak BERKATIL Umur: 06 - 12 Tahun : RM 5,098/pax 
Harga Kanak-Kanak TANPA KATIL Umur: 03 – 05 Tahun : RM 4,998/pax 
Infant Bawah 02 Tahun : RM 1,500/pax

Jadual Penerbangan mengikut tarikh di atas:-

SEKTOR       - KUL / IST - IST / KUL
NO FLIGHT - TK 61 -  TK 60
MASA BERLEPAS (ETD) - 2315 -  0055
MASA TIBA (ETA) -  0535+1 -  1650
  

Nota:

 Harga Pakej ALL IN ~ Tertakluk kepada perubahan kenaikan caj bahan api @ fuel surcharge dari masa ke semasa
 Sekiranya travel seorang TANPA PASANGAN tambahan RM 600 seorang untuk bilik Single.
 Jika kanak-kanak sebilik dengan 01 orang dewasa sahaja – TIADA DISKAUN diberikan. Harga Pakej sama dengan
Harga Dewasa.
 Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (Triple Room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik
hanya tilam tambahan yang di sediakan sama ada 02 Single Bed + 01 tilam tambahan @ 01 Double Bed + 01 tilam
tambahan.
 Jenis Bilik yang di sediakan:-
Double @ Twin : 02 orang dewasa sebilik @ 02 orang dewasa + 01 kanak – kanak tanpa katil
Triple : 03 orang dewasa sebilik @ 02 orang dewasa + 01 kanak-kanak berkatil @
02 orang dewasa + 01 kanak-kanak berkatil

Harga Pakej di atas termasuk:-
 Tiket penerbangan pergi & balik KUL/IST – IST/KUL dengan penerbangan Turkish Airlines
 Penginapan di Istanbul,Bursa,Canakkale,Kusadasi,Pamukkale,Cappadocia & Bolu
 Cukai Lapangan & Fuel Surcharge / Caj Bahan Api
 Sarapan Pagi di Hotel
 Makan Tengahari & Makan Malam
 Tip untuk Pemandu Pelancong
 Insuran Perjalanan – Klasik Plan
 Tiket Masuk untuk semua tempat lawatan

Harga Pakej tidak termasuk:-
 Optional Tour Bosporus Cruise – USD 60 seorang
 Optional Tour Hot Balloon di Cappadocia – USD 200 seorang

Nota Tambahan:-
1. Minuman paket 3 In 1, 2 In 1, Kopi @ Teh boleh di bawa beserta cerek elektrik kecil untuk menyediakan air panas di hotel. Kerana beberapa Hotel di Turki tidak menyediakan cerek elektrik kecil. Sekiranya anda peminum air panas pada waktu malam digalakan membawa cerek elektrik kecil.
2. Di galakkan membawa makanan ringan seperti Maggi,biskut-biskut, roti-roti, & sebagainya untuk mengalas perut. Kerana perjalanan dari 1 destinasi ke 1 destinasi agak jauh.
3. Di galakkan juga membawa cili sos @ kicap kerana di Turki cili sos tidak seperti di Malaysia. Cili sos mereka Cili Serbok.
4. Optional Tour TIDAK Termasuk di dalam pakej dan di tanggung oleh anda sendiri.
5. Di galakkan membawa Sejadah & Kompas Kiblat untuk memudahkan pencarian kiblat ketika di hotel, kerana sesetengah hotel tidak menyediakan kemudahan petunjuk arah kiblat.

Kembara Troy Bermula

Buku Biru jangan lupa bawa,
Buku Merah jangan pula lupa
Dua-dua perlu diguna
Baru boleh keluar Sabah dan Malaysia

=)

Friday, December 5, 2014

Buy One Free One at Starbucks City Mall, Kota Kinabalu

Yihaaaaaaa

Terbaca kat facebook Starbucks Malaysia yang mereka buat promosi beli 1 percuma 1 untuk Franch Vanilla dan Tiramisu Frapuchino.

Lepas main futsal kat BSA Kolombong terus aku singgah hihiiii

Promosi ini dari pukul 5.00pm hingga 12.00am.

Extreme Shopping hahahhaa. (Macam dalam cerita kat channel TLC) hihiiiiii.

Jimat RM15.00 hihiiii.

Ok balik umah. H dah tidur la tu. Esok dia ada kerja.

Thursday, December 4, 2014

AKTIF

Inila cerita seorang bakal bapa ingin menemani bakal ibu untuk pemeriksaan kandungan.

Apabila bakal ibu mencari rezeki di sebuah klinik kesihatan, maka dengan itu, tarikh, waktu dan masa juga mengikut sesuka hati bakal ibu.

Bakal ibu buat pemeriksaan semalam dan memceritakan bakal bapa yang semasa scan dijalankan bakal ibu dapat melihat bayi dalam kandungan yakni fetus sedang bergerak aktif dan mengerakkan tangan kanan dan kiri sehingga bakal ibu pon perasan keadaan tersebut pada skrin scanner. Seronok..=)

Ok, bakal bapa pon seronok dan teruja. Next time bakal bapa kema pergi tengok juga hihiiii.