Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 8, 2015

Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan

Alhamdulillah

Sekali lagi aku ke sini untuk menghadiri satu urusan kerja

Tetapi bukan di Grand Lexis Hotel, tapi Lexis Hotel.

Sama pengurusan berbeza bangunan

Kali ini aku datang ke sini menaiki kereta kompak mahal cikbah hihiihi =)

So parking kat atas Hotel ini dan menyaksikan panorama indah daripada atas. Luas juga kawasan hotel ni yer....

Dalam hati aku terdetik, harap-harap kali ni dapat stay kat water chalet ni la hihiihi =)

Again, datang bersendirian lagi sekali. tanpa H dan babyboy KA dan juga masih dalam pantang =)





Selesai urusan check in Alhamdulillahhhh....dapat bilik yamg diidamkan hahahaha

Rezeki aku ni....syukur...mula-mula dapat stay di Grand Lexis dan sekarang Lexis pula =)

Masuk-masuk bilik terus cuak

Ada kaca yang boleh nampak air kat bawah hahha

risau aku kalau kaca tu pecah, mahu terperosok aku ke dalam tuh hahahhaha

Tapi nampak kaca tu sangat kukuh aku injak-injak berulang kalipon masih gah dipersada lantai bilik hihihihi




Bilik kecil sedikit dari Grand Lexis tapi still OK.



Jacuzzi yang teak pernah digunakan untuk mandi, hanya untuk mengambil wudhuk sahaja hihiii


haaaaaa

tang bilik air ni aku suka...

hahahahha....siling atap dia boleh buka woooooo....kalau nak mandi bersaksikan bulan dan bintang silakan..tapi awas jika ada kapal terbang melimpas....kelak binasa padahnya =)








Port paling best kat bilik ni, beranda bersama deruan angin dan ombak kecil seperti ingin memberikan aku satu ketenangan yang mutlak =)



Petang tu aku keluar dengan member pergi kedai Mr DIY, Giant Port Dickson beli joran hahahha

memancing aku malam tu hahahha

Ikan tak dapat, dapat selsema huhuhuhhuu 

Satu hari nanti insyaALLAH akan ke sini lagi bersama H dan babyboy KA =)

Grand Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan

Grand Lexis Hotel, Port Dickson


Fuiyoooo....ermmmm sebenarnya aku no idea pon dengan hotel ini. 

First time dengar la juga hahha

Syukur pada Allah diberikan aku peluang untuk menghadiri taklimat dan menginap di sini.

Mewah...itu yang aku dapat gambarkan tentang hotel ini.

Sesampai aku di hotel ini dari Stesen Komuter Seremban dengan menaiki teksi berharga RM40, aku buat urusan check in dan masuk ke bilik setelah selesai.

Ke bilik menaiki buggy adalah poyo sekali kerana bilik aku dekat sangat dengan lobby ... kalau aku tahu aku jalan kaki je...tapi panas....erm naik buggy je la


Buka pintu aku terus cakap, fuiyoooo besarnya bilik kekekekkek. siap ada microwave woooooo




Melangkah masuk penuh tertib dan menuju ke tengah bilik

Nahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

swimming pool dalam bilik kauuuuuuu

pestime pestime aku tengok bilik macam ni hahhhahha


swimming pool ini sangat mengiurkan,

bestnya kalau H ngan babyboy KA ada sekali...tp tak mungkin la kan,..H masih lagi dalam pantang =)


Bathroom n Toilet pon menarik bersih tp ada gaya-gaya oldschool sikit


Kemas-kemas barang aku p meronda kawasan.

Boleh pula taklimat mula malam, makanya aku pon apa lagi membawa hati yang masih teringat-ingat kat buah hati berdua.

Perghhhhhh....bilik atas air. Lagi style ni =)


















sempoi gak siap ada sewa basikal dan basikal roda 3 =)




Ini aktiviti paling kelakar, boleh pula ada pertandingan SUMO hahahha

pakai suit pastu tolak-tolak opponent hihihii

Boring-boring masuk balik bilik lepak dalam bilik menikmati pemandangan swimming pool.


Boleh tahan 15 minit je, lepas tu terus terjun hahhhaahahah

Aku ada sembang-sembang dengan staff Grand Lexis Hotel ini.
Aku minta published rate namun dia cakap kat aku yang hotel ini tiada published rate. Kena tengok dekat website untuk urusan booking sebab harga dia ala-ala AirAsia hihihi =)

Destinasi untuk berehat bersama family sangat sesuai tapi jauh dari pantai batu 4 =)
Ada kenderaan boleh la jalan-jalan keluar sebab hotel ini termasuk ke dalam sedikit dari jalan utama.

Monday, July 6, 2015

Roarrrrrr Fisher - Price

Toys pertama saya dari USA, thanks uncle jimbit, auntie hana & kakak nayli =)

Ini Playpen Saya

Thanks para-para uncle dan auntie yang menghadiahkan playpen ini kepada KA... =)

Cantik dan sesuai....

Friday, July 3, 2015

Australia Seasons


Tetiba malam ni terfikir pula nak bawa H ngan KA p oz keh2:p

Kita belajar dulu seasons nya yer =)

SUMMER: DEC - JAN - FEB
AUTUMN : MAR - APR - MAY
WINTER : JUN - JULY - AUGUST
SPRING : SEPT - OCT - NOV

next step: ticket hunting bebehhh =)