Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 7, 2018

Destinansi Ho Chi Minh 2018 - Hari Pertama

Alhamdulillah, akhirnya aku sekeluarga bercuti bersama-sama di Ho Chi Minh, Vietnam.

Pemusafiran kali ini tampak lebih matang tanpa kelam kabut dalam persediaan. Aku dan H macam biasa buat biasa. Yang lagi best ada ke patut baru nak google malam sebelum nak bertolak ke KLIA hahaha. 😅

Bermula pencarian pembelian tiket ke hotel sehingga agensi pelancongan tempatan. Lepas tu terus senyap sampai ke hari kejadian.

Penerbangan pagi agak mencabar bila pertama kali menaiki flight seawal 9.00 pagi. Lupa pula teman nak siapkan diri aku ngan H tiada masalah cumanya abang & girl penuh cabaran. Nak mandikan anak-anak aku ni senang je. Yang tak senang nak keluar dari bilik air tu hhahaa. Bangun memang awal betul sebelum terbit fajar kot. Cemburu juga dengan anak kawan yang bangun tidur kemain lambat kikikiii....😂

Sampai KLIA pukul 7.30 pagi, beli nasi goreng kat kantin aras teksi bermeter terus masuk pelepasan. Dari polis bantuan KLIA sampai Imigresen sampai Staf MAS tiada masalah. Alhamdulillah. Sebelum pukul 8.00 pagi dah ada depan pintu H4 hahaha...🤣


Alhamdulillah den dah DE'N di Ho Chi Minh, Vietnam. Beratur di Imigresen selesai proses cop mengecop aku terus turun aras bawah naik lif. Ramainya manusia yang datang ke Vietnam ni. Bag kami keluar awal. Mungkin kerana kami check in beg sehari awal. mudah sikit. so bergerak ke airport ala-ala senang lenang bawa anak-anak di kiri dan di kanan.

Lepas ambil beg terus keluar dari kawasan ambil beg terus ke arah kiri. Hujung sekali akan nampak VINAPHONE. Haa, terus aku beli nombor Vietnam. Pakej data sahaja. 100.000d untuk 5GB untuk 30 hari. Cukup dah tu buat abang punya ubat bius Mr YouTube huhhhh. Haa, kat sini ada adegan yang sedih pilu di mana abang excited sangat sampai tergolek jatuh dari stroller. Menangis memang dengar suara dia je laa. Staff Vinaphone tu bagi abang gula-gula. Terus beransur-ansur pulih dari sessi tangisan. Siap staf tu setting phone, kami gerak ke luar bangunan. Nampakla ada kaunter airport taxi. Baca kat blog dieorg ambil 200.000 - 250.000d untuk ke Ben Thanh Market (BTM). Malas nak beratur sebab ramainya umat akhir zaman yang masih bijak beratur walaupon kaunter itu kat tepi pintu keluar yang menyebabkan kesesakan sedikit. Terus aku keluar dan menuju ke arah kiri tempat teksi-teksi tunggu giliran. Banyak yang panggil-panggil suruh naik. Dengan hati kental aku terus je lalu diantara mereka ni dan nampak pon orang pakai vest hijau ada logo Vinasun Taxi. Terus bagi Booking Details hotel aku tu. Lepas tu dia tanya nak small car or big car. Of coursela big car kan hihii. Lambat sikit naik sebab ada sebiji innova refuse nak bawa then tunggu sekejap datang innova untuk bawa kami ke area BTM. Best juga la tengok kiri dankanak kat bandar HCM ni. Banyaknya moto. Itu tak best, yang bestnya helmet dia lawa!!! haahahha. Lepas tu perempuannya mesti pakai hoodie lepas tu pakai kain tutup depan buat macam apron. So takdela nampak santut bila bawa scooter tu kan. Nice!!! rasa macam muslimah sangat.

Senarai harga sim card Vinaphone di airport:





Haa, dari aiport ke An Tam hotel harga tambangnya 150.000d tapi lama sikit naik 153.000d. hahahha macam kat sini pula gaya meter teksinya kan. Okay dia minta 160.000d. lebih 7000d kira-kira dalam RM1.25. Lagipon driver teksi tu takda duit pecah.

