Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 14, 2016

Little Penyu, Kota Kinabalu


Hari ahad yang lalu aku ngan H spend masa untuk melatih KA swimming di Little Penyu Baby Swim Spa di area Metrotown Kota Kinabalu. Lokasi di Blok J belakang Ambank. Senang nak cari kedai ni..=)

Actually masa KA baby lagi aku dah nampak promosi kedai ni di groupon.my

Bila ada promosi lagi di groupon. Aku terus beli.

Aku beli satu pakej 1 sesi je. Rm28. Saja nak mengetest. 


Bila aku tengok list harga, ok...aku jimat rm10 hahahaha....

Kalau tanpa groupon, first timer rm38 dan seterusnya rm48 satu sesi.

Kalau member murah lagi aku rasa kalau rajin nak datang sini selalu hihiiii

Masuk je Little Penyu aku dan H disambut oleh 2 orang staff yang  sangat friendly. Dear boss, sila jaga staff anda yang boleh bagi customer datang balik ni hahahha...=)


Counter yang cantik dekorasinya


Yang aku nampak ada 1 pool besar dan 3 pool kecil.


Juga disediakan penimbang dan tempat bukak pampers mungkin. Towel disediakan.


Mula - mula tukar pampers KA ganti dengan cloth diapers. Siap tukar, staff ajar H untuk warming up KA sebelum sesi swimming.



Siap warming up buat water confident dulu kat pool kecil selama 20 minit. Ermmmm KA rilek as usual, di tepuk2 air tu. Aku perasan yang kaki KA flip flop macam pakai sirip kaki macam pro swimmer. Memang skil masa dalam amniotic fluid maybe.


Siap 20 minit, masuk dalam pool yang besar. Lagi syok la KA mandi hihiiiii


Aku sangat2 rekomen tempat ni. Nak pergi lagi tunggu laaaa...hihiiiii

All the best Little Penyu =)

Info dari groupon.my

The deal

  • 1 session for RM28 instead of RM48
  • 2 sessions for RM48 instead of RM96

Each session includes

  • Up to 30 minutes of hydrotherapy (depending on baby’s condition)
  • Comes with an environmental-friendly cloth diaper and biodegradeable liner

Little Penyu Baby Swim Spa

Particular parents of treasured tots looking for a novel way to spend time together can check out Little Penyu at Metro Town, Kota Kinabalu. The baby spa has baby-oriented swimming pods that are filled with non-chlorinated double-filtered water maintained at 34°C to 35°C, making for a hygienic and safe environment for babies to explore all the new movements and sensations that come with swimming. Little Penyu also offers infant massage classes that teach parents how to massage their babies in a safe and nurturing manner, following guidelines set by theInternational Association of Infant Massage (IAIM) that only parents should massage their babies.

The team is made up of certified therapists who have worked as neonatal nurses and some of whom are mothers themselves, under the direction of Fara, its founder. A section with privacy curtains is available for breastfeeding mothers that need to nurse their babies, as well as facilities like a refrigerator and milk warmer. The thing that sets this spa apart from others is its care for the environment; infants are provided reusable cloth diapers and biodegradable liners, and they are a supporter of WWF’s marine turtles campaign, allowing its patrons to adopt a turtle for a fee in exchange for a photo of their baby on the adoption wall.

Facebook: Little Penyu

Saturday, April 9, 2016

Final Exam & Class Party - Conversational Korean 2016

Syukur Alhamdulillah aku dapat menghabiskan kelas bahasa Korea ini dengan jayanya.

Belajar baik ni, 2 kali ja ponteng kelas hahhaha...=)

Annyeonghaseyo...=)

Je ireumeun Mr.H imnida
mannaso bangawoyo

Hari yang ditunggu - tunggu telah tiba. Final Exam  Conversational Korean 2016.

Kali ini aku menjawab ada yakin sikit banding midterm. Midterm boleh boleh la dapat 77% =)

Tapi kali ini ada ujian bertulis ada oral.

Oral tu ada payah sikit tapi belasah aje hahahha.




Rakan - rakan seperjuangan aku selama 3 bulan ada kot....Masing masing minat korea, masing masing positif nak belajar bahasa korea.

Keesokkannya harinya, ada Class Party =)

Seonsaengnim lama dah plan ni. Dia suruh kami buat persembahan dan pot luck ikut kumpulan masing masing

Kumpulan aku bawa KFC..andrew belanja..aku bawak buah sijak ja hahahha...=)


Seonsaengnim potong kek...sedap kek ni...Hyatt Hotel punya kek oooooo


Seonsaengnim tengah demo macam mana nak buat bibimbap (nasi campur ala korea). Tetiba teringat nasi goreng masa makan kat myeondong masa malam pertama di Seoul. Sedapnya bibimbap tuuu...dahla masak depan-depan kita. sedap pulak tu...=)

Masissoeyo...bibimbapeul joahaeyo =)




Seonsaengnim buat dua jenis kimchi. satu kimchi kobis satu lagi kimchi lobak putih. Kimchi lobak putih sedap ooooo


Kimbap (Sushi korea). Sedap gak ni....layan jugakla aku


Makan 'cengkodok' ni buat aku teringat masa makan dengan H, DJ & Su kat Nami Island...=)

Sedap ooooo....meratah aku hihihi. Dia rasa macam cucur udang tapi takda udang, ada kuchai kekekeke...=)


dan makanan korea yang paling aku suka.. Teobokki hahahha...=)

Serius sedap....berulang aku ngambiknya...

masa kat myeondong aku ada tengok tapi tak berani nak beli nak rasaa..tapi kalau aku tahu buat daripada nasi...akku belasah je tauuuuu hahhhaa...=)

Result tak keluar lagi...harap harap dapatla Band 4 hihihihihi...berangan tak suda....=)

yaaa....esok sabtu ahad aku dikembalikan kepada KA dan H tersayang...=)

terima kasih kerana memahami atas minat aku yang suka belajar ini....

Esok kita p jalan-jalan ahad kita pergi bawak KA pergi kelas hydrotherapy ya....=)

Annyeonghaseyo...=)