Sampai An Tam Hotel (ATH), staf dia dah angkat beg ke kaunter receptionist. Alhamdulillah dapat check in awal walaupon masih pukul 11.00am. Ada dram sedikit. aku booking Deluxe Triple Room, sekali dia bagi Double Room sebab nampak kami 2 orang dewasa. Aku tau masa dah naik bilik. Terus la aku turun balik bagi tahu yang aku booking bilik Triple. Pastu dia check dalam sistem balik dan tengok balik booking details aku tu. kami pindah bilik triple. Best, dapat bilik yang nampak bawah Malaysia Street hihihihi. Berkobar-kobar rasanya nak turun balik jalan-jalan hahahha.


Okay nampak dah restoren makanan yang halal. Kemas-kemas barang lepas tu aku turun pergi Bismillah Tour. Ingat nak ke Chu Chi Tunnel petang ni tapi Bismillah Tour ni tiada trip ke Chu Chi Tunnel petang. So aku booking ke Mekong sahaja. Bayar 2.5x300.000d untuk bertiga. Lepas tu aku terus ke Aaminn Tour and Travel. Malu pula aku rasa receptionist dia pakai niqab. kuat juga islam kat sini. Alhamdulillah dapat juga ke Chu Chi Tunnel dengan harga RM100.00 petang ni tapi pukul 1.00pm dah nak kena ada kat depan Saigon Pink 2 Hotel. Nasib la dah makan kat kapal terbang dan ada bawa bekal roti gardenia.

Semasa perjalanan berhenti satu kilang buat barangan cenderamata daripada kulit telur. Uniknya tempat ni pekerjanya adalah dari kalangan orang kelainan upaya kesan daripada perang vietnam dulu. Kat sini ada galeri cenderamata. Harga sendiri boleh ingat. Cumanya tabung sedekah tu yang menarik perhatian aku. Kesian juga. Tengok kecacatan yang dialami. tapi hasil kraftangan memang terbaik. Boleh la beli buat hadiah untuk mereka.

Sampai Chu Chi Tunnel aku la yang seronok. Bab-bab sejarah ni aku suka sikit hihihi. Dapat tengok terowong muat-muat badan tu. pergi tengok tinggalan dan kesan di kawasan sekita. Berpengalaman lalu terowong tu. tengok orang menembak (mahal betul sebiji peluru dan kena beli 10 biji kalau tak silap).








dalam pukul 7.00pm sampai BTM lepas tu kena jalan kaki balik hotel sebab bas tak boleh masuk sebab pasar malam dah mula buka. Haaa kauuuu. nasib ada internet, boleh juga berwaze dan ber maps. hahhaha. kalau tak mahu sesat. Yela baru je sampai sini kan hahahha. Bas berhenti kat depan Restoren Serai dan Food Court. Haa, belok kanan then belok kiri then belok kanan balik la terus ke ATH. Tapi kami pergi makan malam dahulu di Halal Amin Pho Muslim. Terus je pergi sebab restoren agak best letak harga besar-besar depan pintu masuk kedai hahhaa.



Order Pho Daging dengan nasi + ayam goreng. 50.000d setiap satu makanan. Sedap pho daging ni. macam makan ngau chap pula rasanya hihihi. Siap makan semua sambung jalan pergi pasar malam. H sambar tudung. Belum lagi 24 jam di Vietnam tapi mode shopping terus ON ye hihihi.



tapau popia vietnam. mahal juga sebenarnya. 80.000d. Takpela nak rasa. Kenapa tapau? aku ingatkan macam popia kita. rupa-rupanya orang vietnam makan popia ni sebagai makanan utama. dalam popia ni ada mee suhun tu punya banyak, udang kemain lagi ngap ngap je bunyinya tapi yang potong sikit ada daun bau dia perghhhhh. tapi bolehla telan. kata orang itu daun selasih. wallahuallam. ada sos special diberikan.



Siap membeli, naik bilik sempat juga aku usha beg deuter. okay, mesti beli hahhaha. Sempat kami tanya harga telekung dan tudung kat kedai depan hotel tu sekali jauh lebih murah dari pasar malam. Naik bilik mandi rehat sambil usha-usha kedai bukak tepi jalan ala-ala kat mekah madinah tu. Illegal kot.